
Isi Kandungan
Toggle
Mesej dari seorang ibu mangsa kejadian kebakaran pusat tahfiz Darul Quran Iittifaqiyah kepada Datuk Mohamed Nizam Bin Mohamed Jakel yang juga majikannya memang cukup menyentuh hati.
Dimuat naik oleh Datuk Nizam yang juga salah seorang pengarah syarikat tekstil Jakel dalam instagramnya, mesej dari ibu yang kehilangan dua anak dalam kejadian tersebut turut mendapat perhatian dan simpati netizen.
“Bacalah msg yg dihantar oleh ibu kepada 2org anak yg terkorban kebakaran Tahfiz kepada saya.
I’m speechless!….?? can u imagine how she feel?
Salam Datuk. Saya minta maaf masih tak boleh masuk kerja. Tak mampu nak laluia perjalanan hidup ini. Bagi saya masa. Terbayang bayang anak2 saya dlm setiap waktu. Kerna setiap hari sebelom pergi kerja saya akan jumpa anak2 saya. Ya Allah berilah kekuatan pada saya. Maaf dan terima kasih atas segala bantuan yg Datuk telah berikan. Semoga Allah akan merahmati Datuk Sekeluarga. Saya sangat sedih dan hancur luluh hati bila anak yg saya lahirkan hilang begitu sahaja. Allah maha tahu.”
Setiap hari sebelum pergi kerja akan bertemu anak
Hati hancur luluh
Kita doakan ibu ini agar tabah menerima dugaan Tuhan, semoga dia diberi kekuatan untuk kembali bekerja dan meneruskan kehidupan tanpa anak tersayang.
Sumber: nizamjakel
Majlis Resepsi di Bandung, Engku Emran & Bella Terima Kejutan Romantis

Isi Kandungan
Toggle
Selepas sebulan majlis ijabkabul pelakon terkenal Indonesia Laudya Cynthia Bella bersama Engku Emran di Kuala Lumpur, semalam berlangsung majlis resepsi pasangan pengantin baru ini di Indonesia.
Diadakan di InterContinental Hotel & Resort Bandung, majlis tersebut turut berlangsung secara tertutup dihadiri hanya 300 tetamu saja.
Unik, Bella pilih busana pengantin jumpsuit
Bella tampil menawan busana pengantin unik daripada jump suit dengan rona blush dihiasi kristal dan juga batu swarovski. Dibaluti dengan jubah panjang warna senada, Emran pula bergaya dengan suit kontra rona coklat.
Laudya yang kelihatan mengenakan solekan warna nude menggayakan busana dari Ayu Dyah Andari pasangan ini tiba jam 5.30 petang di The Diamond Wedding Hall.
Kaitan Isabella dan Bella
Menariknya dalam acara resepsi ini, Emran dan Bella menerima membuat kejutan romantis apabila Amy Search didatangkan khas dari Malaysia untuk mendendangkan lagu Isabella yang mana nama Bella itu sendiri menurut ibunya terinspirasi dari lagu tersebut.
A post shared by @denimarbell on
Turut hadir dalam resepsi tersebut adalah Nora Danish dan suami, Melly Goeslaw, Zaskia Sungkar, Bunga Cinta Lestari.
Lagi foto menarik
-vanillakismis
Tak Sangka Masih Wujud Pengamal Minyak Dagu, Percaya Benda Khurafat – Syafie Naswip

Isi Kandungan
Toggle
Siapa tak kenal pelakon muda berbakat besar yang mula dikenali dengan watak Mukhsin ketika dia berusia 13 tahun dulu? Dialah Syafie Naswip yang kini sudahpun berusia 26 tahun. Semakin meningkat matang, lakonan Syafie tetap menjadi antara yang terbaik.
“Sebenarnya saya menganggap diri saya bertuah kerana mula-mula menceburi bidang lakonan saya bertemu dengan arwah Yasmin Ahmad. Watak Mukhsin tu adalah luck saya. Arwah yang cungkil apa yang ada dalam diri saya. Semuanya tak dirancang. Namun kini, saya perlu bergerak sendiri. Berlakon dengan kejujuran dan usaha buat sehabis baik yang boleh,” katanya.
Menurut Syafie, dia teringin keluar dari zon selesa dan melakonkan watak yang belum pernah dicuba misalnya watak antagonis. Namun dia tidak menolak naskhah yang ditawarkan. Cuma rahsianya ialah setiap nashkah yang datang itu akan dibuat dengan terbaik.
Ikut peredaran semasa
Mempunyai lebih 700,000 pengikut di laman instagram, Syafie tidak menolak pentingnya mempunyai pengikut di laman sosial. Namun itu bukanlah keutamaan baginya.
“Bagi saya, saya hanya ikut peredaran semasa. Saya buat instagram untuk kongsikan aktiviti lakonan yang saya terlibat. Follower yang ramai bukan keutamaan. Tapi lagi dekat dengan follower, lagi bagus dalam kerjaya kita. Seseorang itu follow artis yang dia suka ada banyak sebab antaranya populariti, bakat dan personal life.”
Syafie akui suka kongsikan sesuatu yang best di instagram kerana ingin mengenang momen tersebut pada hari mendatang.
“Contohnya kalau berlaku perselisihan faham dengan orang yang dekat dengan kita, bila kita scrool balik momen yang best tu, kita boleh kata buat apa kita gaduh-gaduh. Kan best kalau kita buat balik benda-benda yang best yang ada dalam instagram tu. Jadi hubungan tu tak keruh lama-lama.”
Tak sangka minyak dagu dihasilkan sebegitu
Malam ini bakal ditayangkan episod pertama Siri 13 Khurafat yang bertajuk Minyak Dagu. Pelakon muda berbakat besar, Syafie Naswip membuat penampilan khas dengan watak Jazlan. Menonton drama 30 minit ini pada preview media Jumaat lepas membuatkan Kak VK rasa seram dan meremang bulu roma dengan lelaki yang mengamalkan khurafat minyak dagu untuk memikat wanita impiannya.
“Ketika dapat skrip Minyak Dagu, saya terfikir macam mana orang boleh buat minyak daripada dagu orang yang dah mati. Tak sangka zaman sekarang masih ada benda macam ni. Tapi itulah, kepercayaan karut macam ni susah nak berubah. Jadi dengan adanya drama macam ni, orang boleh ambil iktibar. Masyarakat dah urban tapi masih percaya hal khurafat.” cerita Syafie yang menjalani tiga hari penggambaran Minyak Dagu di Kuang, Selangor.
Jadi, jangan lupa untuk tonton slot Meremang, 13 Khurafat yang dimulakan dengan episod Khurafat malam ni jam 11 malam di saluran Astro Prima dan Maya HD.
Sumber: Syafie Naswip
“Siti Menanti 11 tahun, Saya Tunggu 18 Tahun Untuk Dapat Anak Perempuan!”

