Personaliti, Dato’ Fazley Yaakob baru-baru ini memuat naik status di instagram mengenai kehadirannya ke tempat isterinya, Datin Azrene Soraya Abdul Aziz mengadakan latihan grooming dan etiquette. Kehadirannya ke sana hanyalah semata-mata kerana mahu menghantar bunga buat isteri.
Menurut Fazley, mengirim bunga memang sudah menjadi kemestian buatnya. Bukan untuk isterinya sahaja tetapi juga buat ibunya. Malah sejak bercinta jarak jauh di London lagi beliau sudah mula mengirim bunga buat isteri setiap bulan.
“Saya sudah memang terbiasa memberikan jambangan bunga buat isteri @azrene_ahmad juga ibu saya @rsd.umi. Untuk adik sayang, semenjak kami bercinta jarak jauh di London, setiap bulan saya kirimkan bunga buat beliau. Dan sekarang dah kahwin, dan sudah beranak pinak, saya tetap lakukan.”
Menurut Fazley, beliau tidak pernah menunggu hari istimewa untuk mengirim bunga. Baginya setiap hari adalah istimewa kerana isterinya terlalu istimewa di matanya.
“Yang kelakar tu, pemilik kedai bunga selalu bertanya “Kenapa bagi bunga hari ini? Special day ke?” Seringkali saya tersenyum sendiri, saya kata “Istimewanya sebab sebab saya tak pernah untuk hari istimewa untuk kirimkan bunga kerana sepanjang 13 tahun bersama, dia terlalu istimewa di mata saya.”
Bagi Fazley, habit mengirim bunga untuk menggembirakan hati pasangan ialah berdasarkan kepada pesanan arwah bapanya.
“Hari ini saya sendiri yang hantar sejambak bunga di tempat beliau mengadakan training grooming & etiquette nya. Satu pesanan penting arwah Bapak – “Jangan mencari kelemahan pasangan, tetapi raikanlah kelebihan pasangan kita yang telah sedia ada”. Setuju?”
Seronoknya dapat bunga daripada orang yang kita sayang. Mesti syok kan selalu dapat bunga. VK pun nak jugalah.
Sumber: Dato’ Fazley Yaakob