Bila musim hujan macam sekarang kedai dobi terutama layan diri memang penuh gara-gara baju yang dibasuh tak kering.
Selalunya mesim pengeringlah yang akan jadi rebutan.
Bila dah buang masa beratur panjang di kedai dobi ni maka ramailah kaum wanita terfikir nak beli dryer. Mesti korang pun salah seorang kan.
Tapi berbaloi ke kalau nak beli dryer ini di rumah. Jika perkara yang sama bermain dalam fikiran, perkongsian daripada Afyan Mat Rawi ini sangat membantu. Satu ketika dulu inilah juga dilema yang dihadapi.
Tak beratur dah lepas ada ‘bibik’ elektrik’
1. Tengah buat apa tu? Tengah beratur panjang menunggu giliran di kedai dobi ke? Hehe…
2. Saya dulu macam ini juga. Beratur panjang untuk membasuh dan mengeringkan pakaian di kedai dobi. Tapi sekarang tidak lagi. Selepas wujud “bibik” eletrik ini ?
3. Kisahnya sekitar Disember 2016 – Januari 2017. Tarikh ini saya ingat, sebab setiap kali beli barang-barang mahal, saya akan tulis tarikh pembelian pada barangan tersebut. Hahaha!
4. Tujuannya untuk melihat sejauh mana ia bertahan dan betul tak ia berbaloi.
5. Sebelum saya beli bendalah ini, sebulan mesin basuh lama saya rosak dan sepanjang sebulan itulah saya berulang-alik ke kedai dobi layan diri berdekatan rumah untuk membasuh pakaian.
6. Lama juga saya survey sebelum membuat keputusan. Sebulan-dua juga.
Ini hasil survey saya
7. Kenapa ambil masa sampai berbulan-bulan?
Ads
Sebab, apa sahaja barang yang berharga RM1,000 ke atas, ia adalah mahal di mata saya. Ya, apa sahaja. Dan jika dibeli, saya akan pastikan ia berbaloi dan guna sampai lunyai.
8. Dalam tempoh survey itu juga, saya ada tanyakan pandangan rakan-rakan facebook tentang model mesin basuh yang sesuai.
9. Dari situlah ada yang mencadangkan mesin pengering pakaian ini. Ketika membuat tinjauan tentang alat ini, agak mahal juga.
10. Apa yang saya buat ialah survey di internet dan kemudian buat perbandingan di kedai-kedai eletrik.
11. Semua yang saya lihat berharga sekitar RM1,200 ke RM2,000 ke atas. Ada juga model yang 2 dalam 1; mesin basuh dan pengering dalam satu mesin.
12. Akhirnya, saya jumpa dengan satu model yang tak terkenal ini, dengan harga tak sampai RM800 untuk muatan 6 kg. Saya cuba buat carian di Google untuk dapatkan testimoni, tapi tak banyak.
13. Dengan waranti selama 2 tahun, saya kira ia berbaloi. Congakan saya; RM800 bahagi 24 bulan = RM33 sebulan. Kiraan ini perlu ambil sekali dengan bil eletrik, sekitar RM20 ke RM50 pada anggaran saya.
Total kos termasuk eletrik sekitar RM20 ke RM70 sebulan, masih berbaloi jika dibandingkan dengan menggunakan perkhidmatan dobi layan diri.
Ads
14. Setelah mengambil kira semua faktor, saya beli secara online, selepas membeli mesin basuh baru untuk kegunaan keluarga dengan anak 4 orang yang bersekolah.
Selepas setahun guna
15. Alhamdulillah, selepas setahun lebih menggunakan alat ini ia memang pelaburan berbaloi!
✔️ Tak perlu lagi sidai baju.
✔️ Apabila tak perlu sidai baju, maka tak perlu lagi angkat baju yang disidai. Hahah
✔️ Tak perlu risau baju lambat kering.
✔️ Tak perlu risau baju yang disidai menjadi basah akibat hujan.
✔️ Tak payah lagi ke kedai dobi untuk keringkan baju.
✔️ Tak perlu lagi menunggu lama di kedai dobi di musim sejuk begini.
