Makan

Sambal Kentang Sagat, Lauk Sedap & Serba Guna

Share

Sambal kentang sagat ini kalau masak memang kena buat banyak.  sebabnya ia bukan saja boleh dibuat lauk makan dengan nasi tapi juga hidangan bubur malah dicicah dengan roti pun sedap.

Rasa rangup ikan bilis dan kentang kemudian bersatu dengan sambal yang pedas-pedas manja memang asyik bila memakannya. Sesuai juga dijadikan bekalan untuk anak-anak yang berada di asrama ataupun jika ingin travel.

Cara membuatnya dikongsi oleh Nida Mahmud.

Cara buat sambal kentang sagat

Bahan-bahan

5-6 biji kentang -dibasuh,kupas dan disagat
1 mangkuk ikan bilis
Air asam jawa
Garam & gula
Serbuk perasa

Bahan dikisar

Cili kering
Bawang merah
Bawang putih

Cara memasak sambal kentang sagat

1. Panaskan minyak, goreng kentang sagat sampai garing. Ketepikan.

2. Menggunakan minyak yang sama goreng ikan bilis hingga garing. Ketepikan.

3. Tumis bahan minyak dalam minyak panas hingga garing. Kemudian tuang sedikit air dan kacau.

4. Masuk gula, garam,serbuk perasa dan air asam Jawa. Sesuaikan rasanya. Masak lagi sambal sampai kering air dan garing. Tutup api.

5. Biarkan sambal sejuk barulah digaulkan dengan kentang dan ikan bilis hingga rata.
Simpan dalam bekas kedap Udara

TIP: Selain ikan bilis boleh juga masukkan kacang tanah goreng, tempe goreng, bawang merah atau bawang putih goreng.

Selamat mencuba

Sumber: Nida Mahmud

Baca: Tip Buat Sira Kentang Pedas Yang Sedap & Kekal Rangup. Kena Rendam Kentang Dengan Bahan Ini Dulu

 

Published by
VK