Hampir setiap masakan kita akan mengguna bawang. Tapi mungkin ramai yang belum tahu cara potongan bawang akan mempengaruhi rasa masakan kita. Kalau potong mayang, belah dan sebagainya akan berbeza rasa berbanding cencang.
Malam tadi terbaca ada yang tanya biasa masak potong bawang macam mana? Sebenarnya cara potong masing-masing ada nama, kegunaan dan masanya tertentu untuk guna. Sesetengah potongan tak sesuai untuk sesetengah resepi.
1) Potong
Potong maksudnya bawang akan dipotong secara melintang. Bermula dari potong akan menghasilkan potongan gegelung dan mayang.
2) Gegelung
Mula dari potong, dan diulang-ulang mengikut ketebalan yang dikehendaki.Potongan gini biasa untuk masak kicap, masak merah.
Ads
3) Mayang
Hirisan halus tetapi melintang, kebiasaannya untuk membuat bawang goreng atau ditumis.
4) Belah
Potongan secara menegak untuk menghasilkan potongan yang lainnya.
5) Baji
Juga disebut ‘wedges’ dalam bahasa Inggeris. Biasanya potongan ini diguna untuk hiasan, seperti dalam sup atau kari dan sebagainya. Juga untuk kebab.
Ads
6) Hiris
Potongan nipis, halus secara menegak yang berulang-ulang. Untuk ditumis atau dibuat ulam / rencah sambal/budu/cencaluk dsb.
7) Dadu
Biasanya untuk buat cekodok/jemput-jemput bilis atau bawang.
8) Dadu kecil / cincang kasar
Untuk tumisan nasi goreng, mi goreng dan sebagainya.
Ads
9) Cencang
Untuk perapan, tumisan dan sebagainya.
Penting ke potongan ni semua? Sesetengah resepi, penting sebab lain cara potong boleh mempengaruhi rasa masakan dan tempoh memasak.Jadi kena teliti resipinya sebelum mula memotong.
Waktu PKP ini bolehlah ambil kesempatan masa yang ada untuk baiki atau hias kediaman. Ya lah dah duduk rumah sentiasa, elok sangat buat kediaman cantik-cantik. Senang dan tenang bila dalam rumah sendiri.
Antara yang boleh dilakukan adalah mencantikkan dinding kosong di rumah. Boleh buat grand miror macam kediaman Shamsul Dekcik ini. Nama saja grand tapi modal tak banyak pun dalam RM150 saja.
Jika nak guna idea ini di rumah sendiri, boleh ikut perkongsian dari beliau.
DIY grand mirror, modal RM150 saja
1. Kayu beli di kedai hardware, harga RM0.30 sekaki, total 80 kaki. Makanya kos kayu RM24 sahaja. Guna kertas pasir untuk licinkan sikit permukaan kayu.
2. Tampal kayu pada dinding, boleh buat 1 kotak bersaiz 2×2 kaki. Setelah gam kering, boleh cat ikut warna kesukaan. Gam kayu boleh dibeli di Shopee. Hanya pakai 2 botol saja untuk gam kayu & cermin.
3. Cermin beli di kedai DIY harga RM5.30/pcs. Bingkai warna hitam tapi saya cat warna putih. Boleh juga tempah cermin di kedai cermin dgn harga rm15/pcs atau pakai mirror diamond. Ikut bajet anda.
Nak mudah masak kita biasa beli santan segar tapi ada masa dah beli berkilo-kilo waktu nak guna baru perasan dah masam.
Kejadian santan masam ni ramai yang terkena tapi jangan terus buang santan ini, rugi. Kita boleh guna untuk buat minyak kelapa.
Boleh guna untuk rambut dan kulit kering, atau jadi minyak untuk urutan. Minyak kelapa semula jadi lagi elok. Cara membuatnya dikongsi oleh Yatie Rahim.
Guna santan masam buat minyak kelapa
Siap dah santan masam kami. Terima kasih semua bagi idea. Dah nak buang dah santan. Elok ja kejadian minyak bersih tak de bau. Boleh letak kat rambut, siapa kena macam saya boleh la buat cara ni.
1.Panaskan santan masam guna api perlahan.
2. Biarkan santan sampai pecah minyak. Yang ini memang lama dan kena kacau selalu.
4. Masak sampai jadi tahi minyak dan bertukar warna kekuningan atau keperangan. Tutup api.
5. Sejukkan dan tapis untuk ambil minyak saja.
TIP: Sebelum masak, boleh juga letak santan masam dalam peti sejuk dulu. Bila kepala santan timbul, kaup dan guna ini saja untuk dipanaskan. Tak perlu guna airnya. Cara ini lebih cepat.
Tahi minyak tadi boleh guna untuk buat kole kacang, atau masuk dalam sambal.
Masalah jerawat satu hal, dah hilang pun satu hal lagi. Parut yang ditinggalkan biasa ambil masa lama untuk hilang.
Selalunya ia meninggalkan parut merah pada wajah yang menyakitkan mata bila melihatnya di cermin. Sebab itulah ramai yang sanggup membeli produk yang mahal untuk menghilang parut jerawat ini.
Tapi sebelum keluarkan duit, baiklah kita cuba dulu petua yang dikongsi oleh Muyassarah Samad. Gadis ini berkongsi petua menghilangkan parut jerawat dengan cara paling mudah, murah dan semula jadi tapi kesannya mampu buat wajah kembali flawless.
Menurut Muyassarah, petua ini sudah diamalkan sejak lima tahun lalu. Sebaiknya dilakukan setiap malam jika mahu hasil lebih berkesan lakukan setiap malam. Insya-Allah katanya dalam tempoh seminggu parut jerawat akan hilang.
Ini berdasarkan pengalamannya sendiri beberapa tahun lalu ketika wajah mengalami masalah parut merah yang banyak sehingga membuatkan dia malu untuk keluar rumah.
Namun petua inilah yang diamalkan untuk memulihkan wajah. Caranya memang mudah hanya menggunakan asam jawa & bedak sejuk tapi kesannya memang terbaik.
Bahan-bahan:
Asam jawa
Bedak sejuk
Air kosong
Cara membuat:
1. Ambil sedikit asam jawa lalu tambah air kosong secukupnya. Jangan terlalu cair dan jangan terlalu pekat.
2. Ambil bedak sejuk campurkan sekali dengan pes asam jawa tadi. Kalau terlalu pekat tambah sedikit air. Gaulkan.
3. Kemudian ambil pes dan tampal pada bahagian wajah berparut. Boleh juga disapu pada satu muka.
Masalah nyamuk memang menjadi perkara biasa di sekitar kita. Cuma yang menakutkan bila ada kehadiran nyamuk Aedes, bimbang menyebabkan penyakit denggi.