Sekali Pandang Macam Anak Remaja Tapi Usia Wanita Ini Sudah 44 Tahun

Share

 

 

Sekali pandang, ramai menyangka dia pelajar kolej yang masih muda remaja tapi kita semua silap. Hakikatnya wanita bernama Lure Hsu ini sudah pun berusia 42 tahun. Macam tak percaya kan!

Berasal dari Taiwan dia adalah bintang baru di negara tersebut yang membuatkan ramai terpegun melihat penampilannya yang begitu muda.

Nak tahu rahsianya? Bukan pembedahan plastik ya tapi dua amalan yang paling mudah. Kata Lure, wajah yang nampak muda remaja itu adalah hasil amalan minum banyak air kosong dan makan banyak sayur-sayuran.

 

Lure yang juga seorang pereka hiasan dalaman mula dikenali gara-gara adiknya Sharon Hsu, 36 yang juga merupakan seorang pelakon di Taiwan.

Dia mempelawa Lure turut serta dalam satu rancangan hiburan bersamanya. Tidak lama kemudian Sharon memuat naik gambar Lure menyambut ulang tahun ke 40 akaun Facebook miliknya.

Dari situlah ia bermula, peminat mula terkejut mengetahui umurnya yang sebenar memandangkan wajahnya mulus tanpa kedutan dan juga penampilannya seperti gadis remaja.

Digelar Dewi Yang Dibekukan Usia

Sejak itu gambar-gambar Lure yang dimuat naik dalam laman instagram mula tular di media sosial hingga dia digelar Dewi Yang Dibekukan Usia.

Turut terkenal di negara China, dalam satu temu ramah dengan media Taiwan, Lure mendedahkan lebih lanjut tentang amalan awet muda yang dilakukan.

Ujarnya dia minum banyak air dalam sehari dan akan cuba mengelakkan air yang mengandungi gula dan gas. satu-satunya air manis yang diminum adalah kopi yang diambil setiap pagi.

Dia juga pengemar sayur terutama pak choi pada masa yang sama mengelakkan sebarang sos dan juga hidangan pedas.

Untuk penjagaan wajahnya, Lure menyarankan wanita lain melembapkan kulit mereka. Katanya bila kulit lembap, kedutan dan juga penuaan tidak perlu dirisaukan.

 

Selain itu dia juga mengamalkan krim pelindung sinar matahari di samping pengambilan suplemen setiap hari termasuk vitamin C dan kolagen untuk mendapat kulit wajah yang anjal dan berseri.

Sumber: http://www.dailymail.co.uk

 

 

 

 

Published by
VK