Sambal belado atau berlada ini ada macam-macam di dalamnya. Bilis, kentang, terung dan tempe digaul sekali.
Kalau buat sambal ini tak perlu dah ayam atau ikan, sebab di dalamnya dah lengkap. Sayur pun ada sekali. Paling sedap jika dibuat pedas, tapi pastikan cili tak dikisar hancur.
Bagi yang dah telan air liur melihat lauk ini, boleh terus buat ya. Caranya dikongsi oleh Siti Nornaim Keng.
Ikan bilis
Kentang -dikupas dipotong dadu
Terung -dipotong memanjang
Tempe -dipotong kecil
Bawang holand -hiris besar
Belacan
Garam
Gula
Bawang putih
Bawang merah
Cili api merah
Cili besar
Belacan
1. Panaskan minyak yang banyak kemudian goreng satu persatu ikan bilis, terung, kentang dan tempe yang disiap potong hingga masak dan garing untuk ikan bilis. Tak perlu gaul dengan kunyit. Angkap dan tos.
2. Menggunakan minyak yang sama tumis bahan yang dikisar kasar sampai garing.
3. Masukkan garam, gula dan bawang Holland yang dipotong. Kacau rata.
4. Akhir sekali masukkan bahan yang siap digoreng tadi. Gaul hingga rata, kemudian bolehlah diangkat.
Hidangkan dengan nasi, makan satu lauk ini pun dah sedap.
Selamat mencuba.
Sumber: Siti Nornaim Keng
Baca Lagi: Sambal Kentang Sagat, Lauk Sedap & Serba Guna