Penggunaan kain batik sebenarnya sangat selesa dipakai terutamanya apabila selesai mandi sebelum menukar kepada baju sedia ada.

Malah sebenarnya kain batik menjadi kemestian bagi kaum wanita pada zaman dulu untuk dijadikan kain basahan atau sebagai penutup kepala jika keluar rumah

Salah Pakai Maksud Lain. Wanita Ini Kongsi Cara Guna Kain Batik Ikut ‘Kepala Kain & Maksud’ Disebaliknya!
Gambar Sumber: ProfHariz.com

Namun tahukah kita cara pemakaian kain batik yang betul diamalkan masyarakat hari ini.

Tahukah kita rupa-rupanya setiap cara pemakaian kain batik adalah berbeza-beza mengikut maksud dan tujuann.

Perkara ini dijelaskan oleh seorang wanita, Siti Izwana Shaikh Ismail yang juga obses kepada pemakaian kain batik ini.

Menurutnya ada yang bertanya kenapa sangat kisah dengan penggunaan kepala kain batik ini.

Sebaliknya mempersoalkan di mana bahagian kaki dan kepala pada setiap kain batik dipakai.

Tambahnya lagi setiap kain batik ada cara untuk memakainya dan bukan main ‘sebat’ saja.

IKLAN

Ini kerana jika salah pakai, membawa maksud yang salah dan akan mendatangkan bahaya.

Namun dia juga tidak menolak anggapan bahawa orang zaman sekarang tidak tahu apa maksud sebenarnya penggunaan kepala kain batik berkenaan.

Salah Pakai Maksud Lain. Wanita Ini Kongsi Cara Guna Kain Batik Ikut ‘Kepala Kain & Maksud’ Disebaliknya!

Anyway, ini maksud-maksud kalau kita pakai kepala kain itu:

Belakang = Bini orang
Depan = Anak Dara
Kiri = Balu
Kanan = Janda

Kepala kain itu yang mana????
Yang ini…

Salah Pakai Maksud Lain. Wanita Ini Kongsi Cara Guna Kain Batik Ikut ‘Kepala Kain & Maksud’ Disebaliknya!
Ini bahagian kepala kain.

Yang mana anak dara atau bujang, jangan pula pakai kepala kain di belakang.
Nanti bising tak ada orang datang meminang.

Dapat sesuatu????

#AkuMinahKainBatik
#KainBatikLaBest
#RugiTakRetiPakai

Salah Pakai Maksud Lain. Wanita Ini Kongsi Cara Guna Kain Batik Ikut ‘Kepala Kain & Maksud’ Disebaliknya!
Gambar: Sumber PorfHariz.com

Tip Penjagaan Kain Batik Cotton

1. Ketika anda membasuh, anda perlu memastikan bahawa anda tidak menggunakan ‘bleach’ atau sabun yang mempunyai bahan kimia yang keras selain daripada sabun mencuci baju anda. Elakkan juga penggunaan pelembut fabrik kerana ia boleh memberi kesan kepada pernafasan fabrik ataupun kain batik cotton anda.

IKLAN
Selain itu:  Kalau Nak Cantik & Langsing, Wanita Kena Tidur Sebelum 11 Malam!

2. Kain batik atau apa – apa sahaja jenis kain akan menjadi cepat reput sekiranya anda merendam kain tersebut terlalu lama. Jangan biarkan ia begitu sahaja ketika membasuh, sebaiknya teruskan aktiviti mencuci anda sehingga kain tersebut dijemur.

3. Anda perlu mencuci setiap kain anda secara terbalik, iaitu pastikan bahagian yang berwarna dan bercorak berada di bahagian dalam. Hal ini kerana, ia adalah untuk mengelakkan kain anda daripada terkena sabun mencuci baju secara langsung. Sabun ini bersifat panas dan boleh melunturkan warna pada kain batik anda sekiranya ianya digunakan dalam jangka masa yang lama.

4. Cara basuhan yang terbaik untuk kain batik cotton adalah menggunakan tangan. Hal ini kerana, cucian tangan merupakan salah satu cara basuhan yang paling lembut dan ini membolehkan anda untuk menjaga kualiti dan juga corak dan warna kain batik cotton anda.

5. Anda boleh menggunakan berus ketika anda mencuci kain batik cotton anda, tetapi ianya adalah lebih baik sekiranya anda tidak menggunakan apa – apa berus dan hanya menggosok lembut menggunakan tangan untuk mencuci kain anda. Namun, anda masih boleh menggunakan berus yang diperbuat daripada bahan yang lembut.

IKLAN

6. Anda juga perlu mengeringkan kain batik cotton anda dengan menggunakan tangan tetapi adalah diingatkan bahawa anda perlu memerah dengan lembut dan tidak terlalu kasar ketika memerah kain batik cotton tersebut.

7. Cahaya matahari bukan sahaja merbahaya kepada manusia dengan sinaran UV yang merbahaya, malah ianya juga boleh memberikan kesan kepada kain batik cotton anda. Sinaran cahaya matahari yang berlebihan akan menyebabkan warna pada kain anda mudah luntur dan juga menyebabkan benang anda mudah reput.

Selain itu:  "Iwan Punyalah Kaya, Tidur Atas Duit Tapi Hati Tetap Tak Bahagia Sampailah Dia Sujud..."

Artikel berkait:

Teknik Urus Kain Baju Tak Berlipat Yang Menimbun Dalam 10 Minit Je

DIY Rak Baju Bajet Dari Bakul Plastik, Jimat & Kemas

Sumber: ProfHariz.com

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI