Baru-baru ini viral di sosial media akan kegunaan lain tag roti sebagai label plug barangan elektrik. Tip tersebut di kongsi oleh Mohd Azrin Roselan.
Rupanya ramai yang baru tahu tentang kegunaan lain pengikat roti yang kecil ini. Tapi sebenarnya bukan itu saja, ada banyak lagi kegunaannya yang boleh membantu memudahkan urusan harian kita. Di bawah ni ada 6 lagi cara kreatif penggunaan tag roti.
1. Kemaskan wayar earphone dari berserabut dalam beg.
2. Penanda selotep atau masking tape, jadi tak perlulah kita tercari-cari puncanya.
3. Supaya gelang getah yang kita simpan dalam drawer tak bersepah, guna tag roti untuk ikat.
4. Label kunci yang jarang kita gunakan supaya kita tak lupa kunci tersebut untuk apa.
5. Guna untuk ikat kembali bungkusan makanan yang dah dibuka.
6. Pastikan wayar/kabel pada kedudukan yang kita inginkan terutama pada kabel yang selalu kita gunakan contoh pengecas telefon.
7. Ni pun boleh, tempat letak sudu supaya meja tak kotor kena jem atau kaya.
Sumber: Pinterest & Mohd Azrin Roselan
Buat Sendiri Akuarium Bajet Guna Kotak Gabus Saja, Kukuh & Tahan Lasak Juga
Ramai yang suka pelihara ikan hiasan di rumah dan biasanya kita guna akuarium yang dibeli untuk menempatkan ikan-ikan ini.
Tapi kalau ikan dah banyak, akuarium kecil memang dah tak sesuai. Kena sediakan saiz yang lebih besar. Selain dari beli, kita juga boleh buat sendiri jika mahu akuarium saiz yang mengikut cita rasa kita.
Cara paling jimat adalah dengan menggunakan kotak polyfoam atau kotak gabus yang selalu digunakan untuk letak ais. Akuarium ini juga boleh kita hasilkan sendiri.
Kaedah ini turut dilakukan oleh Poniman Budi yang berkongsi hasil kerja tangannya.
DIY akuarium bajet guna kotak gabus
Saya nak kongsikan DIY ‘kolam ikan hybrid atau kolam bajet. Sebelum ni dah ada aquarium tapi penat nak basuh.
Yang ini kuat dan tahan lasak. Kolam dari bahan polyfoam box ikan atau kotak kabus ikan. Kolam alhamdulillah kuat dan kukuh.
1.Saya guna 3 buah polyfoam atau kotak gabus
2. Proses pemotongan dan cantuman box, potong bahagian tepi dan cantumkan untuk jadikan kolam lebih kurang 5 kaki.
3. Supaya cantuman box kukuh, tambah tulang atau boleh guna batang kayu sate.
4. Kemudian pakai gam silikon dan sapu simen dan cat aqua.
5. Untuk cermin kena tebal 12mm ke atas supaya dapat tampung beban air.
6. Kemudian bolehlah hias ikut kreativiti.
Untuk akuarium lebih canggih, boleh juga ikut perkongsian Azra Craft ini.
Selamat mencuba.
Sumber: Poniman Budi
Rupanya Cara Kita Potong Bawang Mempengaruhi Rasa Masakan & Tempoh Memasak. Ramai Tak Tahu
Hampir setiap masakan kita akan mengguna bawang. Tapi mungkin ramai yang belum tahu cara potongan bawang akan mempengaruhi rasa masakan kita. Kalau potong mayang, belah dan sebagainya akan berbeza rasa berbanding cencang.
Nak tahu lebih lanjut perbezaannya, baca perkongsian Mohammad Faeez Harith.
Jenis-jenis potongan bawang
Malam tadi terbaca ada yang tanya biasa masak potong bawang macam mana? Sebenarnya cara potong masing-masing ada nama, kegunaan dan masanya tertentu untuk guna. Sesetengah potongan tak sesuai untuk sesetengah resepi.
