Personaliti, Dato’ Fazley Yaakob baru-baru ini memuat naik status di instagram mengenai kehadirannya ke tempat isterinya, Datin Azrene Soraya Abdul Aziz mengadakan latihan grooming dan etiquette. Kehadirannya ke sana hanyalah semata-mata kerana mahu menghantar bunga buat isteri.
Hantar bunga sejak zaman bercinta
Menurut Fazley, mengirim bunga memang sudah menjadi kemestian buatnya. Bukan untuk isterinya sahaja tetapi juga buat ibunya. Malah sejak bercinta jarak jauh di London lagi beliau sudah mula mengirim bunga buat isteri setiap bulan.
Ads
“Saya sudah memang terbiasa memberikan jambangan bunga buat isteri @azrene_ahmad juga ibu saya @rsd.umi. Untuk adik sayang, semenjak kami bercinta jarak jauh di London, setiap bulan saya kirimkan bunga buat beliau. Dan sekarang dah kahwin, dan sudah beranak pinak, saya tetap lakukan.”
Special day ke?
Menurut Fazley, beliau tidak pernah menunggu hari istimewa untuk mengirim bunga. Baginya setiap hari adalah istimewa kerana isterinya terlalu istimewa di matanya.
“Yang kelakar tu, pemilik kedai bunga selalu bertanya “Kenapa bagi bunga hari ini? Special day ke?” Seringkali saya tersenyum sendiri, saya kata “Istimewanya sebab sebab saya tak pernah untuk hari istimewa untuk kirimkan bunga kerana sepanjang 13 tahun bersama, dia terlalu istimewa di mata saya.”
Raikan kelebihan pasangan
Bagi Fazley, habit mengirim bunga untuk menggembirakan hati pasangan ialah berdasarkan kepada pesanan arwah bapanya.
Ads
“Hari ini saya sendiri yang hantar sejambak bunga di tempat beliau mengadakan training grooming & etiquette nya. Satu pesanan penting arwah Bapak – “Jangan mencari kelemahan pasangan, tetapi raikanlah kelebihan pasangan kita yang telah sedia ada”. Setuju?”
Ketika ini nama N. Thabalan jadi sebutan di bibir peminat bola sepak tanah air selepas tandukan golnya membawa Malaysia ke perlawanan akhir bola sepak Sukan Sea 2017 untuk bertemu Thailand esok.
Tapi selain jaringan emasnya ketika bertemu dengan Indonesia itu, turut jadi perhatian adalah gaya jambangnya yang nampak stailo.
Namun di sebalik ketangkasan dan perhatian yang diberikan kepada penyerang Harimau Muda ini ramai yang tak tahu ada kisah sedih yang dilalui.
Bagaimana ketika ini pemain berusia 22 tahun ini menjaga bapanya yang uzur dan tak sanggup pergi jauh dari keluarganya.
Perkara ini dikongsi oleh seorang peminat Buffalo Souljah dalam satu status di Facebook.
Kisah ini turut disahkan oleh Thanabalan dan kisah mendapat respon daripada netizen yang rata-ratanya terharu dengan apa yang dilalui dan kagum dengan sikapnya.
Melalui facebook, seorang penulis, Khairul Hakimin Muhammad berkongsi mengenai tip untuk menguatkan memori bagi kanak-kanak berusia 7 hingga 13 tahun. Hal ini sebenarnya amat penting untuk membina jati diri bagi seseorang individu.
Jom kita lihat 10 tip yang dikongsikan.
1.CUKUP TIDUR
Kanak-kanak mesti ada tidur yang cukup, 8-10 jam sehari. Boleh minta mereka dapatkan masa tidur sekejap pada waktu tengah hari (30-45 minit) kemudian tidur malam seperti biasa pada 9 malam hingga 6 pagi esok. Tidur siang (waktu tengah hari tersebut) akan memberi cas tenaga yang kuat kepada mereka.
2.MAKAN MAKANAN YANG BETUL
Untuk menguatkan minda dan otak, makanan yang bagus ialah badam, kekacang, buah beri, kismis, kurma, sayuran hijau dan buah-buahan. Dikatakan, sekiranya ia memberikan daya mengunyah kepada anak-anak semasa makan, terutama menjamah buah-buahan, ia akan meningkatkan oksigen ke kepala dan membantu menaikkan fokus dan perhatian.
3.RUANG BERMAIN DI LUAR RUMAH
Wajib memberikan waktu mereka bermain di luar setiap hari dengan minimum 30 minit per sesi. Sekiranya anak-anak tidak bergerak dan sentiasa duduk atau baring melihat tab atau telefon bimbit, pergerakannya terbatas dan menyebabkan mindanya tidak aktif untuk memproses data untuk diingat.
Dr. Eelco V. Van Dongen dari Radbound University mengatakan pergerakan anak-anak akan menyebabkan sel otak bergerak dan sentiasa menjana dunia kreatif dan aktif. Ia akan membantu otak bekerja untuk membuka kompartment memori dengan lebih banyak.
4.PERLU TENANG
Beri anak-anak masa yang tenang semasa mahu ke sekolah, bersukan, makan, menonton tv, belajar, dan semasa mahu tidur. Tak boleh biarkan anak-anak melalui semua aktiviti itu dengan stress atau dalam keadaan baru dimarahi. Jika tidak, otaknya akan cedera dan mereka akan hilang fokus.
5.LUANG MASA UNTUK ANAK
Sentiasa duduk dengan anak minimum 30 minit sehari untuk buka semua buku yang beliau belajar pada hari tersebut sekadar untuk ulangkaji dan ulang semula apa yang dipelajari di sekolah.
6.PERMAINAN HURUF DAN NOMBOR
Feeding anak-anak dengan pembacaan dan permainan yang ada huruf dan nombor supaya mereka ingat perkataan dan kira-kira. Perbanyakkan game seperti membaca plat kereta apabila di dalam kenderaan dan membuat matematik mudah seperti mengira berapa jumlah orang yang menyeberangi jalan dan sebagainya.
7.ELAK MARAH DAN MEMBEBEL
Jika anak-anak membuat silap, tegas dan didik supaya dia tidak ulangi. Jika hanya marah dan membebel membabi buta, anak akan lupa dan akan buat lagi dan lagi. Buat simulasi dan beri dia peluang belajar supaya perkara itu jadi pelajaran besar buatnya.
8.BACA DAN DENGAR SUARA SENDIRI
Sesekali (2 kali seminggu), minta anak-anak kita membaca dengan mendengar suara sendiri. Ia akan mengasah otak supaya bekerja dengan relaks dan kool. Apabila kita sendiri mendengar apa yang kita baca, ia akan lebih mudah diingati.
9.BEREHAT DAN TIDUR JIKA PENAT
Sekiranya anak-anak penat, minta dia tidur. Tak perlu paksa untuk dia lawan. Biasanya melawan arus akan menjadikan memorinya terjejas dan dia akan berterusan penat hingga akhirnya merosakkan keupayaan dia untuk berfikir kreatif.
10.BERCAKAP DENGAN BAHASA YANG DIFAHAMI
Bercakap dengan bahasa yang dia faham, dan biasanya mereka ini perlu diberi gambaran. Sekiranya dia tidak faham, maka penjelasan kepadanya perlu visual, ringkas dan padat. Tak perlu guna perkataan bombastik untuk beri anak-anak daya fikir yang luar biasa. Anak-anak adalah sama sahaja, yang membezakannya ialah bagaimana kita layan, kita berkawan dan cara kita menjawab soalannya.
Semua yang di atas adalah dari:
– Jennifer Heisz, McMaster University.
– BrainLab.
– Amanda Morin, Understood.org.
Rektor Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof Datuk Sri Dr Zaleha Kamarudin mencatat sejarah bila menjadi wanita pertama di negara ini dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Terengganu yang berkuat semalam.
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menyampaikan tauliah pelantikan Dr Zaleha, 56, dari Raub, Pahang di Majlis Penghadapan dan Upacara Pengurniaan Tauliah di Istana Syarqiyyah.
Turut hadir, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman; Yang Dipertua Dun, Datuk Mohd Zubir Embong; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wan Nawawi Wan Ismail dan Ketua Hakim Syarie, Wan Mohd Zakri Wan Mohd.
Ada kuasa membatal dan mengurangkan hukuman
Tugas utama Dr. Zaleha adalah mengendalikan, mendengar kes rayuan dan mempunyai kuasa untuk membatalkan serta mengurangkan sabitan hukuman yang diputuskan oleh Mahkamah Syariah.
Beliau adalah satu-satunya wanita daripada lima individu yang ditauliahkan menerima jawatan sama.
Zaleha, dari Pahang merupakan Rektor di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) serta berpengalaman luas dalam bidang undang-undang dan memegang Ijazah Doktor Falsafah, Undang-undang Keluarga Perbandingan (Sivil dan Syariah) dari Universiti London.
Beliau berkata pelantikan itu tidak akan menjejaskan tugasnya sebagai rektor UIA kerana perbicaraan kes rayuan membabitkan tuntutan harta dan penceraian hanya bersidang pada Ahad.
“Saya akan gunakan pengalaman lebih 30 tahun terutama dalam bidang perundangan keluarga Islam. Sebagai ‘pembuka pintu´ atas pelantikan hakim wanita peringkat mahkamah rayuan ini, saya tekad memberikan khidmat terbaik, ” katanya.
Masalah nyamuk memang menjadi perkara biasa di sekitar kita. Cuma yang menakutkan bila ada kehadiran nyamuk Aedes, bimbang menyebabkan penyakit denggi.