Bagi yang bercucuk tanam, cocopeat ini memang bahan utama yang perlu ada. Ia jadi pengganti tanah yang selamat dan baik untuk tanaman. Tapi tak seperti tanah sebelum digunakan cocopeat ini perlu dibilas dulu sebelum digunakan.

Ramai yang tahu dan melakukannya cuma mungkin tak ramai tahu sebabnya. Tariq Syahman berkongsi sebab cocopeat ini perlu dibilas sebelum digunakan selain menerangkan caranya.

Kenapa kena bilas cocopeat

Selalu orang tanya, cocopeat ni kena bilas dulu ke sebelum guna? Dari apa yang saya belajar, memang kena bilas.

TANNIN

Ada cikgu yang cakap kena bilas untuk buang tannin. Tannin ni yang membuatkan air rendaman tu bertukar menjadi kuning/perang.

Tannin ni adalah bahan kimia semulajadi yang sedia hadir dalam sabut kelapa. Kalau terlalu banyak, ia boleh mengganggu penyerapan nutrien oleh pokok. Sedikit sebanyak akan mengganggu pertumbuhan pokok.

Ads

Disebabkan tannin ni larut dalam air, cara terbaik untuk kurangkan adalah dengan rendam/bilas secukupnya. Dari apa yang saya baca – sebenarnya tannin dalam cocopeat tak lah mengganggu sangat. Tapi, just to be sure, bilas je lah bukan susah sangat pun.

Sebelum Guna Cocopeat Untuk Tanaman, Kena Bilas Dulu. Ini Sebab & Cara Membilasnya

GARAM

Ada cikgu yang cakap kena bilas untuk buang garam. Kebiasaannya pokok kelapa banyak tumbuh berdekatan laut. Jadi garam dalam tanah tu memang diserap oleh pokok kelapa.

Ads

Kandungan garam yang terlalu tinggi dalam cocopeat akan mengganggu pertumbuhan pokok yang kita tanam (kecuali lah kalau kita tanam pokok kelapa).
Disebabkan garam ini larut dalam air, cara terbaik untuk kurangkan adalah dengan rendam/bilas secukupnya.

Cara bilas cocopeat?

Cara 1
Masukkan cocopeat dalam bekas yang sesuai. Isi air kemudian godak-godak dia sampai puas hati lepas tu tapis keluar cocopeat. Ulang sampai air jadi jernih.

Cara 2
Biarkan cocopeat dalam bekas/polibeg. Siram dengan air di bahagian atas sehingga air menitis keluar di bahagian bawah. Pastikan keseluruhan bahagian cocopeat basah. Ulang sampai air yang menitis keluar jadi jernih.

Ads

Cara 3
Biarkan cocopeat terdedah kepada air hujan beberapa kali.
Ada cikgu yang cakap kena bilas betul-betul sampai air jernih.
Ada cikgu yang cakap tak perlu bilas beriya-iya. Bilas gitu-gitu pun dah cukup.
Kesimpulannya bilas sajalah asalkan bilas.

Cocopeat ini adalah medium yang sangat kurang nutrien. Jadi, kena lah letak baja yang betul & cukup kalau nak pokok yang kita tanam dalam cocopeat hidup subur & keluarkan hasil yang baik.

Kalau tanam pakai tanah pun, kita masih perlu letak baja. Jadi tak ada beza sangat pun kalau tanam pakai cocopeat. Dua-dua tetap kena letak baja.

Sumber: Tariq Syahman

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI