Makanan sudah tentunya mempunyai tarikh luput. Namun, ada beberapa lagi barang yang selalu kita gunakan yang tidak disangka punya tempoh had penggunaannya.
Dipetik daripada Reader Digest, berikut adalah barang-barang yang turut mempunyai tarikh luput. Hmm… kaca mata hitam pun ada ya…
Uncang teh yang belum digunakan tidak akan segar selama lamanya. Kualiti teh ini akan berkurang selepas dua tahun.
Menurut kajian dari Universiti of Sao Paulo, Brazil selepas lama digunakan kaca mata hitam akan kurang kualitinya. Ini berikutan pemakaian dan kesan gores yang merosakkan kanta.
Semakin rajin anda bersukan, semakin menurun kualiti kasut sukan yang anda gunakan. Ia boleh meningkatkan risiko kecederaan. Kebanyakan pembuat kasut sukan menyarankan untuk menggantikannya selepas berjalan minimum 482 – 965km.
Artis mencadangkan untuk tidak menggunakan cat yang sudah dibuka selepas dua hingga empat tahun. Cat minyak yang belum dibuka boleh bertahan sehingga 15 tahun manakala cat lateks 10 tahun.
Ubat gigi baik elok digunakan selama dua tahun dari tempoh pembuatannya.
Sabun buku tidak akan memberi kesan bersih pada tubuh jika sudah sampai tarikh luputnya. Disarankan menggunakannya dalam tempoh tiga tahun. Buang jika sabun kelihatan kering dan retak.
Kebiasaannya krim pelindung cahaya matahari ini hanya efektif selama tiga tahun saja, selepas itu manfaatnya akan berkurang.
Gunakan pelembap dalam tempoh enam bulan. Ini kerana penggunaan dengan jari akan menyebabkan bakteria berkembang di dalamnya. Pelembap yang sudah berusia dua tahun dan baru dibuka kesannya tidak akan sama seperti baru.
Kalau anda menyimpan stok petrol untuk kecemasan pastikan tidak lebih dari lima tahun. Minyak selepas tempoh itu akan berubah konsistensinya dan mungkin memberi kesan pada mesin.
Ia salah satu bahan untuk pemutih dan pencuci. Cairan ini sebaiknya digunakan dalam tempoh enam bulan selepas dibuka. Jika masih ditutup, ia tahan selama tiga tahun.
Peluh akan membuatkan bahagian dalam helmet jadi kotor, begitu juga sinar matahari. Sebaiknya ganti helmet setiap dua tahun.
Paling lama penyembur ini bertahan selama tiga tahun. Selepas tempoh itu ia tidak akan membantu menghindarkan kita dari serangan nyamuk atau seranggga.
Sila gunakan maskara dalam tempoh tiga bulan selepas ia dibuka. Selepas digunakan ia mungkin tercemar dengan bakteria yang bahaya jika digunakan pada mata. Jangan tambah dengan air kerana ia akan menambah lagi bakteria.
Disarankan menggantikannya setiap tiga atau empat minggu. Sel kulit mati yang terperangkap pada span ini menjadikan ia tidak bersih.
Sila perhatikan tarikh luput bateri sebelum menggunakannya. Ia mungkin tidak berbahaya tapi fungsinya tidak sama jika digunakan selepas tamat tempoh.