Kesihatan

Rupanya Ubat Gegat Bukan Untuk Halau Lipas, Tapi Untuk Serangga Lain. Patutlah Tiada Kesan

Share

Tak nak lipas masuk kabinet, almari baju, bilik air dan sebagainya kita pun letak ubat gegat. Memang rutin ini kita buat sedari dulu. Rupanya salah ya, ubat gegat kegunaannya bukan untuk halau lipas!

Perkara ini dijelaskan oleh pengusaha Pest Control, Naim AJ Pest. Ujar beliau penggunaan ubat gegat untuk menghalau lipas hanya mitos saja. Berikut adalah perkongsian beliau.

Guna ubat gegat halau lipas hanya mitos

Penggunaan ubat gegat untuk menghalau lipas boleh dikatakan mitos sahaja. Sebab saya sendiri pun pernah tengok lipas makan ubat gegat semasa buat kerja pest control. Jadi kalau bukan untuk lipas ubat gegat untuk serangga apa?

Ubat gegat untuk halau serangga gegat

Sesuai dengan namanya Ubat Gegat, racun jenis ni sesuai dengan serangga yang bernama Gegat. Pernah dengar serangga nama gegat? Gegat atau nama lain dia Silverfish atau ulat buku. Orang selalu salah sangka serangga ini dengan anak lipan.

Mungkin ada yang tak pernah nampak, tapi sebenarnya serangga ini banyak kat rumah kita. Boleh dikatakan sama banyak dengan lipas. Serangga ini merupakan perosak dalam kategori Crawling Insect Pest. Ia tak berbisa, tapi boleh merosakkan banyak benda kat rumah kita.

Silverfish atau Gegat ini suka duduk dekat tempat yang lembap dan sejuk. Serangga ni dia boleh makan fabrik, kayu, buku, wallpaper dinding, sisa makanan dan macam-macam lagi. Tapi paling biasa kita akan jumpa dekat buku lama. Gegat paling suka makan gam pada kertas atau buku.

Jadi macam mana ubat gegat berfungsi hapuskan serangga ni ? Kalau korang nak tahu, silverfish ni bergerak laju dan pandai menyelinap. Agak susah nak hapuskan guna semburan aerosol biasa. Nak sembur aerosol kalau nampak baru boleh sembur.

Ubat gegat ini diperbuat daripada bahan Dklorobenzina atau Naftalena (Naphtalene). Dua jenis bahan ni merupakan jenis bahan bakar. Bau yang dihasilkan dari ubat gegat ni sebenarnya hasil dari gas yang meruap dari ubat gegat tersebut.

Gas dari ubat gegat dapat meruap ke segenap ruang tempat yang kita letak ubat gegat. Serangga gegat atau silverfish walaupun dia menyorok dekat celah lipatan baju atau kertas di tempat simpanan akan terkesan dengan gas dari ubat gegat ni.

Moth dan kamitetep

Selain dari tu, ubat gegat juga berkesan untuk Moth dan Kamitetep. Sebab itu ubat gegat ini omputih panggil Moth Ball. Moth ni pembiak kepada Kamitetep.

Gas dari ubat gegat tak beri effect yang banyak untuk lipas, sebab lipas adalah serangga yang mudah imune dengan racun. Sebab itu lipas boleh selamba makan ubat gegat ini. Tak percaya try letak ubat gegat. Tengok lipas makin kurang atau makin banyak.

Penggunaan ubat gegat ni sebenarnya tak berapa bagus untuk kesihatan kita. Terutama untuk orang yg ada masalah penyakit G6PD.

Kesan untuk makanan pun agak kuat. Sebab itu bila kita letak ubat gegat di tempat simpanan makanan, makanan tersebut akan ada sedikit rasa dan bau ubat gegat.

Sumber: Naim AJ Pest

Published by
VK