✔️ Apabila tidak perlu ke dobi, maka banyak masa dapat dijimatkan. Dapat buat kerja ketika baju diberihkan.
Ads
✔️ Dapat keringkan baju dengan cepat jika kecemasan.
Paling penting dapat ringankan beban isteri
✔️✔️✔️✔️ Dan yang paling penting, dapat ringankan beban isteri sebab selama ini isteri saya yang bannyak lakukan kerja-kerja di atas. Hahaha!
Selepas setahun, boleh saya simpulkan bahawa;
“Membeli dryer di rumah ibarat menghadiahkan bibik / kedai dobi kepada isteri”
Apa yang lebih bahagia dari melihat isteri tersenyum?
Apa lagi, share dan tag pasangan masing-masing minta belikan.
Afyan Mat Rawi, IFP
Ok, dah baca penjelasan Encik Afyan bolehlah buat keputusan. Apapun VK suka bab ringankan kerja isteri tu.
Untuk merebus kerang, ikut tip isteri saya Rahimah AR Zawjah Rahimah Ab.Rahman, tak perlu guna air pun.
Pelik, kan, rebus tak guna air? Tak guna air, sebab apabila dipanaskan, kerang akan keluarkan air sendiri. Air itulah jadi air rebusan.
Sebelum ini saya biasa rebus guna air, isi kerang jadi biasa. Cara merebus tanpa air ni, rupa-rupanya menjadikan isi kerang lebih lembut dan tidak liat, dan tidak berair. Terbaiklah! Alhamdulillah.
Caranya seperti di bawah;
1.Panaskan kuali dan masukkan serai yang dititik. Tak perlu air ye. Api wajib kecil. Jangan guna api besar.
2.Apabila air kuali tu kering, masukkan kerang.
3.Nampak berasap macam ni sebab tak ada air.
4.Seketika kemudian, air dari kerang mulai keluar. Mendidih.
5.Air makin banyak keluar dan kulit kerang mulai terbuka.
6.Tak perlu tunggu semua kerang terbuka ye. Boleh hidangkan.
Peha besar. Ini antara masalah ramai wanita sekarang. Malah ada yang berdepan bentuk badan tak seimbang bila bahagian peha lebih besar daripada tubuh bahagian atas.
Tapi paling tidak seronok adalah kesukaran mencari saiz seluar yang boleh memuatkan bahagian kaki yang besar memandangkan kebanyakan potongan seluar ketika ini kecil-kecil belaka.
Agar lemak di bahagian peha tak terus bertambah ada baiknya anda melakukan gerakan ini sebelum tidur. Menariknya ia hanya memerlukan masa tiga minit ia boleh membantu melunturkan lemak-lemak di peha.
1. Gerakan V-Stretch
Cukup mudah melakukan gerakan regangan ini. Duduk di lantai dan buka kaki seluasnya ke sisi. Tegakkan tubuh kemudian bongkokkan ke arah kaki kiri dengan dua tangan menarik jari-jari kaki kiri. Tahan selama 5-15 saat dan lakukan sebanyak lapan kali.
Ulang gerakan yang sama untuk kaki kanan.
2. Angkat Kedua Kaki ke Atas
Dalam keadaan berbaring, angkat kedua kaki ke atas. Kedua tangan berada di sisi menekan lantai. Kemudian, lakukan gerakan seperti dalam gambar di bawah ini.
Bengkok kedua kaki ke dada, angkat ke atas, hayunkan lalu kembali ke posisi asal semula. Ulangi 8 kali.
3. Gerakan Superman Terbang
Posisikan tubuh dalam keadaan menelangkup di lantai. Kemudian regangkan kedua tangan ke depan sejauh mungkin.
Angkat tangan kiri dan kaki kanan pada masa yang sama. Tahan selama 3-4 saat. Ulangi pada tangan kanan dan kaki kiri. Ulangi 5 kali.
Jadikan gerakan ini sebagai rutin setiap malam sebelum tidur jika mahu melihat hasilnya. Jangan hanya seminggu kemudian berharap peha akan kecil langsing.