Selalunya untuk buat asam keping, kita gunakan asam gelugor. Tapi ramai tak tahu rupanya selain asam gelugor kita juga boleh gunakan mangga muda bagi menghasilkan asam untuk masakan ini.

Kalau di rumah ada banyak mangga muda elok sangat buat sendiri asam keping ini. Caranya dikongsi oleh Suez Tiez yang mempelajarinya daripada ibunya sendiri.

Cara buat asam keping guna mangga muda

Rupanya Mangga Muda Boleh Buat Asam Keping. Ini Cara Buatnya, Letak Dalam Masakan Memang Sedap

Selain asam keping dari buah asam gelugor saya biasa guna asam keping homemade dari buah mangga muda (apa-apa jenis pun tak kisah).

Yang di bawah ini saya guna mangga kuini muda. Sedap buat perapan, buat sup ikan, masak singgang atau buat air untuk minum pun sedap.

Ads

Rupanya Mangga Muda Boleh Buat Asam Keping. Ini Cara Buatnya, Letak Dalam Masakan Memang Sedap

Cara membuat:

1. Buah mangga muda dikupas dan dipotong nipis-nipis atau hiris kecil-kecil supaya senang kering.

Ads

2. Jemur di bawah panas terik. Jemur sehingga betul-betul kering.

Rupanya Mangga Muda Boleh Buat Asam Keping. Ini Cara Buatnya, Letak Dalam Masakan Memang Sedap

Ads

3. Asam keping dari mangga yang dah kering ini simpan dalam botol kedap udara. Baru tahan lama.

Asam gelugor tempat saya susah nak jumpa. Kalau buah mangga senang. Dekat kampung mak saya memang tak pernah guna asam keping gelugor.

Dia guna asam keping buah mangga muda ini saja dan saya belajar dan buat sendiri dari dia.

Sumber Facebook Suez Tiez

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI