Ramai pasangan yang bakal berkahwin ketika ini mengeluh kerana majlis memakan belanja yang besar.
Paling tidak RM10 ribu kena ada dalam tangan, itu tak kira lagi duit hantaran. Sebab itulah wanita bernama @neyrashazeyra ini berusaha mencari cara untuk mengurangkan belanja majlis perkahwinannya.
Dan cara yang diusahakan adalah dengan membuat sendiri atau DIY barang-barang kegunaan untuk majlis kahwin. Apa yang dilakukan memang kreatif. Bakal raja sehari boleh tiru nih!
Dulang hantara nyiru RM3.50 jer
Candle holder botol recyle
Bunga dari manila card jer uols
Thank you sticker 120pcs = RM3
Manik organza, daun, bunga beli online
Kasut RM15, buat apa beli mahal pakai sekali jer
Baju kahwin pun beli online, tambah lace sendiri
Design sendiri pakai Canva kad kahwin
Bunga telur DIY, ibu, adik, anak jiran buatkan
Bunga telur jadi bunga serunding, makcik sponsor
Lampu beli kat Shopee
Wedding kat garden, lampu krismas pun boleh
Doorgift Kopi Che Nah
Idea goddies
Deko guna kertas je
So amacam bakal-bakal pengantin lain boleh buat tak macam ni!
Sumber: @neyrashazeyra
Gaji RM2,500 Tapi Boleh Simpan RM750 Sebulan! Caranya Kena Guna Formula 30:60:5:5
Biar betul gaji RM2,500 boleh simpan sampai RM750 sebulan. Selalunya nak simpan sampai RM300 sebulan pun susah kalau gaji takat nih.
Boleh sebenarnya kalau kita tahu cara yang betul seperti yang dikongsi oleh Nur Aliah Mohd Nor ikut Formula 30:60:5:5.
Caranya kita kena buat simpanan dan perbelanjaan ikut formula yang disenaraikan. Formula Nur Aliah yang juga seorang bisnes speaker ini dikongsi di Facebook beliau dan viral sampai dapat 17k share.
Sekarang ni minggu gaji so boleh terus praktik ya. VK memang dah lama ikut cara ni!
Hati ini rasa gelisah pula bila tahu ada orang yang bergaji RM8000 sebulan tapi nak simpan RM1000 sebulan tu pon sangat susah!
Sini Lia kongsikan 1 formula yang dipanggil ‘kompas kewangan’. Guna je formula mudah ni untuk selamatkan kewangan korang.
Kompas kewangan terbahagi kepada 4 iaitu:
Untung (30%)
Terpaksa (60%)
Bocor (5%)
Sampah (5%)
Dapatkan dulu pendapatan bersih korang.
Kerja biasa: Gaji kasar – KWSP – SOCSO – Zakat = Gaji bersih
Kerja sendiri: Pendapatan kasar – belanja bisnes – cukai pendapatan = pendapatan bersih
#No.1 Untung (30%)
30% ini adalah SIMPANAN yang kita akan ketepikan dari gaji yang kita dapat setiap bulan.
Simpanan ini termasuklah dengan:
> Simpanan jangkamasa pendek
> Simpanan jangkamasa panjang
> Simpanan emergency
> Simpanan pelajaran
> Simpanan pencen
> Simpanan pelancongan
> Simpanan wakaf
> Simpanan sedekah
Contoh tempat terbaik untuk buat simpanan:
> Tabung Haji
> Saham
> Unit Trust
> Takaful (Islamic Insurance)
> EPF
> ASB
> Hartanah
> Emas
#No.2 Terpaksa (60%)
Maksud terpaksa ini ialah semua jenis belanja komitmen sara diri dan keluarga termasuklah semua jenis loan.
Contoh loan:
> Loan rumah
> Loan kereta
> ASB Financing
> Personal loan
> PTPTN
Contoh sara diri dan keluarga:
> Minyak kereta
> Bil telefon
> Bil api air
> Keperluan keluarga
Lia faham setengah orang loan itu amat penting untuk kegunaan sesuatu perkara atau sesuatu tujuan. Lain orang lain kegunaannya.
#No.3 Bocor (5%)
Bocor ni maksudnya bukan keperluan sangat, kita boleh kawal lagi di bahagian bocor ni.
Contoh:
> ASTRO
> Kredit kad
Kalau di bahagian bocor ini lebih dari 5%, boleh lah potong apa-apa perkara yang tak penting contohnya unifi dan astro.
#No.4 Sampah (5%)
Untuk sampah 5% maksudnya boleh guna dan belanja dengan bahagianya.
Contoh:
> Fast food (McDonald, KFC)
> Tealive, Starbucks
> Karoke
> Tengok wayang.
Kenapa penting guna formula ini?
Sebab kita nak wujudkan 5 tiang impian kewangan kita.
5 tiang impian kewangan
Cipta duit (melalui business atau makan gaji)
> Urus pendapatan kita dengan baik menggunakan kompas kewangan
> Lindung harta dengan baik
> Labur harta untuk masa depan
> Agihkan harta dalam keadaan yang baik setelah meninggal dunia.
