Memandangkan harga makanan sekarang banyak dah naik harga, mana yang boleh kita buat sendiri, kita buat.
Salah satunya adalah kebab roti pita yang selalu kita beli di pasar malam. Lepas ini buat saja sendiri sebab bahannya kebanyakkan ada di rumah. Yang kena beli cuma daging burger dan roti pita. Nak tukar pada roti pun boleh saja.
Setiap kali beli fishball di kedai ramai yang ada kerisauan tentang status halal dan kebersihan pembuatannya. Sebabnya, fish ball yang dijual ini banyak dihasilkan oleh usahawan non Muslim.
Jika selalu rasa was-was sebegini ada baiknya kita belajar hasilkan sendiri. Dikongsi oleh Tahrunnisah Jali, homemade fishball ini sudah terjamin bersih, rasa ikan lebih banyak dan juga sama kenyal seperti fishball dijual di pasaran. Jom buat!
Buat sendiri fishball, tak ragu-ragu nak makan
Bahan-bahan
-300gm – ikan tenggiri atau “yellow fish tail” (paling sesuai) isinya putih mesti yang fresh
-2 sudu kecil tepung jagung
-Garam dan serbuk perasa ikut cita rasa
-1/2 sudu kecil lada sulah
-1/2 cawan hingga 3/4 cawan – air sejuk dalam peti ais
Cara membuat
Kikis isi ikan mggunakan sudu ceramik, ambil isinya sahaja.
2. Kisar isi ikan hingga hancur.
3. Masukkan tepung jagung dan garam serta lada sulah. Kisar sekali.
4. Masukkan air sedikit demi sedikit, pastikan adunan tak likat dan tak lembik sangat.
5. Kemudian keluarkan adunan dan letak dalam besen kecil. Ambil adunan sikit-sikit dan letak (lempar lembut) ke dalam bekas tu. Buat banyak kali sehingga rasa adunan kenyal dan berkilat serta licin.
6. Ambil sikit adunan gunakan ibu jari dan jari telunjuk (rujuk gambar). Keluarkan
bebola fishball antara dua jari.
7. Ambil fishball guna sudu dan masuk dalam bekas yang diisi air sejuk dengan 1 sudu garam (rendam dalam 15 minit).
8. Kemudian barulah direbus dalam air mendidih sehingga masak (fishball akan terapung).
Kehilangan peserta Gopeng Ultra Trail, Mohammad Ashraf Hassan lebih 10 hari menimbulkan tanda tanya. Salah satu spekulasinya adalah peserta ini tersesat ketika melalui trek dketika acara tersebut.
Dalam pada itu timbul juga persoalan kalangan netizen jika perkara yang sama berlaku kepada diri sendiri. Apa perlu dilakukan jika tersesat dalam hutan.
‘Sesat di hutan’, adalah satu perkataan yang amat ditakuti oleh semua pencinta rekreasi. Namun perkara ini kadangkala berlaku juga.
Yang amat menyedihkan ialah jika ia berakhir dengan kematian atau hilang begitu sahaja. Jika kejadian ini berlaku pada diri sendiri, lapan perkara ini menurut Komplot Hikers sangat penting dilakukan.
1. Langkah pertama ialah berpatah balik.
Kebiasaanya seseorang itu sedar ia tersalah jalan dalam jangka masa 30 minit hingga 1 jam dan mungkin lebih. Cari kembali trek asal yang anda lalui (jika masih bertenaga, jika tidak mampu rehat dulu)
2. Langkah kedua ialah, cari kawasan sesuai untuk rehat menghilangkan penat.
Makan dan minum dulu (tetapi berjimat sikit terutama air), tenangkan fikiran, ingat Allah banyak-banyak, minta petunjuk dan pertolongan darinya. Jika anda panik makin sesat jadinya. Jika dah ok patah balik untuk memcari trek asal.
3. Trek manusia biasa lapang atas dan bawah, ada kesan tapak kaki atau tanda-tanda yang di tinggalkan.
Jika jumpa tunggulah di situ, ini kerana jika perkara sesat ini berlaku, guide (jurupandu akan mencari anda). Jika tidak jumpa juga, pagi esoknya baru laporan dibuat dan gerakan mencari dijalankan. Jika anda masih ditrek yang betul, peluang untuk anda diselamatkan amat cerah.
