Seronok kalau tengok rutin harian Datin Paduka Eina Azman. Punya suami yang ada-ada, rumah cantik, dua anak yang comel dan kegemarannya memasak membuatkan ramai yang mengikuti laman instagramnya yang kini sudah pun mencecah satu juta.
Tapi bagusnya isteri kepada Datuk Paduka Kaiser ini tidak pula sombong. Paling ketara bila melihat cara dia melayan pembantu rumahnya yang seramai empat orang.
Jika sebelum ini dia pernah membuat kejutan merai hari jadi bibiknya, kali ini demi bibik juga Eina sanggup menyewa bilik hotel selama dua bulan untuk merehatkan pembantu rumah yang sakit. Wah untungnya bibik ni.
Ads
Dalam entri terbaru di instagram Eina memuat naik video dia berpelukan dengan pembantu rumah yang dipanggil sebagai Bik Poji selepas tidak bertemu selama dua bulan.
Bik Poji disarankan oleh doktor agar direhatkan dan diasingkan akibat penyakit Tuberkulosis atau TB.
Melihat reaksi Eina mahu pun Bik Poji yang bertemu selepas dua bulan berpisah mereka ini tenyata cukup mesra sekali.
Malah Bik Poji sendiri mengalirkan air mata kerana sedih terpisah selama tempoh itu.
“Salam guys… for those yang always dm saya tanya about my bik poji… here we go… after 2 months tak jumpa bik poji, Sbb bik poji sakit “TB” n doctor saran kan dia duduk luar sebab saya ada anak kecik2 takut berjangkit…
Ads
Nak hantar balik kg bik poji tak nak. Sebab dia masih nak bekerja… so takkan saya nak buang dia tepi jalan spt majikan lain buat?
So me n hubs decide amik hotel for 2 months utk bg dia rest cukup n pulihkan diri dia. Sbb dia on medication for 2 months.
Last 2 months bik poji sakit teruk! Ingat something bad akan jadi, kami semua risau… but alhamdullilah semua nya dah ok N saya dah bawa dia pulang ke rumah malam tadi @datopadukakaiser.”
Demikian tulis Eina dalam status di instagramnya. Melihat video perkongsian itu turut menarik perhatian netizen. Rata-rata memuji sikap Eina yang mengambil berat tentang kebajikan pembantu rumah yang dianggap seperti keluarga.
Cyst antara masalah yang selalu menghantui wanita pada masa kini. Kerap sakit perut, kelihatan buncit, sukar atau kerap kencing, antara tanda-tandanya.
Untuk mengelak ia berlarutan ia perlu dirawat. Tapi meski sudah dibuang paling menakutkan adalah masalah cyst ini boleh kembali terutama jika wanita tidak menjaga pemakanan.
Pengalaman ini dilalui oleh Hariza Azmi yang kemudiannya berkongsi kisah yang dilalui untuk dijadikan panduan kepada wanita lain.
3 tahun lepas aku operate buang cyst. Lepas 1 tahun cyst tumbuh balik. So buat checkup 6 bulan sekali. Tuppp aku stop pergi checkup, kononnya sihat la teww.
Okey petang tadi buat checkup setelah sekian lama tak bertemu dengan ultrasound. Okey ini hasilnya girls. Sembang punya sembang dengan Dr macam kita sembang ngan kawan.
Jauhi makanan ini termasuk supplemen
Okey girls. Dengar ni nasihat aku ni. Korang taknak dengar lantaklaa. Kalau sayangkan rahim tu. Sila baca dan hadam.
1. Jangan makan apa-apa supplement termasuk pil putih pil kecut jerawat dan whatever jenis suppliment. NEVER girls ! Dalam badan kita dah ada estrogen (Rasanya mcm aku dgr estrogen ). Makan lagi supplement menambahkan estrogen dan boleh mengaktifkan hormon. Ingat cyst ni asal dia dari hormon. 2. Jangan minum soya. Nasib baik aku bukan peminat soya. 3. Kurangkan makan ayam. 4. Banyakkan makan ikan & sayur . Ikan Parang tak boleh makan. 5. Amalkan pemakanan yang sihat 6. NO FAST FOOD 7. NO makanan dalam Tin ( tuna, sardin etc ) 8. NO STRESS
Tolong buat check up
Please checkup at least 6 bulan sekali. Jangan ko berani nak bagi alasan, ala malu la. Kalau kena dengan Dr laki macam mana. Jawab aku ” Abah kau ! Malu konon “.