Lia yakin dan percaya, dengan tips mudah ini dapat bantu korang untuk uruskan kewangan dengan lebih baik. Semoga bermanfaat!
Nota tambahan: Jangan lupa untuk sedekah dan zakat ya. Lebihkan memberi, lebihlah rezeki. Kan.
Nota: Formula Abg Abu.
Nur Aliah Mohd Nor.
Ok dah tau cara, boleh praktik terus ya sementara gaji masih ada tu!
Sumber: Nur Aliah Mohd Nor
Cuma Tambah Hook & Gambar, Meja Lipat Boleh Jadi Serba Guna. Lepas Pakai Boleh Sangkut Jadi Hiasan Dinding Pula
Meja lipat antara meja yang selalu ada di rumah, untuk mudahkan anak belajar terutama bila tiada meja khusus.
Tapi selain daripada tempat anak belajar dan buat kerja sekolah, meja lipat ini sebenarnya banyak lagi fungsinya.
Kalau ikut perkongsian Dinas Elni beliau, meja lipat yang awalnya jadi meja belajar turut dijadikan rehal, dulang malah juga frame gambar atau hiasan dinding. Caranya cuma tambah hook dan gambar sebagai hiasan. Ini juga katanya cara untuk sorok meja lipat.
Tip meja lipat serba guna dan mudah ‘sorok’
Walaupun PDPR anak-anak ada meja masing-masing, yang umur 7 tahun kena belajar mengadap juga berdepan gitu. Meja lipat ni sangat membantu.
Tapi lepas guna memang rasa serabut. Sekejap sandar tepi sana, sekejap situ, selalu hilang juga. So kat mana nak sorok dia? Kat tempat yang obvious. Terlalu obvious sampai orang tak tahu pun dia sebenarnya meja/dulang lipat.
Tambah hook & gambar
Tipsnya cari gambar cantik-cantik yang saiz sama besar dengan permukaan meja. Tampal situ. Kat sini ikutlah kemahiran masing-masing. Saya bercadang nak epoxy resinkan esok untuk protection gambar supaya tak kena conteng dan sebagainya.
Kemudian sangkut ke dinding. Jenis hook dan cara sangkut ada dalam gambar. Nak guna ambil, lepas guna letak semula.
Sebagai gambar ia takkan kumpul habuk sebab kerap dibawa turun. Saya memang tak suka frame gambar sebenarnya sebab faktor habuk ni. Now selain jadi meja, dulang dan rehal, ia juga jadi frame gambar.
Selamat mencuba.
Sumber: Dinas Elni
Jika ada yang nak cuba buat boleh klik link di bawah untuk beli secara online
Demi Penuhi Hasrat Nenek Usia 86 Tahun, 3 Beradik Sepakat Pakai Kembali Baju Kahwin Ibu 33 Tahun Lalu
Selalunya pengantin mesti nak gayakan baju ikut cita rasa sendiri bila tiba hari paling bahagia buat mereka. Busana pengantin yang paling indah di pandangan mata mereka.
Tapi lain pula buat Nor Farini Zulkefly dan dua adiknya, demi memenuhi permintaan sang nenek yang berusia 86 tahun mereka sanggup menggayakan mengenakan semula baju pengantin yang pernah dipakai ibu mereka 33 tahun lalu.
“Nenek kami yang sekarang usia 86 tahun kalau boleh nak tengok cucu-cunya pakai kembali baju kahwin yang ibu kami pernah pakai dulu.
“Memandangkan baju tu masih elok, jadi bermula di majlis persandingan saya tahun 2007 saya mengenakannya. Diikuti oleh adik perempuan dan lelaki saya pada tahun 2015 dan terbaru tahun ini,” kata Farini.
Ujarnya lagi kesepakatan dia bersama dua adik juga sangat menggembirakan kedua ibu dan ayahnya tatkala melihat anak-anak menyarung kembali busana kahwin songket lama yang penuh memori itu.
Menariknya Farini turut membuat perkongsian tentang tindakan mereka tiga beradik mengenakan baju kahwin ibu mereka dan gambar-gambar mereka tular di media sosial.
Ceritanya lagi kepada VK walaupun dah berusia 33 tahun tapi baju kahwin ibu dan ayah mereka itu masih lagi dalam keadaan elok kerana dijaga dengan baik oleh ayahnya yang sememangnya seorang yang sangat teliti.
Dalam pada itu akui Farini lagi, dia ada mengubah suami baju kahwin ibunya itu untuk memastikan ia muat dipakai oleh mereka adik beradik.
“Asalnya baju korong tapi kami ubah jadi kebaya. Memang agak rumit bebab perlu ditetas tapi ia kekal menggunakan kain yang sama.
“Kalau ada rezeki kami juga mahu baju kahwin turun temurun ini dipakai oleh anak-anak kami,” jelasnya.
//vanillakismis