Sardin dalam tin ini selalu jadi lauk hujung bulan kita. Biasanya kita masak sambal, digorang atau dijadikan gulai.
Tapi lepas ini boleh cuba buat sardin masak kicap pula. Bagi yang tak pernah dengan atau merasainya boleh masak ikut resipi perkongsian Amira Johan ini
Cara buat sardin masak kicap pedas pun
Bahan-bahan
1 tin sardin
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3 sudu besar kicap pekat manis Jalen
3 sudu besar cili kering kisar
1 sudu besar sos seafood
4 tangkai cili api
Gula/Garam
1 biji ubi kentang -dipotong
Ads
Cara memasak
1. Goreng dulu ubi kentang hingga garing. Angkat dan ketepikan.
Ads
2. Tumis bawang hingga naik bau dan layu, kemudian masukkan cili kering kisar serta sos dalam tin sardin sedikit dalam 2-3 sudu besar. Tumis hinga pecah minyak dengan api sederhana
3. Kemudian masukkan kicap pekat manis, sos seafood dan tambah sedikit air (ikut kuantiti kuah yang diingini).
Ads
4. Akhirnya ssekali baru masukkan sardin, ubi kentang & cili api. Perasakan dengan gula garam. Masak sekejap kemudian tutup api, siap!
Donut ball ini sesuai sangat buat waktu anak-anak ada di rumah ketika cuti sekolah. Boleh jadi kudapan untuk mereka.
Lagipun cara membuat donut ball ini mudahlah sangat, guna dua bahan dan tak perlu uli pun. Tapi hasilnya gebu sangat. Cara membuatnya dikongsi oleh Reha Rahmah.
Donut ball 2 bahan
Donut ball 2 bahan untuk kudapan anak-anak dan mak mereka sekali.
Bahan-bahan
1 cup (130g) – Yogurt perisa asli
¾ cawan tepung naik sendiri
Gandakan sukatan jika nak masak lebih.
Cara membuat:
Campurkan dua bahan tadi.
2.Macam ini tekstur adunan ya.
3.Masukkan dalam piping bag, kalau tiada piping bag boleh guna plastik bungkus makanan.
4.Gunting hujung piping bag agak-agak saiz comel-comel gitu. Masukkan seketul-seketul dalam minyak yang telah panas, goreng dengan api sederhana.
5.Angkat bila dah bertukar warna keperangan. Api jangan kuat sangat ya, donut ini cepat masak.
6.Hasilnya…Golek dengan gula kastor masa donut tengah panas lagi. Guna gula aising pun boleh.
Selain untuk masakan ramai yang tak tahu bahawa kunyit hidup berguna untuk mencegah dan merawat penyakit kanser dan juga beberapa penyakit lain.
Antara cara yang boleh kita lakukan di rumah adalah dengan menyediakan jus kunyit untuk dijadikan amalan. Berikut adalah kebaikan kunyit yang djelaskan oleh Dr Zubaidi Haji Ahmad dan cara mudah membuat jus kunyit sebagai langkah pencegahan penyakit kanser.
Kunyit boleh cegah kanser
Kunyit adalah antara bahan penting dalam masakan. Nutrien paling bermanfaat dalam kunyit ialah curcumin yang dapat merawat penyakit kanser dan nyanyuk.
Selain curcumin, kunyit mengandungi paras tinggi zat besi dan tahap sederhana vitamin B6 serta kalium. Semua vitamin dan mineral berkenaan adalah sebahagian daripada diet yang sihat dan seimbang.
Curcumin, bahan aktif dalam kunyit memiliki kandungan antioksidan dan dikatakan amat kuat seperti vitamin C dan E. Kunyit adalah agen antiseptik dan antibakteria semula jadi dan berguna dalam pembasmian luka serta kesan terbakar.
Rawatan untuk kanser payudara dan prostat
Antara penyakit kanser yang boleh dirawat menggunakan kunyit ialah kanser prostat dan payu dara. Bahan itu juga dapat mengurangkan risiko penyakit leukemia terhadap kanak-kanak.
Khasiat lain adalah boleh digunakan sebagai bahan antiradang, merawat masalah pencernaan dan hati, penyakit kulit serta luka. Kunyit juga boleh digunakan untuk menghalang proses penuaan dan membantu mengurangkan berat badan.
Dalam perubatan Cina, kunyit telah lama digunakan dalam rawatan kemurungan, melancarkan peredaran darah, menghilangkan kesan lebam dan darah beku. Bagi masyarakat Melayu, kunyit diminum sebagai jamu terutamanya oleh ibu selepas bersalin untuk mengecutkan rahim dan mencuci darah.
Cara buat jus kunyit
1. Ambil 2-3 inci kunyit hidup, bersihkan kulitnya.
2. Rendam kunyit selama satu jam dengan dicampur sedikit garam untuk membuang getah.
3. Kisar kunyit dengan lima gelas air. Tapis dan masukkan dalam botol kaca.
4. Jika terlalu pekat, tambah sedikit air lagi bersama asam keping atau asam jawa. Tambahkan sedikit madu atau gula kabong.
5. Simpan dalam peti sejuk. Minum suku cawan setiap pagi dan malam. Amalkan jus ini seminggu dua kali sahaja sudah mencukupi.
Kadang-kadang terasa sayang bila tengok buah dari pokok sama ada jambu, mangga, dan sebagainya jatuh berguguran terbiar begitu saja akibat terlalu lebat.
Daripada terbazir begitu sebenarnya buah yang berguguran ini boleh kita guna semula untuk dijadikan baja cecair yang baik untuk tanaman berbunga dan pokok buah.
Hari ni saya kutip buah jambu air yang berguguran di atas tanah untuk dijadikan baja buah.
Baja cecair yang terhasil dari peraman buah-buahan yang dah rosak ini baik untuk tanaman berbunga dan berbuah. Apa-apa jenis buah pun boleh, cuma durian payah sikit sebab kulitnya terlampau keras.
Formula asas untuk hasilkan baja cecair dari buah;
1.Nisbah buah : gula merah = 1:1
Contohnya kalau ada 1kg buah, campurkan dengan 1kg gula merah.
2. Masukkan dalam bekas dan tutup.
3. Peram selama 3-4 minggu. Boleh tambah air jika mahu.
Cara penggunaan
Ambil 5-10ml air baja campur dengan 1 liter air. Siram ke tanah dekat pokok buah atau pokok bunga.
Panduan tinggalkan kucing sendirian di rumah ini penting bagi yang memelihara banyak anak bulus dan akan meninggalkan mereka di rumah untuk pulang beraya di...