Dah memang reality Dr O&G ni banyak lelaki, terima je la. Ak dari dulu Dr laki yang check. Ko ingat tak malu?? Tapi nak buat macam mana. Hakak redho jela. Nasib tadi Dr perempuan yang check.
Tak payah berangan nak makan ubat kurus, ubat cantik. Hatta ada KKM sekalipun.
Fiesta Homebakers Usha-usha Biskut Raya anjuran Mingguan Wanita bersama penaja utama Central Sugars Refinery Sdn. Bhd (Gula CSR) serta penaja bersama marjerin Adela dan rakan kerjasama lain Fruttose, Ever Miracle Solutions (barangan Tupperware Brand, Cadbury dan penaja belon dekorasi, Omeiluth Party Expert berlangsung penuh meriah di Setia City Mall semalam.
Biarpun hanya sehari sahaja, namun fiesta yang dirasmikan oleh Yang Berhormat Hajjah Aiman Athirah Sabu, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) hadir bersama CEO NU Ideaktif, Syamil Fahim dan CFO Gula CSR iaitu Mohd Azahar Mohd Salleh bersama isteri memberi kenangan manis buat semua peserta.
Menghimpunkan 40 vendor usahawan biskut raya dengan hampir 10 ribu kupon sampel biskut raya diberikan secara percuma kepada pengunjung, dalam ucapan perasmian YB Hajjah Aiman Athirah berkata, usaha dilakukan Mingguan Wanita ini sangat disokong kerana membantu golongan wanita menerusi kempen Bangkit Wanita.
“Golongan B40 dan M40 antara yang terkesan dengan pandemik sebelum ini. Jadi usaha menghimpunkan golongan wanita dalam fiesta begini dengan bermula dari rumah menghasilkan biskut, ternyata ia satu usaha sangat baik kerana ia selari dengan usaha KPWKM yang turut mempunyai kempen Wanita Bangkit.
“Negara kita menyediakan banyak dana dalam membantu golongan wanita berpotensi untuk mencapai kejayaan dari segi ekonomi dan golongan wanita boleh merebut peluang memajukan diri dalam perniagaan menerusi dana disediakan,” katanya yang turut mengalu-alukan Mingguan Wanita datang ke Kementerian berbincang untuk program Bangkit Wanita.
Sementara itu, CEO Nu Ideaktiv, Syamil Fahim memaklumkan, selama lebih 40 tahun Mingguan Wanita berada di pasaran dengan jualan majalah dahulunya mencecah 160 ribu seminggu serta lebih 4 juta pembaca setia untuk media sosialnya terkini berjaya membawa suara wanita ke persada gemilang.
“Kempen Bangkit Wanita yang kita usahakan sejak 3 tahun lalu, dijayakan dengan pelbagai aktiviti menghimpunkan 40 pengusaha biskut raya dan moga usaha begini berterusan,” katanya semasa ucapan alu-aluan.
Dalam fiesta sehari semalam, selain promosi jualan dan tempahan biskut raya, banyak aktiviti pentas interaktif bersama pengunjung telah diadakan.
Menampilkan Hanif sebagai pengacara yang penuh lincah, penaja utama CSR turut memberikan pelbagai hadiah menarik di booth mereka. Dengan hanya follow laman sosial mereka, pengunjung menerima beg hadiah menarik di mana pelbagai produk Gula CSR diberikan secara percuma buat pengunjung bertuah.
Persembahan fiesta semalam dihangatkan dengan persembahan bertenaga dari Marsha Milan Londoh yang menyampaikan dua buah lagu iaitu Girls On Fire selain lagu popularnya, Kembali Terang.
