
Petik cili padi dari dua pokok dapat sedulang! Seronok betul kalau pokok cili berbuah lebat begini. Ini hasil pokok cili yang ditanam oleh So Na Ta.
Bagi yang tanam pokok cili di rumah, elok jika praktikkan tip yang dikongsi beliau supaya meriah hasilnya. Daun dan cili macam sama banyak.
Petuanya mudah saja;
1. Simpan air basuhan ikan (air basuhan pertama dan kedua) dan siram pada pokok cili.
2. Siram juga pokok dengan air beras.
3. Dua minggu sekali letak baja organik (Milagro). Klik SINI untuk beli.
Mudah saja kan!
Selamat mencuba!
Sumber: So Na Ta via Berkebun D Rumah
Hasil Terung Subur & Besar Walau Berkebun Depan Rumah Saja. Ini Tip Penanaman Yang Digunakan

Terung berbuah sulung tapi punyalah besar. Seronok tengok pokok sayur subur begini. Ini adalah hasil usaha Nur Allia Zahra yang hanya berkebun di depan rumah saja. Memang tak rugi berbudi pada tanah.
Hantaran yang dikongsi oleh beliau di Facebook telah mendapat respon ramai yang turut memintanya berkongsi cara penanaman yang dilakukan. Berikut adalah perkongsian daripada beliau;
Cara tanam pokok terung supaya hasil buahnya subur & besar
Terung saya dah berbuah, yang besar itu semua buah sulung. Suami saya memang teruja, seronok berkebun depan rumah saja.
-Semai – dari biji benih
-Tanah – guna tanah hitam campur tanah kuning dan cocopeat.
-Baja – saya guna Yara 3×16
-Kawalan serangga – pakai Strex (masa pokok masih kecil dah sembur)
-Siram – waktu petang saja supaya kelembapan lebih tahan lama.
Semoga bermanfaat
Sumber: Nur Allia Zahra
Tip Tentukan Bancuhan Roti Jala Cukup Likat & Menjadi Cantik. Waktu Blend Lihat Lubang Pusaran

Isi Kandungan
ToggleRoti jala antara hidangan pagi dan petang kegemaran ramai. Sekarang dah ada pula roti jala jelita dengan pelbagai warna.
Tapi sebelum buat yang itu kena tahu asas buat roti jala yang cantik iaitu cara bancuhan atau adunan tepungnya.
Bagi yang dah biasa buat mungkin sudah tahu sukatan atau bancuhan tepung yang sesuai, tapi buat yang baru mencuba atau amatur, boleh ikut tip mudah yang dikongsi oleh Huda Ayob ini.
Katanya untuk pastikan adunan roti jala dah cukup likat untuk ‘dijalakan’ dan hasilnya menjadi, boleh lihat lubang lusaran waktu kisar atau blend bancuhan.
Tip pastikan bancuhan roti cukup likat, tengok lubang pusaran
Saya cuba share ilmu mudah buat roti jala. Bagi pembuat roti jala amatur macma saya, setiap kali nak tau adunan tepung dah cukup likat untuk dijalakan cuma tengok “lubang pusaran”.
Pastikan lubang pusaran sebesar jari kelingking
Kalau besar lubang pusaran, tambah tepung sedikit sampai lubang sebesar “jari kelingking”.

Lubang pusaran sebesar jari kelingking ini tanda bancuhan dah sempurna dan likat untuk dijalakan.
Jika lubang pusaran kecil dari jari kelingking, tambah air sikit. Insya-Allah hasil menjala elok menjadi.
Cara buat roti jala
Disertakan juga resipi yang digunakan untuk 25 biji roti jala
Bahan-bahan
1 biji telur
2-3 sudu besar santan/susu segar
2 cawan tepung gandum
1 cubit pewarna kuning/kunyit
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
Air secukupnya
Cara membuat
1. Masukkan semua bahan dalam blender.
2. Kemudian masukkan air sampai tenggelam tepung (dalam 2 cawan air/ikut cawan sukatan tepung)
3. Kacau untuk sebatikan guna sudip panjang.
4. Kemudian boleh kisar. Waktu inilah kena perhatikan lubang pusaran.
5. Dah dapat bancuhan yang sesuai masukkan dalam botol 5 corong untuk dapatkan hasil jala yang halus.
Tip ini juga boleh digunakan sewaktu membuat bancuhan kuih ketayap. Cuma lubang pusaran perlu besar (tambah air) supaya senang untuk ratakan dalam pan.
Selamat mencuba.
Sumber: Huda Ayob
Tip Basuh Cadar & Tuala Putih, Jangan Guna Pelembut Sekali Dengan Nila. Baru Bersih Sekata, Naik Berseri

Cadar putih yang dibentang pada katil memang akan buat bilik nampak lebih kemas dan cerah. Sebab itu ramai yang suka pilih warna ini. Begitu juga dengan tuala. Nampak bersih saja.
Tapi satu masalah bila menggunakan fabrik warna putih ini adalah lama kelamaan warnanya akan jadi sedikit kekuningan atau off white. Bukan saja cadar atau tuala, pakaian pun sama.
Jika suka menggunakan cadar warna ini di rumah sebaiknya kena tahu cara betul mencucinya selain cara mengembalikan keserian warna putih ini. Boleh gunakan tip yang dikongsikan oleh Zaza Zalina ini.
Tip basuh cadar, tuala putih supaya putih sekali, kembali berseri
Cadar putih ni memang cantik, nampak cerah dan bersih bila di bentang atas katil. Begitu juga dengan tuala putih.
Masalah bila cuci selalu ada karat kotoran dari air paip. Kaedah mudah untuk elakkan air karat menjejaskan pakaian warna putih adalah dengan menggunakan tuala tangan kecil.
Cara elak kain cucian kuning akibat air karat
Masukkan tuala kecil ke dalam tempat letak sabun. Jadi sebelum air sampai ke kain cucian ia terlebih dulu ditapis.
Dapatlah mengurangkan air karat terus mengalir ke kain cucian. Alhamdulillah dah tiada kotoran itu lagi.
Tip cadar putih bersih berseri
Sesekali boleh gunakan nila untuk nampak berseri. Cuma bila guna nila jangan letak pelembut kain sekali ya. Ia akan menyebabkan nila bertompok-tompok tak sekata pada kain cucian.
Kaedah cucian putihkan kembali baju putih yang dah kuning
Selain itu jika ada pakaian warna putih yang semakin kuning cara untuk memutihkannya kembali adalah dengan merendamnya dengan Clorox kemudian cuci dengan sabun. Letak sedikit nila, Insya-Allah pakaian putih akan kembali putih berseri.
Selamat mencuba.
Sumber: Zaza Zalina