Rutin Harian Sibuk Penuh Aktiviti, Dr Amalina Kongsi Caranya Urus Masa Setiap Hari

Share

 

 

Selepas memperoleh 17A1 dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2004, gadis bernama Nur Amelina Che Bakri ini tak menoleh ke belakang lagi.

Dia terus melanjutkan pengajian ke luar negara dan kini sudah memperoleh pencapaian yang membanggakan bila bakal bergelar pakar bedah.

Tapi dalam rutinnya yang sibuk sebagai doktor, Dr Amalina dilihat cukup aktif. Kadangkala nampak beliau bercuti ke tempat menarik.  Sekejap di sana, sekejap di sini dan selalu juga beliau menghadiri majlis sosial malah tetap ada masa bersama dengan teman-teman.

Sebagai seorang doktor, bagaimana agaknya beliau uruskan masa. Persoalan ini sebenarnya selalu ditanya oleh pengikutnya di laman sosial dan baru-baru ini Dr. Amalina memberi jawapannya.

Kena ada diari

Semua orang selalu bertanya soalan ni, bagaimana saya uruskan masa antara kerja, study, perhubungan, dan kehidupan sosial? Ini semua soal pengurusan masa. Kita kena ada diari. Mudah untuk kita rancang aktiviti harian, mingguan dan bulanan. Urus masa secara advance dalam jadual kerja. Work hard, play harder.

Everyone always asks me this question, how do you manage your time between work, postgraduate studies, relationship, and social life? Well, it’s all about time management, having your own diary and plan your days, weeks and months in advanced around your work schedules. As you know, my life motto is work hard, play harder. @danielwellington definitely keeps me on time.

Bagi yang selalu mengeluh sibuk, takde masa boleh ikut cara Dr. Amelina ni ya. Pastikan ada diari dan rancang masa secara harian, mingguan serta bulanan. Barulah ada masa nak bercuti dan bersosial walau pun sibuk.

 

 

Sumber: https://www.instagram.com/dramalinabakri/

Published by
Maryam Elyas