Dah bersungguh-sungguh mop lantai rumah tapi tetap nampak tak bersih dan berkilat. Frust betul. Ini memang situasi biasa bila mop lantai jenis tiles atau jubin.

Ada yang sanggup beli pencuci lantai mahal untuk pastikan dapat lantai yang licin berkilat. Tapi sebenarnya  kita tak perlu pun mengeluarkan wang tambahan untuk beli produk pencuci lain.

Percaya tak kita boleh guna pencuci pinggan yang memang dah ada di rumah untuk mop lantai tiles di rumah dan kesannya memang bersih berkilat. Cara ini dikongsi oleh Heze Zamri yang menurut beliau, tip ini turut digunakan oleh kontraktor pembersihan.

Tip lantai tiles licin berkilat

Rupanya Boleh Guna Pencuci Pinggan Untuk Bersih Lantai Tiles. Hasilnya Memang Berkilat

Sekadar sharing petua untuk lantai tiles rumah licin dan kilat.

Ads

Caranya, guna Sunlight saja, letak sikit saja kemudian bancuh dengan air paip dan boleh terus mop lantai.

 

Sebelum ini mop guna sabun lantai, hampir 10 kali mop debu pasir masih kelihatan kesan dari renovation rumah tapi lepas guna Sunlight sekali mop saja terus bersinar.

Ads

Rupanya Boleh Guna Pencuci Pinggan Untuk Bersih Lantai Tiles. Hasilnya Memang Berkilat

Petua ini dikongsi oleh saudara ibunda yang juga contractor cleaning services. Memandangkan dia tak dapat bantu bersihkan kediaman jadi dia share petua ini.

Ads

Inilah hasilnya…

Rupanya Boleh Guna Pencuci Pinggan Untuk Bersih Lantai Tiles. Hasilnya Memang Berkilat

Semoga bermanfaat

Sumber: Heze Zamri

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI