Setiap hari sisa dapur dan lebihan makanan kita selalunya banyak terutama bagi yang berkeluarga. Kadang-kadang rasa sayang bila nak masuk dalam tong sampah. Jadi masalah juga bila sisa makanan begini cepat busuk dan berulat. Memang hari-hari kena buang
Salah satu cara supaya kita tak berdepan dengan masalah ini di samping mengurangkan sampah di rumah adalah dengan menukar sisa dapur ini menjadi kompos. Kompos ini adalah baja tanaman yang sangat baik.
Cara uruskan sisa dapur jadi kompos paling mudah dan mesra alam adalah dengan menggunakan kaedah kompos bokashi atau bokashi composting . Jangan bimbang memang tiada bau busuk, ulat atau pun air. Kaedah ini dikongsi oleh Hanisah Azhari.
Cara urus sampah dapur cara bokashi composting, untuk jadi baja
Ramai yang nak tau pasal Bokashi composting ni bagus-bagus. Moga ramai yang akan start compost bahan-bahan makanan buangan di rumah dan kurangkan pembuangan sampah.
Ads
Masuk sisa makanan terbuang dalam tong dan tabur serbuk bokashi
Setiap hari, bahan makanan terbuang, kepala ikan, kulit ayam, kulit telur etc, simpan dan tapis supaya tak terlalu berair.
Lepas dah habis dinner (the end of the day), taburkan sisa makanan ini satu lapisan dalam tong (dalam gambar), kemudian tabur serbuk bokashi di atas. Bagi bahan yang tebal macam tulang atau biji mangga, letak powder tu lebih sikit utk bantu penguraian.
Ads
Bin ni kedap udara, jadi serangga takleh masuk. Dalam bin ada lubang-lubang kecil untuk drain the moisture, jadi takdelah lembap basah compost tu nanti. Depan tong ada paip kecil, kita buka dari masa ke semasa keluarkan air dan air ini boleh guna sebagai baja.
Tabur serbuk bokashi di atasnya
Jadi setiap hari kita letak saja sisa makan dalam tong dan tabur serbuk bokashi kemudian tutup. Ulang sampailah tong penuh. Kemudian kita tutup dan biar selama 2 minggu utk full fermentation dan penguraian.
Zero smell, tiada maggot
Lepas 2 minggu…tadaaaaa, dapatla kompos! Bau busuk? Langsung tiada. Bau masam manis sikit, macam bau buah pun ada. Saya letak bawah sink dapur, zero smell. Memang memudahkan sangat.
Ads
Bila buat composting begini, sampah makin kurang. Seminggu dua kali saja buang sampah, plastik kecik saja. Tak takut sampah keluar maggot etc sebab tiada sisa makanan. Cubalah dan tengok kesannya.
Saya tak jual tong ini tapi saya beli dari Weimar Biotech.
Harga set bin + 1 pack bokashi powder = RM 179
Harga Bokashi powder sahaja = 1 pek RM 18 (1kg)
Kalau suka makan ulam-ulaman boleh jadikan kacang renek atau kacang duduk ini sebagai tanaman di rumah. Rasanya macam kacang panjang biasa tapi lebih manis.
Kelebihan tanam kacang jenis ini berbanding kacang panjang biasa, kacang renek ini mudah hidup dan tak perlu banyak tanah.
Boleh ditanam dalam pasu saja malah yang duduk di apartment kalau nak tanam pun boleh. Ia juga tak perlukan junjung atau pancang. Hasil pun cepat 2 bulan dah boleh tuai.
Cara tanam kacang renek/dwarf/kacang duduk
1. Benih kacang renek atau kacang duduk secara online di Shopee.
2. Cambahkan biji benih kemudian alih dalam pasu. Boleh letak dalam 3 anak benih dalam satu pasu.
3. Siram setiap hari dan pokok ini perlukan cahaya matahari terus.
4. Dalam tempoh 2 bulan boleh tuai hasilnya. Bila kacang dah matang, jangan biar lama terus tuai.
5. Tip supaya pokok kacang berbuah banyak kali, selepas habis berbuah, buang semua daun yang kering dan letak baja supaya naik pucuk baru dan berbuah lagi.
6. Sebaiknya letak di tempat pasu di tempat yang sedikit tinggi bila berbuah supaya kacang tak terkena tanah.
Masalah tikus dalam rumah memang merimaskan. Ia bukan saja kotor tapi juga menggelikan. Lagi membuatkan ramai stres tikus ini akan beranak pinak dan cukup sukar dihapuskan.
Kalau sudah menggunakan racun dan perangkap tapi masih juga belum berkesan, anda mungkin boleh beralih kepada cara alami untuk menghalau tikus dan keturunannya.
Caranya adalah dengan menggunakan 5 jenis daun yang cukup dibenci oleh tikus kerana aromanya.
1. Daun durian belanda
Letakkan daun durian belanda di tempat yang kerap menjadi laluan tikus. Lagi banyak lagi elok. Sebelum diletakkan, siat-siat atau ramas daun durian belanda tersebut. Bau yang terhasil dari daun durian belanda amat tidak digemari oleh tikus.
Tapi ambil yang matang sahaja untuk tahan lebih lama. Yang muda dan terlalu matang baunya tidak cukup kuat dan tidak dapat menakutkan tikus.
Bukan sekadar anda berjaya mencegah kehadiran tikus di kediaman, malah tungau, kutu beras dan pelbagai serangga yang kerap menjadikan rumah sebagai habitat mereka pun akan mula menjauhi kediaman anda.
2. Daun pudina
Seperti mengkudu, daun pudina juga mempunyai banyak manfaatnya kepada kesihatan. Selain menjadi sebahagian ramuan di dalam masakan. Aroma segar daun pudina yang digemari oleh manusia sebenarnya mengancam tikus.
Namun kaedah penyediaanya sedikit rumit. Tubuk atau kisar daun pudina sehingga halus, dicampurkan dengan air kemudian ditapis. Masukkan air tapisan daun pudina tersebut ke dalam penyembur dan sembur sekeliling rumah dan mana-mana kawasan yang berpotensi menjadi laluan tikus. Ulang semburan sekurang-kurangnya seminggu sekali.
Sesiapa yang ada banyak tikus di ceruk-ceruk rumah itu, boleh la gunakan cara di atas itu dan pastikan rumah anda selalu bersih.
3. Daun pandan
Daun pandan bertindak sebagai agen pewangi semula jadi untuk kediaman anda. Tikus juga tidak menyukai daun pandan. Selain itu juga, anda boleh jimat dengan tidak membeli pewangi kediaman yang mahal.
4. Daun semambu
Selalu daun ini digunakan untuk merawat demam campak, tapi selain itu ia juga berguna untuk menghalau tikus. Caranya adalah dengan meletakkan daun semambu di laluan tikus.
5. Serai wangi
Serai wangi sememangnya sudah lama digunakan untuk menghalau haiwan atau serangga termasuklah tikus.
Panduan tinggalkan kucing sendirian di rumah ini penting bagi yang memelihara banyak anak bulus dan akan meninggalkan mereka di rumah untuk pulang beraya di...