Laman

Selain Keratan Batang, Pokok Kari Boleh Tanam Guna Buah Kari. Lagi Banyak Pokok Boleh Dapat

Share

Jika ada menanam pokok kari dan sudah berbuah boleh manfaatkan untuk hasilkan lebih banyak pokok kari dengan cara menyemai buah tersebut.

Ramai yang tak tahu selain menggunakan keratan, kita sebenarnya boleh tanam pokok kari melalui buah kari ini. Malah kaedah ini paling sesuai jika nak menghasilkan pokok dalam jumlah yang banyak.

Cara semaian pokok kari melalui buah ini juga mudah. Panduannya dikongsi oleh Eddy Rusdi Abdullah. Menurut beliau ini kali kedua dia menanam pokok kari melalui buah dan memang menjadi.

Cara tanam pokok kari guna buah kari

1. Pokok kari yang suddah besar akan mengeluarkan bunga kemudian buah. Pilih buah yang sudah matang untuk disemai iaitu buah yang berwarna gelap atau kehitaman.

2. Boleh petik dan terus tanam, elakkan dari jatuh supaya buah tak rosak.

3. Cara semai, cuma buat sedikit saja lubang di tempat semaian dan terus masukkan buah kari. Tak perlu kambus.

4. Selepas 2 minggu biji yang disemai akan bercambah.

5. Pokok yang sudah mengeluarkan daun boleh dialihkan ke pasu yang diisi dengan medium cocopeat dan tanah organik.

6. Lakukan siraman 2 kali sehari, pokok kari suka banyak air. Lagi banyak air lagi gemuk dan besar daunnya. Tapi pastikan air tidak bertakung.

TIP

  • Letak pokok kari tempat redup tapi kena cahaya matahari.
  • Baja 1 atau 2 minggu sekali. Kalau kurang besar cari baja subur, kalau kurang daun cari baja lebatkan daun.

Selamat mencuba.

Sumber: Eddy Rusdi Abdullah

IKLAN