Segala Jenis Daun Termasuk Bunga Kantan, Halia, Serai Semuanya Boleh Frozen. Setahun Pun Elok Lagi

Share

Bagi memudahkan kerja memasak, kita selalu beli pelbagai jenis daun dan herba. Selalunya kita beli banyak untuk buat stok. Tapi malangnya biasa terjadi daun ini semuanya layu dan lembik sebab tak disimpan dengan betul.

Supaya tak berlaku lagi situasi yang membazirkan ini boleh simpan ikut kaedah frozen seperti dikongsi oleh Ummi Kalsum Hassian.

Petai pun boleh frozen tau.

Jika kebiasaan kita letak air dalam bekas dan masuk bahan yang nak disimpan tapi cara ini lagi mudah. Tak perlu rendam boleh terus simpan. Caranya boleh ikut perkongsian beliau.

Semuanya boleh frozen, petai pun boleh!

Sis memang suka frozen kan bahan-bahan masak macam ni. Tahan lama dan tak perlu kerap nak pergi kedai.

Cara dia, basuh semua bahan. Toskan air. Masuk dalam bekas, dan bekukan.
Tujuan toskan air tu sebab senang masa nak ambil tak payah defrost bahan-bahan.

Yang putih-putih tu ice. Mungkin masa tos tu air dia tak betul-betul kering.

Simpan cara ini lagi mudah untuk kita ambil, tak perlu defrost. Boleh terus masuk dalam masakan. Jika nak jimat ruang boleh masukkan dalam plastik saja.

Ini antara daun, herba yang saya ‘frozenkan’.

Daun pandan boleh potong dulu sebelum frozenkan

Daun limau purut- baunya kekal.

Serai potong siap-siap, setahun pun elok lagi kalau simpan cara ini

Halia sebaiknya dikupas dan dipotong dulu sebelum simpan, begitu juga jika lengkuas.

Daun kari, selain dikeringkan boleh juga disejuk beku.

Petai pun boleh frozen ya. Cuma nanti bila dah masak, kerangupannya akan kurang.

Semoga bermanfaat.

Boleh beli mini frezeer macam ni kalau peti ais tak muat. Klik SINI untuk link.

 

Published by
VK