Daging korban selain buat gulai, goreng atau sup boleh juga buat hidangan mee daging seperti ini. Dihidangkan bersama garlic chili oil atau minyak cili bawang putih, bila sudah digaul sebati rasanya memang sedap.
Hidangan ala Chinese dan Korea ini dikongsi oleh Zurina Zulkefli
yang mana cara membuatnya mudah dan cepat. Mi tak perlu goreng, hanya masak daging dan sediakan garlic chili oil. Cara lengkap membuat mi daging ini disertakan seperti di bawah.1. Sediakan terlebih dahulu garlic chili oil, bahan-bahannya;
Bawang putih cincang
Emping lada kering
Biji bijan
Hirisan daun bawang
Minyak bijan
Garam/gula
Minyak masak yang panas
2. Satukan semua bahan dalam bekas kemudian tuang minyak panas. Kacau sebati, rasa masin manis mengikut cita rasa masing-masing.
3. Seterusnya sediakan daging perap:
-Cincang daging menjadi kecil
-Perap dengan sos tiram, kicap cair dan sedikit serbuk lada hitam
-Goreng dalam kuali sehingga air daging kering.
4. Rebus pasta angel hair, untuk lebih guna mi lidi
5. Masukkan mi dalam pinggan, letak daging cincang yang siap dimasak dan masukkan garlic chili oil. Gaul rata dan bolehlah dimakan.
Selamat mencuba
Sumber: Zurina Zulkefli