Perkongsian yang VK baca ini betul-betul menyentuh hati. Kuat sungguh kesabaran pasangan ini ini menanti dikurniakan cahaya mata.
Tapi benarlah Tuhan hanya menduga pada insan yang mampu menghadapinya, selepas 19 tahun bersabar, bersedih Allah membalas segalanya dengan kurniaan cukup manis.
Pada usia 41 tahun dia hamil dan selamat melahirkan cahaya mata. Demikian perkongsian kisah benar yang VK petik dari Facebook Nor Farah Dilah. Semoga jadi inspirasi untuk mereka yang lambat dapat cahaya mata agar tak putus asa.
Saya bernikah pada tahun 1998. Zuriat ? Ya , anak , penyeri rumahtangga . Semua wanita impikan. Mimpikan. Inginkan. Begitu juga saya dan suami. Keluarga sikit tak kisah, bagi mereka itu semua Allah yg punya kuasa. Tapi tidak bagi saya, saya sangat teringin zuriat sendiri.Begitu juga suami . Suami sering ingatkan saya, sabar ya Sayang .
Saya seperti wanita mental bila menjelang 10 tahun perkahwinan, air mata peneman, sejadah bersiram air mata setiap hari, saya sngt cemburu dgn wanita yg melahirkan zuriat, bila kawan2 bersalin, saya balik rumah dah kurungkan diri berhari2 . Allah, dimana silap saya sampai begini saya di uji .. Allahhuakhbar . rapuhnya iman saya bila saya mula terfikir nak culik anak org .
Berilah peluang walaupun janin cacat
Hari berganti , saya tak bercampur masyarakat, hanya pergi balik kerja, begitulah sehingga 19 tahun usia perkahwinan . Doa sedetik tak pernah putus dlm hati. Sangat teringin utk jadi ibu, punya janin di dalam rahim, sampai kan saya pernah berdoa , Ya Allah, bagilah peluang pada hambamu ini utk merasa nikmat menjadi ibu, walaupun janin yg cacat sekalipun, aku sanggup ya allah … Allah hu Akbar .. ???
Setiap hari saya menunggu dah 20 tahun, sehingga saya jatuh sakit , Allah , dugaan … Saya redha andai ini bahagian saya . saya ke hospital utk terima rawatan, ambil darah, urin test … Doctor dtg kepada saya sambil tanya, puan sekarang umur berapa ? Saya jawab 41 . Doctor senyum , dia ckp puan hamil tau. Serta merta, bergenang air mata saya… Allahhuakbar, ya Allah .. Allah maha berkuasa . Allahmdulillah …. Habis segala puji utk Allah . ya, saya disahkan hamil 4 bulan.
Ads
Menggigil terima berita
Perasaan saya, melangkah keluar hospital, diri rasa diawangan, rasa mcm mimpi. Memandu pulang dlm keadaan gigil. Sampai rumah saya kaku, diam sampai suami saya pulang. Saya ajak suami berjemaah, dia kata nanti abg mandi dulu. Selesai solat, saya pegang tangan suami, saya tatap mata dia, tapi suami seperti biasa, sabar ya sayang, Allah belum beri kita rezeki.
Saya dapat lihat air mata suami walau dia cuba sembunyikan. Saya gengam tangan dia, saya cakap, abang , sayang mengandung 4 bulan . Sepantas kilat terkeluar dari mulut suami, apa ?? Betul ke syg ? Betul ??? Syukur ya Allah… Tinggi suami menadah tangan mensyukuri rezeki Allah. Berderai air mata kami suami isteri .
Suami ambil cuti seminggu, setiap malam di sejadah
Suami ambil cuti seminggu, selama seminggu setiap malam dirinya di sejadah , tak henti bersyukur . hidup saya seperti mati hidup balik . saya mula nampak cahaya matahari . saya sudah ketawa, saya sngt bahagia .
Kandungan saya tiada masaalah, bersalin ceazer sebab anak besar . 11.00 mlm saya msuk dewan bedah, 11. 15 pm saya dah nampak anak saya . syukur ya Allah, bagi saya rasa jadi ibu . Anak saya berambut lebat hitam, kulit sangat merah , perempuan, cukup sifat dan sempurna, berat 4.3 kg. Tak berhenti di mulut saya , syukur ya Allah, syukur Alhamdulillah . satu2 nya anak tunggal saya kerana saya tidak d benarkan hamil lagi memandangkan usia sudah 41 tahun .
Ads
Puteri Marissa bt Abdul Rahman Dikau segalanya bagi mama dan papa Alhamdulillah… ??
Terima bil elektrik yang tinggi setiap bulan memeningkan. Apatah lagi kalau mencecah lebih RM200, kos ini dah tentu menjejaskan perbelanjaan lain.
