Rupanya Nak Buat Air Cocktail Sedap, Ada ‘Kick’ Kena Tambah Satu Bahan Ini

Share

 

Lepas makan, hidang pulak air cocktail memang sesuai. Tetap kita hirup sampai licin walau dah kenyang.

Desert ini memang sedap. Kalau makan waktu buka puasa nanti akan jadi lebih sedap. Cuma nak jadikan rasa air cocktail ini lebih ‘kick’ kena letak whipping cream. Akan terasa lemak manis air ini. Cara ini dikongsi oleh Hafidz Idris.

Rahsia buat air cocktail sedap ada ‘kick’

Resipi rahsia ini dah hampir 7 keturunan dalam simpanan. Hari ni saya berbesar hati nak bongkarkan rahsia resepi cocktail ini. Bahan dan cara membuat seperti di bawah.

Bahan-bahannya

1 tin fruit coctail (jenama Hosen)
1 tin laici
1 kotak whipping cream (250ml)
1 tin susu cair ( Carnation)
1 bekas nata de coco (saiz sederhana)

Cara membuat

1. Tapis dan buang semua air buah dalam tin tu. Airnya tak sedap, nanti jadi masam. Masukkan dalam jag.

2. Tuang susu cair, saya memang guna jenama ini saja kalau nak buat cocktail. Tuang habis. Nak banyak air banyak letak dua tin.

3. Masukkan whipping cream kotak kecil. Tuang semua satu 1 kotak, ini penting. Kalau tak ada ini memang kurang ‘kick’.

4. Susu pekat setengah tin. Kemanisan ikut cita rasa sendiri ya.

5. Masukkan Nata de coco. Masukkan airnya sekali. Saya guna semua.

6. Masukkan laici, airnya tuang sikit saja. Jangan letak semua tapi laici guna semuanya.

7. Kacau sebati, letak ais dalam cawan tuang air cocktail. Siap!

Selamat mencuba.

Sumber: Hafidz Idris.

Published by
VK