4. Jika boleh bersabar, tunggulah di trek (tepi trek) dalam tempoh 24jam, atau lebih (48 jam).
Jika waktu malam tidurlah jauh dari trek itu,cari kawasan sesuai, ini kerana waktu malam trek itu mungkin memjadi laluan haiwan. Berjimatlah dengan bekalan makanan dan air yang ada.
5. Jika tiada tanda-tanda pasukan penyelamat maka bertindaklah untuk cari jalan keluar.
Semasa mahu berjalan tinggakanlah tanda anak panah dari kayu atau apa saja menunjukkan arah anda hendak pergi. Di sepanjang perjalanan tinggalkan tanda-tanda yang anda melaluinya, ini memudah pasukan penyelamat mencari.
6. Mencari makanan dan bekalan air
Di dalam hutan banyak tumbuhan,buah-buahan dan haiwan/serangga yang boleh kita makan, ia bergantung pada musim dan cuaca pada masa itu. Tetapi ingat ada di antaranya yang beracun. Cara hendak mengenali samada beracun atau tidak ialah:
Gunakan tiga langkah berikut iaitu hidu,sapu dan kunyah/sapu bawah lidah. Hidulah pucuk daun yang hendak dimakan, jika berbau busuk atau keras jangan makan.
Jika tidak berbau, hancurkan pucuk daun tadi dan sapukan di lengan tangan, tunggu dalam tempoh 10 minit, jika terasa gatal atau panas jangan makan. Cara kunyah lebih berkesan, tunggu sekejap. jika terasa panas atau gatal atau loya jangan makan. Gunakan teknik yang sama jika hendak makan buah-buahan.
7. Bekalan air sebaik-baiknya carilah punca air.
Manusia boleh hidup selama tiga minggu tampa makan tetapi 3 hari saja tanpa air.Carilah punca air yang bersih seperti sungai, tasik, lopak air (yang bersih) atau mata air. Jika tidak ditemui punca air, sumber alternatif ialah pada tumbuhan.
Contohnya ialah akar kayu pokok yang menumpang seperti pokok mempelas dan lundang. Potong serong akar tersebut untuk mendapatkan air dan biasanya ia tiada warna, cair dan tidak berbau. Cara lain ialah dari embun yang terdapat pada daun, dari pokok lumut dan periuk kera atau dari pokok yang mempunyai lubang yang menakung air.
8. Bagaimana nak tidur (bermalam) dengan selamat
Jika hari dah hampir malam, berhenti berjalan dan buat tempat berteduh 2 jam sebelum malam. Carilah tapak yang sesuai, dan perhatikan sekelilig tapak itu tidak mempunyai kesan-kesan binatang buas contohnya kesan tapak kaki, najis ,peninggalan sisa makanan atau di kawasan sumber makananya .
Langkah yang terbaik jika sesat dalam hutan ini ialah membina khemah sementara, yang dapat melindungi anda dari hujan,binatang buas dan anda lebih selesa (jika mampu). Jika tidur atas tanah, pastikan anda sapu ketepi semua daun kering, jika anda buat pangkin tinggikan sekurang kurangnya 1 1/2 kaki.
Jika tidak mahu tidur diatas tanah, alternatif lain ialah di atas pokok. Caranya sama ada anda buat satu platform (pangkin-kelebihannya anda lebih selesa dan boleh buat unggun api) di atas pokok.
Begitulah seterusnya selagi anda masih lagi dalam hutan. Semua teknik yang diajar adalah bergantung kepada kepada semangat juang anda untuk hidup tidak kira lelaki atau perempuan.
Jika putus asa dan mengalah peluang anda hanya 50-50, tetapi jika berjuang untuk hidup, peluang itu amat cerah boleh mencapai 100%. Walau apapun yang ditempuh dalam hutan itu, sebagai seorang muslim jangan tinggalkan solat berdoalah agar selamat dan mememui jalan keluar atau diselamatkan.
Semoga apa yang diajar akan menjadi panduan untuk semua.