Isi Kandungan
Toggle
Selepas tujuh hari kelahiran anaknya, semalam Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid mengumumkan nama untuk puteri mereka.
Siti Aafiyah Binti Khalid nama diberi bagi menggantikan panggilannya Fatimah Az Zahra selama seminggu lalu.
Kata Siti nama itu dipilih bersempena doa yang diajarkan Nabi Muhammad SAW kepada bapa saudaranya, Al Abbas.Bermaksud segala yang baik-baik saja, ilham untuk nama tersebut tercetus ketika pasangan ini menunaikan umrah tahun lalu.
“Sepanjang di sana, saya sering mendengar doa berkenaan. Malah maksud Aafiyah juga merangkumi yang baik-baik saja.
“Sepanjang hamil, saya sering mendapat kiriman doa ini yang menyebut nama Aafiyah. Jadi, saya dan suami sepakat memilih nama ini,” kata Siti dalam majlis tahnik, cukur jambul dan aqiqah di kediamannya yang disempurnakan oleh Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr. Zulkifli al-Bakri.
Sementara itu Datuk Khalid atau Datuk K, tidak berselindung dengan perasaannya yang terlalu gembira bila melihat hasrat isteri untuk bergelar ibu akhirnya tercapai.
“Happy sangat tengok hasrat Siti yang sekian lama nak jadi ibu tercapai. Perasaan saya bercampur baur, gembira, sedih kerana doa kami termakbul.
“Jika Siti menanti 11 tahun, saya menanti lebih lama hampir 18 tahun untuk dapat anak perempuan.
“Sebenarnya selepas rumah ini siap semua anak ada bilik masing-masing dan ada bilik disediakan untuk anak perempuan. Selepas sekian lama baru sekarang ia dihuni,”ujar Datuk K.
Hilang sakit bila anak depan mata
Dalam majlis itu juga Siti berkongsi pengalaman bersalin dan detik detik yang dilalui selepas tujuh hari bergelar ibu.
“Inilah impian dan doa saya yang menjadi kenyataan. Dulu usap-usap perut kini dah ada depan mata. Syukur kerana dia dilahirkan sempurna.
“Pengalaman melahirkan setiap wanita itu berbeza. Saya sendiri kehilangan banyak darah waktu bersalin tapi dengan kecekapan doktor yang merawat saya dapat dipulihkan.
“Saya ditahan satu hari di wad bersalin dan hari ketiga alhamdulillah saya dah boleh berjalan. Walaupun bersalin secara caesarean saya kuatkan diri dan semangat.
“Saya tak boleh terlalu takut untuk berjalan walaupun tahu ada luka. Tapi bila lihat bayi depan mata hilang segala sakit,”ujarnya.
Menantu ajar cara susukan bayi
Biarpun mengambil khidmat penjagaan berpantang Natalis ujar Siti dia turut dibantu oleh ibu dan juga ibu mentuanya. Malah turut mendapat sesi nasihat penyusuan istimewa dari menantunya Tya Ariffin.
“Saya bertuah ada ibu dan ibu mentua yang tinggal bersama. Saya ambil petua dari mereka. Tapi saya rasa cabaran besar selepas melahirkan adalah untuk susukan anak.
“Ya Allah, bukan senang. Tapi bila fikir mak saya boleh susukan lapan orang anak, kenapa saya seorang anak saja nak mengeluh.
“Saya juga bersyukur menantu banyak tolong saya dalam hal penyusuan. Dia beri tunjuk ajar apa yang perlu saya buat, apa yang perlu saya makan, pasangkan mesin dan sebagainya.
“Dia macam cikgu. Selalu mak yang ajar anak untuk susukan bayi, saya special sikit, menantu yang ajar,”ceritanya.
Cuma tidur tiga jam
Akui Siti lagi selama menjadi ibu, dia juga sudah mula berjaga malam untuk menjaga dan menyusukan bayinya.
“Macam hari ini saya cuma tidur 3 jam saja sebab anak saya jenis yang siang tidur malam berjaga.
“Semakin dia membesar, dia makin kerap nak menyusu badan. Jadi sebagai ibu kena berkorban, sebab nak anak kita sihat,”ujarnya.
Siti selamat bersalin pada 19 Mac lalu secara pembedahan. Aafiyah dilahirkan dengan berat 3.55kg di Hospital Glen Eagle, Kuala Lumpur. Berita kelahiran anak penyanyi nombor satu tanah air ini disambut gembira oleh netizen.
Sumber: Siti Official Video