Selalunya kita buat tart nenas gulung atau bunga, tapi tahun ini tambah satu lagi idea baru untuk hasilkan tart nenas.
Tart nenas bentuk kiub, kecil dan comel. Bagi yang suka mencuba boleh jadikan tart nenas kiub ini sebagai salah satu hidangan biskut raya. Resipi dari Siti Norizan boleh kita ikut.
Bahan -bahan tart nenas kiub
1 cwn butter@ marjerin (sy guna buttercup je)
2sb gula Kastor @ 2 sb Susu pekat
1sk esen vanilla
2sb minyak sapi
2sb Susu tepung (optional)
1biji kuning telur
Secubit garam
¼ cwn tepung kastard (ayak)
¼ cwn tepung jagung (ayak)
2 ½ cwn @ secukupnya tepung gandum (Ayak)
Kuning telur & sedikit pewarna sebagai hiasan
Tip: Jika doh lembik sila tmbh tepung gandum secukupnya**
2. Masukkan susu tepung, tepung jagung, tepung kastard. Pukul lagi.
Ads
3. Masukkan pula tepung gandum sikit demi sedikit. Uli doh dgn tgn. Jika doh melekat pada tangan, tambah tepung gandum dalam 1 atau 2 sudu besar.
4. Masukkan doh dalam mould, letak separuh saja, letak inti kemudian tutup dgn doh. Simpan dalam peti lebih kurang sejam. Boleh keluarkan dari mould.
Ads
5. Sapu tray dgn sedikit butter, susunkan tart dalam tray dan sapukan kuning telur di atasnya. Bakar lebih kurang 25-30minit. Suhu 170c, api atas bawah.
Saban hari bergerak sebelum ini tiba-tiba masa PKP atau lockdown ini kereta boleh jadi langsung tak digunakan.
Jadi macam mana ya penjagaan kereta yang mungkin lama tak bergerak. Perlu ke panaskan enjin setiap hari? Berikut adalah beberapa cadangan dari PROTON tentang bagaimana untuk menjaga kenderaan semasa PKP. Kereta lain pun sama juga penjagaannya!
1. Hidupkan kereta sekurang-kurangnya seminggu sekali
Perlu diingatkan bahawa, walaupun teknologi kenderaan berkembang pesat, namun satu fakta kekal. Fakta itu adalah, kenderaan perlu dihidupkan secara berkala (tempoh disyorkan adalah setiap tujuh hari) untuk mengekalkan fungsinya.
2. 10 minit, jangan pasang aircond
Satu dari komponen asas adalah bateri. Bateri akan menghidupkan kenderaan dan menyediakan kuasa elektrik ke bahagian lain. Jadi, jika enjin tidak dihidupkan secara kerap, alternator tidak dapat mengecas bateri.
Bagi mengelakkan masalah ini, hidupkan enjin selama 10 minit bagi membolehkan alternator melaksanakan tugasnya. Tetapi jangan menghidupkan pendingin hawa kerana cara ini akan menarik kuasa dari bateri dan mengurangkan proses pengecasan.
3. Periksa tekanan angin tayar
Tekanan angin tayar perlu diperiksa setiap dua minggu bagi memastikan angin cukup berdasarkan jumlah yang disyorkan. Jika ia tayar berada di bawah tekanan sepatutnya, pandu ke stesen minyak berdekatan untuk mengepam tayar anda.
4. Gerakkan tayar ke depan dan belakang waktu panas enjin
Apabila anda memarkir kenderaan di tempat sama tanpa ada pergerakan selasa beberapa hari, ia boleh mengakibatkan bintik mendatar pada tayar seterusnya menyebabkan tayar kehilangan bentuk.
Apabila keadaan ini terjadi, ia akan menyebabkan getaran disalurkan kepada stering apabila memandu walaupun ketika melalui permukaan jalan rata. Bagi mengelakkan perkara ini terjadi, gerakan kenderaan ke depan atau ke belakang, sewaktu sedang memanaskan kenderaan.
5. Jaga kebersihan
Ketika PKP, menjadi satu kemestian menggunakan cecair pembasmi kuman (hand sanitizer) pada tangan dan permukaan yang di sentuh terutamanya dalam kenderaan anda.
Selepas sampai ke destinasi, pastikan anda menggunakan langkah nyah-kuman untuk pada permukaan seperti stering, pemegang pintu, suis tingkap dan tombol gear.
6. Sapu sanitize pada skrin sesentuh juga
Jika anda memiliki sistem audio dengan skrin sesentuh, sapukan cecair pembasmi kuman pada kain dan sapu secara perlahan-lahan pada permukaannya. Hati-hati, cecair tidak perlu terlalu banyak kerana kelembapan keterlaluan akan merosak permukaan peralatan kenderaan.
7. Angkat wiper
Jika memarkir kenderaan di bawah sinar matahari, amalan yang baik adalah dengan mengangkat pengilap cermin.
