Beberapa hari lalu tular kisah pemuda yang menikahi gadis pesakit kanser yang dalam keadaan tenat.
Bernikah sebelah pagi pada 3 Ogos lalu namun tak sampai 24 jam, awal pagi esok hari isteri kepada Saiful Azam Azmi iaitu Fatin Syahirah, 24 Yusuf menghembuskan nafas terakhirnya.
Usia pernikahan tak sampai sehari namun Saiful Azam harus menerima hakikat isterinya sudah tiada.
Cerita pasangan ini tersebar di media sosial selepas abang Fatin Syahirah, Shukur Yusuf memuat naik kisah arwah adiknya itu di laman sosial. Status tersebut mendapat perhatian netizen yang berasa cukup simpati dengan apa yang terjadi.
Selain mengucapkan takziah kepada keluarga arwah rata-rata netizen kagum dengan keikhlasan hati Saiful Azam serta kekuatannya berdepan dugaan Yang Maha Esa.
Cuma satu, biarpun kisahnya tular namun empunya diri mengambil sikap berdiam diri, malah dalam satu laporan berita Buletin Utama Saiful Azam menolak untuk diwawancara kerana masih bersedih tapi beliau mengucapkan terima kasih kepada netizen yang mendoakan dia dan arwah isterinya.
Bagaimana pun rasa hati anak muda ini terungkap melalui satu satus dari sahabatnya WANAJAK @HZWNRZK di Twitter yang berkongsi IG stories yang dimuat naik oleh Saiful Azam.
Sebahagian daripada diri saya telah pergi untuk menemui Penciptanya. Dia satu-satunya cinta saya dan segala-galanya buat saya. Minta jasa baik rakan-rakan sedekahkah al- fatihah terhadap arwah isteri saya Fatin Nursyahirah binti Yusuf.
Dalam thread yang sama turut dikongsi adalah gambar Saiful Azzam mencium isterinya kali terakhir sebelum dikebumikan.
Mengenakan baju nikah pada hari isterinya dikebumikan, dalam catatan Saiful kisahnya itu hanyalah cerita biasa. Orang lain juga akan melakukan perkara yang sama pada orang yang disayangi.
“Gambar terakhir saya dengan isteri. Ya saya mengenakan baju Melayu, baju nikah memandangkan katanya saya kelihatan segak dengan baju ini.
“Tiada yang menginspirasikan dari cerita saya ini, saya rasa anda juga akan melakukan perkara yang sama pada insan yang anda sayangi.
“Terima kasih semua atas ucapan dan doa, Moga Allah berbalik kepada kalian kembali. Saya ok. Dia tengah rehat cantik cantik pakai bedak celak tadi.
Menerima lebih 31 ribu retweets, dalam hantaran itu Wanajak mendoakan agar sahabatnya itu kuat berdepan dugaan.
“My friend, kau memang kuat, kau setia dan baik. Allah bagi kau dugaan untuk orang yang kuat macam kau zam. Aku doakan kekuatan untuk kau zam dan salam takziah,”tulisnya.
Thread tersebut juga viral dan dipenuhi ucapan takziah dan doa buat arwah dan juga Saiful Azam.
Sumber: WANAJAK