Selain persembahan pentas dari Marsha, ada banyak aktiviti pentas berlangsung seperti demo bancuhan topping dekorasi biskut bersama pengasas Gula Cakery, Nor Arieni Adriena, pertandingan tekan-tekan semperit biskut raya, demo biskut raya kurang manis oleh pengasas Easy Bake Lab iaitu Cik Dayang, pertandingan susun-susun biskut raya, pertandingan tekan biskut semperit raya bersama Puan Hanani yang datang jauh dari Terengganu, happy hour dan banyak lagi di mana pengunjung selain membeli kuih raya dan membuat tempahan, mereka juga membawa pulang hadiah lumayan dan banyak disediakan pihak penganjur.
Turut diadakan, acara biskut raya terbesar oleh para pelajar kulinari dalam Pertandingan Biskut Raya Gergasi.
Sebanyak tiga universiti / kolej memasuki pertandingan ini terdiri dari Food Institute Of Malaysia (FIM), Saito University dan Institut Kemahiran Belia Negara Kemasek Kemaman Terengganu. 9 kumpulan telah bertanding melibatkan 36 penyertaan pelajar.
Kumpulan juri yang diketuai oleh Puan Norhayati dari Taylor Universiti, Puan Nor Arieni Adriena dari Gula Cakery dan Marsha sepakat memilih kumpulan Zucchero dari IKBN yang menghasilkan biskut Giant Golden Flakes seberat 15 kg.
Kumpulan Zucchero memenangi hadiah utama sebanyak RM700 serta nilaian RM10,000 bagi artikel mengenai sekolah masakan terbaik, hadiah iringan serta sijil penyertaan.
Pemenang kedua dan ketiga dimenangi oleh pelajar dari Food Institute Of Malaysia yang menerima wang tunai RM500 dan RM300. Bagi saguhati, hadiah sampingan dan sijil disediakan buat kesemua pelajar yang bertanding.
Fiesta diteruskan dengan pelbagai aktiviti bermula seawal jam 10 pagi dan menghampiri kemuncak acara pada jam 9 malam bila mana penganjur utama Gula CSR menawarkan hadiah lumayan sebanyak 36 kg gula Better Brown kepada vendor yang memenangi tiga kategori yang dipertandingkan iaitu vendor Paling Aktif Promosi Di Sosial Media, vendor Sampel Biskut Paling Laris dan vendor Booth Tercantik.
Yums Delicacies telah memenangi vendor paling aktif promosi di media sosial, diikuti Ayu Bakery bagi kategori sampel biskut paling laris sementara pemenang vendor booth tercantik jatuh kepada The Kelopak Bakes. Masing-masing teruja membawa 36 kg gula Better Brown yang sememangnya digunakan dalam pembuatan biskut raya untuk menambah rasa enak pada biskut.
Fiesta yang penuh kemeriahan dan warna-warni ini dijangka akan dianjurkan sekali lagi dengan tema yang berbeza pula. Hingga jumpa lagi di fiesta akan datang.
Kalau ada yang tak tahu inilah gadis mewakili Malaysia untuk pertandingan Miss Intercontinental 2017 yang kini sedang berlangsung di Sunrise Garden Beach Resort, Hurghada Egypt.
Sanjna Suri, 26, merupakan seorang ahli farmasi, penyanyi dan juga model. Kalau tengok bentuk badannya memang mantap. Kurus langsing uols!
Tapi siapa sangka tiga tahun lalu penampilannya bukan begini. Dengan tubuh berisi, wajah Sanjna juga chubby. Berat badannya ketika itu mencecah 70kg.
Namun azam untuk memiliki tubuh badan yang sihat telah mengubah penampilan Sanjna. Lihat saja dia sekarang dengan tinggi langsing dan wajah yang makin cantik. Berat badannya kini 48kg. Wah!!!
Mesti ramai yang nak tahu bagaimana Sanjna ini boleh menurunkan berat badannya lebih 20kg kan. Ini cara yang dilakukan.
Moga ada yang terinspirasi lihat perubahan Miss Intercontinental Malaysia 2017 ini. Sama-sama juga kita beri sokongan kepada Sanjna yang kini sedang bertanding di Egypt.