Satu persatu kisah menyentuh hati membabitkan enam anggota bomba yang terkorban dalam insiden lombong tinggal di Puchong dikongsi di media sosial.
Daripada kisah di lokasi hinggalah ahli keluarga mangsa yang terlibat. Terbaru adalah melibatkan allahyarham Yahya Ali, 24 tahun yang berasal dari Mukah Sarawak ini.
Pemergiannya meninggal ibu dan ayah tersayang selain tiga orang adik beradiknya. Arwah Disifatkan sebagai abang penyayang dan sentiasa mengambil berat perihal adik beradiknya.
Apa yang menyentuh hati, arwah sempat membeli dua utas barang kemas untuk dihadiahkan kepada adik-adiknya.
Perkara itu didedahkan oleh Zubaidahsbahii Idah yang juga kenalan rapat arwah Yahya. Dalam satu posting di Facebook beliau menceritakan bagaimana Yahya yang dianggap sebagai sebahagian keluarganya sempat membeli dua utas barang kemas untuk diberikan kepada adik-adiknya di Sarawak.
“Tak sempat nak post untuk keluarga di kampung. Takpe kita kat sini akan tolong post kan. Kepunyaan arwah untuk adik-adiknya di sarawak. Ya Allah semoga kau tempatkan anak ini di kalangan orang2 yg beriman. Amin,”tulisnya dalam satu posting.
Dalam pada itu wanita ini turut bertekad untuk menghantar barang kemas ini pada keluarga arwah di Sarawak sebagai untuk memenuhi hasrat yang tidak sempat ditunaikan itu.
Menurut Zubaidah dalam posting sebelum itu, arwah Yahya dianggap seperti anaknya sendiri. Hampir setiap hari dia bertemu dengan arwah malah mereka juga akan beraya bersama memandangkan keluarganya berada jauh di Sarawak.
Dalam pada itu posting Zubaidah ini juga tular di Facebook hingga mendapat ribuan komen yang rata-ratanya dipenuhi kata-kata doa untuk arwah selain takziah untuk keluarganya.
Sama-sama kita doakan agar roh Yahya serta lima lagi rakannya ditempatkan penghuni syurga. Amin.
Sumber: Zubaidahsbahii Idah