Sebelum Makan Buah Limau Mandarin, Basuh Dulu Untuk Elak Bahaya Kesan Sulphur Dioxide

Share

 

Sama ada sebelum atau selepas perayaan Tahun Baru Cina limau mandarin akan banyak dijual di pasaran.  Bukan kaum Cina saja, Melayu dan India juga turut sama menerima dan membeli buah ini.

Tapi satu pesan yang selalu kita dengar, jangan makan limau banyak takut batuk dan sakit tekak. Kenapa ya? sedangkan limau ini ada vitamin C untuk halang penyakit.

Dr Rosli Abdul Jalil memberikan penjelasannya selain berkongsi cara untuk elak kita mengalami sakit tekak dan batuk jika makan limau.

Menurut beliau bilangan pesakit yang mengidap gatal, sakit tekak dan batuk bertambah sekali ganda dalam musim perayaan. Ia ada kaitan dengan limau mandarin yang banyak kita makan pada waktu ini. Berikut adalah nasihat beliau sebelum mengambil buah ini.

Kesan sulphur dioxide pada kulit limau kepada manusia

Pengusaha buah-buahan memang ada menggunakan sejenis bahan kimia iaitu ‘Sulphur dioxide’. Buah limau ini akan direndam terlebih dahulu kedalam cecair yang mengandungi bahan kimia tersebut sebelum ia dimasukkan ke dalam kotak untuk tujuan melindungi kulit limau dari dijangkiti bakteria, kulat dan serangga dan secara tidak langsung ia bertindak sebagai bahan pengawet supaya ianya dapat bertahan lama sebelum dipasarkan.

Apa kesan ‘Sulphur Dioxide’ yang terdapat pada kulit limau tersebut kepada manusia?

Ia boleh menyebabkan radang dan kesakitan tekak yang teruk, demam dan gejala batuk kering yang berpanjangan. Ia juga boleh menyebabkan sakit perut dan radang usus. Terdapat juga kes alahan seperti radang kulit dan serangan penyakit lelah.

Bagaimana cara untuk mengatasi masalah ini?

  • Basuh atau rendam dahulu buah limau ini dan kemudian barulah dimakan.
  • Pastikan jari yang terkena kulit limau yang tidak dibasuh tidak tersentuh dengan isi limau yang hendak dimakan.
  • Sekiranya perlu, pakailah sarung tangan plastik ketika mengupas kulit limau!

Semoga anda kekal sihat dimusim perayaan ini.

Sumber: Rosli Abdul Jalil

Published by
VK