Untuk mengurangkan bil elektrik ini mahu tak mahu memang kita kena ubah apa yang kita lakukan sekarang. Dan perubahan ini pun sebenarnya bukanlah yang susah untuk dilakukan.
Seperti yang dikongsi oleh Mehmed Aezhad, hanya sedikit tindakan dan perubahan, iaitu tutup suis barang elektrik yang tak digunakan, bil api kediamannya berjaya dikurangkan. Pengurangannya pula lebih daripada separuh, dari RM208.90 kepada RM36.60. Ini yang beliau lakukan.
1. Aircond
Hanya buka 30 minit sebelum tidur dan tutup bila bilik dah sejuk.
Siang memang tak buka aircond.
2. Wifi
On Wifi bila nak guna sahaja. Nak tidur tutup.
3. Lampu
Sebelum tidur tutup semua lampu rumah biar gelap. Lagi gelap lagi senang nak tidur.
4. TV
Aku bukan kaki tengok TV. Tengok Netflix pun dekat laptop itupun jarang (kat sini dah jimat elektrik juga).
5.Plug
Disebabkan pakai MBP (Macbook Pro), sekali caj bateri tahan 12-18 jam.
So, caj 2 jam-3 jam dan tutup suis plug.
6. Tidur rumah orang lain
Weekend balik rumah family or tidur rumah kawan (sesuai untuk yang bujang je ya)
Hasil penjimatan tengoklah bil ni
Tip Ekstra
Tutup kipas, lampu, tv di ruang yang tiada orang
Cabut plug barangan elektrik selepas digunakan
Beli barang elektrik yang ada label 5 bintang, produk ini direka untuk menjimatkan penggunaan elektrik
Bagi yang tinggal di kampung atau punya tanah terbiar yang tidak diusahakan mungkin oleh mempertimbang untuk mengusahakan penanaman serai. Seekar pun boleh, potensinya cukup besar malah kalau betul caranya boleh mendatang pulangan lumayan.
Perkara ini dikongsi oleh Coach Bahar usahawan Agro Farm yang juga banyak mengendalikan kursus penanaman. Beliau turut menurunkan matematik penanaman serai yang boleh dijadikan panduan bagi yang berminat.
Kalau ikut matematik ini, bagi penanaman serai keluasan seeker dalam tempoh enam bulan boleh memperoleh sekitar RM63 ribu (mengikut harga semasa serai).
Matematik tanam serai
Jika anda tinggal di kampung anda boleh memaksimumkan pendapatan dengan peluang yang ada. Asalnya rajin.
Serai ditanam 6 bulan, termasuk menanam hingga menuai. Walaupun serai macam tanaman yang tak perlu dijaga, serai perlu dibaja untuk pastikan pokoknya gemuk.
Seekar – 43500 kaki persegi.
Serai ditanam 2 kaki x 3 kaki
Dapat 7500 rumpun.
Enam bulan serai dijaga dapat 2 kg serumpun paling ringan.
2kg x 7000 rumpun. Anda boleh mendapat sekitar 14 tan seekar.
1 kg tolak pemborong harganya RM4.5. Tengok tempat macam mana tapi sekarang paling murah pun RM3.5. Jangan keluar sekali gus. Buat plot dan keluar hasil seminggu sekali. 1 tan dijual harganya RM4500. Kiralah sendiri dapat berapa (14 tan x RM4500=RM63k)
Risiko tanam serai
Ada risiko kalau serai kena banjir, itu sebab kena buat parit betul-betul. Ada juga masalah ulat tebuk menyebabkan serai tak ada isi. Itu perlukan racun. Serai perlu dibaja sebulan sekali dari kecil sampai besar boleh dijual.
Tinggal di kampung, ada usaha boleh tanam serai jadi sumber pendapatan. Anda juga perlu berkawan dengan pemborong untuk mereka ambil hasil tanaman. Kalau setakat tanam seekar dua pasaran tempatan pun tak cukup.
Saya tahu, ada yang akan kecam idea saya. Memang ada yang akan cakap itu hanya idea dalam kertas sahaja. Jujur saya cakap, saya buatkan rumah arwah mak dengan harga 500K di kampung 15 tahun dulu dengan sebahagiannya duit serai.
Terpulang masing-masing. Ini cerita projek kecil di kampung sahaja. Ada yang masih memandang rendah dengan potensi pertanian. Pertanian ini nak kena belajar. Sebab itu berbeza pendekatan petani kaya dengan petani miskin.
Kereta keluar bunyi lain macam sewaktu memandu adalah petanda masalah. Seperti penyakit, biasanya sebelum kereta rosak akan ada tanda-tandanya. Masalah kereta ini boleh antaranya...