Orang tua selalu pesan supaya anak-anak perempuannya menjaga bahagian dalaman terutama sekali bahagian yang paling intim itu. Sebabnya di situlah juga terletak rahsia kebahagiaan rumah tangga.
Kalau mahu mantapkan dalaman, amalan sejak dahulu tentunya minum air jamu dan salah satu yang boleh kita praktikkan adalah minuman air jamu selepas haid.
Tak perlu beli kerana minuman ini boleh dibuat sendiri saja. Cukup mudah tapi khasiat untuk dalaman wanita tidak boleh dipertikaikan. Sebab keberkesanannya itu jugalah jamu ini diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi.
Resipi minuman ini VK petik daripada Facebook Nurul Diana yang juga Pemilik & Pengasas Dian Legacy.
Minuman Selepas Period
Bahan-bahan :
1 ketul halia (anggaran besar ibu jari)
1 ketul kunyit (anggaran besar ibu jari)
2 batang serai (dua batang )
2 helai daun pandan (2 helai)
Gula batu atau madu (ikut cita rasa)
3 cawan air
Cara membuat:
1. Basuh dan masukkan dalam periuk. Boleh dihiris jika suka.
2. Masukkan tiga cawan air. Biarkan ia mereneh hingga menjadi satu cawan air.
3. Selepas air dianggar satu cawan tutup api dan biarkan suam sebelum diminum.
Bagi isteri yang mahu merapatkan bahagian intim boleh tambahkan satu biji manjakani(tidak sesuai untuk yang belum berkahwin)
Bagi yang menghadapi masalah keputihan tambahkan dua helai daun sirih.
Amalkan air ini sebulan sekali saja (ibu hamil tidak sesuai). Rasanya tak pahit malah wangi. Namun jika ditambah manjakani ia akan jadi pahit. Pahit tu kan ubat. Bagi wanita yang mengalami haid tidak teratur juga boleh cuba jamu ini tapi pastikan sebulan sekali saja sebab penggunaan manjakani, sirih kunyit yang berlebihan akan boleh menyebabkan cepat putus haid. Dah tentu kita tak mahu kan.
Khasiat minuman ini
* Membersihkan rahim selepas haid
* Mengeluarkan angin dalam tubuh
* Memecahkan lemak-lemak di perut.
* Mengurangkan masalah bau badan.
Dah tahu cara buat jamu sendiri, amalkan ya. Semoga dalaman makin mantap, bertenaga dan suami pun tambah sayang.