Jika pengilap cermin dibiarkan berada pada cermin depan, pemindahan haba dari kaca secara berpanjangan akan menyebabkan getah pada bilah pengelap mengeras dan kurang berkesan apabila digunakan.
Dengan langkah yang mudah diikuti selepas tempoh PKPB tamat, kenderaan anda akan bersedia untuk digunakan kembali seperti sedia kala.
Nak cuba tanam sayur, tapi nak cara mudah. Kalau boleh tak mahu selalu siram. Boleh saja! Guna teknik tanam dalam nutripot.
Caranya dikongsi oleh usahawan tani, Azuan Abdullah. Ikut saja langkah demi langkah di bawah ini.
Tanam sawi dalam nutripot lagi mudah
Dalam banyak-banyak teknik tanam sawi di rumah, teknik ini yang paling mudah dan berkesan buat saya . Ianya dipanggil teknik nutripot buatan sendiri. Apa yang specialnya diy nutripot ni?
Melalui teknik ini, kita bagi baja bersama air semasa siraman. Paling best, siraman dibuat seminggu sekali bagi pokok yang masih kecil. Bila pokok usia 3 minggu, baru kita siram 2 kali seminggu. Jimat masa, jimat baja dan jimat tenaga. Bestkan!
Walaupun siraman hanya 2 kali seminggu, pokok tak akan mati kelayuan. Hasilnya pun boleh tahan ohsem, lebih kurang 500 gram untuk 1 pasu.
DIY nutripot untuk tanam sawi
Ini bahan-bahan yang diperlukan;
1. Pasu 2. Tong/baldi yang dapat muat 1/3 – ½ pasu. 3. Span 4. Cocopeat 5. Air baja AB
1. Pilih kombinasi pasu dan tong/baldi yang sesuai. Pastikan 1/3 – ½ daripada pasu boleh masuk ke dalam tong/baldi.
2. Pilih pasu yang ada lubang ya. Jika tak ada lubang, wajib buat lubang pada dasar pasu tersebut.
3. Masukkan pasu ke dalam tong. Ukur paras kedalaman bahagian pasu yang boleh masuk dalam tong/baldi. Saya tanda dengan marker pen paras tersebut.
4. Keluarkan pasu dari tong dan ukur paras bertanda tersebut. Dalam contoh ini, paras yang ditanda dengan marker dengan hujung pasu adalah 10 cm.
5. Ukur pula tong/baldi tersebut. Tandakan point dengan ukuran 2 cm lebih daripada paras pasu. Ini bermaksud point itu berada 12 cm.
6. Tebuk lubang pada point yang kita tanda tu. Minimun 2 lubang. Maksimun 4 lubang. Tujuannya adalah sebagai lubang over flow jika air terlebih nanti.
Ia juga boleh meningkatkan kadar pengudaran akar nanti. Lubang tu jangan besar sangat ya. Jika lubang besar, si aedes boleh masuk bertelur nanti.
7. Potong span ikut kesesuaian lubang dan ketinggian pasu. Ini saya guna span akuarium.
8. Masukkan span ke dalam lubang pasu. Pastikan hujung span mencecah pada bahagia dasar tong/baldi.
9. Masukkan cocopeat yang telah dibilas ke dalam pasu. Tak perlu penuh. Memadai tenggelam span atau ¾ daripada tinggi pasu.
10. Tanam anak benih sawi yang telah disemai. Pilih anak yang sihat dan bebas penyakit. Usianya lebih kurang 14 hari lepas semai dan ada 4-5 helai daun. Jarak lebih kurang 6 inci.
Siap tanam, siram pasu tersebut dengan air baja AB hingga lelehan air keluar melalui lubang over flow yang kita tebuk tadi. EC baja 1.5 mS
11. Jadual siraman dan kepekatan air baja adalah seperti berikut. Minggu 1 : 1 kali seminggu, EC 1.5 Minggu 2 : 1 kali seminggu, EC 1.8 Minggu 3 : 1-2 kali seminggu, EC 2.0 Minggu 4 & 5 : 1-2 kali seminggu, EC 1.5 ** Siraman dibuat hingga air sampai ke paras lubang “over flow”
12. Ini keadaan pokok sawi yang berusia 35 hari lepas tanam. Dia punya daun berkilat-kilat kan. Yang pasti, ia bebas racun kimia.
13. Satu pasu ini dapat hampir 500 gram. Jika tak nak potong pokok pun boleh. Memadai kita ambil 2-3 helai setiap pokok. Cara macam ni, pokok boleh tahan lama. Alhamdulillah rasanya tak pahit dan sangat rapuh.
Kalau tak nak DIY pasu ini pun boleh. Beli terus pasu nutripot yang dah siap. Ada jual di Shopee.
Panduan tinggalkan kucing sendirian di rumah ini penting bagi yang memelihara banyak anak bulus dan akan meninggalkan mereka di rumah untuk pulang beraya di...