Mungkin ada yang anggap masalah rambut gugur sebagai sesuatu yang remeh tapi bagi wanita ia boleh menimbulkan kerisauan. Terutama sekali bila lihat rambut yang bergumpal gugur setiap kali mandi.
Tengok pula di cermin rambut makin nipis, lagilah susah hati. Biasanya masalah ini berlaku setiap kali lepas bersalin dan ada kalanya berlarutan bertahun.
Bagi anda yang mengalami masalah yang sama mungkin boleh cuba cara yang diamalkan oleh Nurtieja Sheikh Ismail Nurtieja.
Mengalami masalah rambut gugur sejak hamil, dia sudah menggunakan pelbagai jenis syampu namun tak berjaya sehingga dia mencuba petua ringkas yang dikongsi oleh ibu mentuanya.
Hanya menggunakan pati santan dalam tempoh sebulan, masalah rambut gugur yang dialami selesai malah rambut semakin hitam dan lebat. Malah dalam masa seminggu mencuba petua ini sudah nampak anak rambut tumbuh di bahagian depan.
Petua yang dikongsi juga amat mudah, selain santan, cuma masukkan aloevera dan minyak zaitun untuk dijadikan masker rambut.
Boleh rujuk video di bawah untuk langkah membuat masker rambut yang lengkap.
Sumber: Nurtieja Sheikh Ismail Nurtieja