
Sabun pencuci pinggan antara barangan yang kita guna setiap hari. Lagi kerap memasak dan makan di rumah lagi cepat habis sabun ini kerana mencuci peralatan memasak dan pinggan mangkuk
Sebagai langkah penjimatan, cecair pencuci pinggan ini boleh juga kita buat sendiri. Lagi jimat sekiranya di rumah ada menanam pokok limau kasturi kerana inilah bahan utama yang digunakan jika mahu menghasilkan sendiri sabun ini.
Sebagai panduan boleh gunakan cara yang dikongsi oleh Mainim Saikun beliau turut membuat sendiri sabun ini menggunakan limau kasturi yang sememangnya ditanam di rumah.
Hasilnya dengan sekilo limau ini ia boleh menghasilkan 12 liter cecair pencuci dan boleh digunakan berbulan-bulan lamanya.
Buat sendiri sabun pencuci pinggan
Bahan-bahan
1 kilo sodium lauryl ethe sulfate (bentuk gel)
1 kilo limau kasturi
10 liter air
1 kilo garam halus
Pewarna makanan
Cara membuat
- Rebus limau kasturi bersama biji dan kulitnya hingga mendidih.
2. Kemudian tos dan kisar limau ini bersama sedikit air.
3. Tapis limau, ambil jusnya. Ketepikan seketika.
4.Dalam bekas gaul sebati garam dan sodium sehingga sebati.
5. Kemudian tuang 10 liter air, jus limau dan pewarna makanan ke dalam larutan garam dan sodium tadi.
6. Gaul sehingga tiada ketulan.
7. Biarkan sekurang-kurangnya semalam sebelum digunakan.
Info
- Selain limau kasturi boleh juga menggunakan buah lemon.
- Tujuan limau direbus adalah untuk mengelakkan kulat.
- Sodium lauryl ethe sulfate ini dalam bentuk gel dan boleh dibeli secara online
Boleh juga lihat cara membuat sabun pencuci pinggan ini melalui video di bawah
Sumber: Mainim Saikun
Artikel berkaitan: Tip Gandakan Sabun Cuci Pinggan, Boleh Tahan Sampai 5 Bulan. Buih Tetap Banyak!