1) Potong
Potong maksudnya bawang akan dipotong secara melintang. Bermula dari potong akan menghasilkan potongan gegelung dan mayang.
2) Gegelung
Mula dari potong, dan diulang-ulang mengikut ketebalan yang dikehendaki.Potongan gini biasa untuk masak kicap, masak merah.
3) Mayang
Hirisan halus tetapi melintang, kebiasaannya untuk membuat bawang goreng atau ditumis.
4) Belah
Potongan secara menegak untuk menghasilkan potongan yang lainnya.
5) Baji
Juga disebut ‘wedges’ dalam bahasa Inggeris. Biasanya potongan ini diguna untuk hiasan, seperti dalam sup atau kari dan sebagainya. Juga untuk kebab.
6) Hiris
Potongan nipis, halus secara menegak yang berulang-ulang. Untuk ditumis atau dibuat ulam / rencah sambal/budu/cencaluk dsb.
7) Dadu
Biasanya untuk buat cekodok/jemput-jemput bilis atau bawang.
8) Dadu kecil / cincang kasar
Untuk tumisan nasi goreng, mi goreng dan sebagainya.
9) Cencang
Untuk perapan, tumisan dan sebagainya.
Penting ke potongan ni semua? Sesetengah resepi, penting sebab lain cara potong boleh mempengaruhi rasa masakan dan tempoh memasak.Jadi kena teliti resipinya sebelum mula memotong.
Selamat mencuba.
Sumber: Mohammad Faeez Harith
Langkah Rawat Masalah Ketumbit Supaya Cepat Sembuh
Ketumbit antara masalah mata yang biasa berlaku. Tapi bila terkena kita rasa segan sikit bukan saja kerana ia jelas kelihatan tapi sejak dulu orang asyik kaitkan masalah ini dengan perbuatan mengintai.
Sebab itu kalau boleh kita nak ketumbit ini cepat surut. Supaya lekas hilang, berikut adalah cara rawatannya yang boleh kita lakukan di rumah. Ia dikongsi oleh Dr Azlindarita Aisyah, yang juga Pakar Oftamologi.
Punca ketumbit bukan sebab mengintai
Sebelum itu kenalah tahu juga penyebabnya yang pasti ia bukan dari perbuatan mengintai ya.
Ketumbit terjadi dari bukaan kelenjar air mata dari akar bulu mata tersumbat akibat:
1. Kelemumur pada bulu mata (blephritis)
2. Eyeliner yang tidak dibersihkan
3. Habuk dan kotoran (contoh penunggang motorsikar, pekerja tapak binaan dan sebagainya.
Nama saintifik
- Chalazion – jika tidak sakit
- Stye – jika sakit, merah dan dijangkiti kuman
Cara rawatan
- Peralatan yang diperlukan adalah putik kapas, aiir suam, syampu bayi yang tak pedihkan mata.
2. Letak beberapa titis syampu dalam air suam. Kacau supaya jadi macam air sabun. kemudian celup putik kapas dalam air. Bersihkan kelopak mata di kawasan bulu mata. Langkah ini dinamakan Lid Hygiene.
3. Selepas mata bersih, sediakan air suam yang bersih (bukan air sabun tadi) dalam mangkuk kaca dan sebatang sudu besi. Celupkan sudu besi dalam mangkuk supaya sudu jadi suam.
4. Uji atau cuba rasa kepanasan sudu. Agak-agak boleh tahan panas, tidak melecur maka boleh lakukan langkah seterusnya.
5. Tuam sudu tadi pada kelopak mata yang ada ketumbit dalam tempoh 3 minit. Guna stop watch. Tujuannya supaya saluran kelenjar yang tersumbat kembang dan beri laluan untuk kotoran keluar.
6. Selepas tiga minit, ambil antibiotik (jangan beli sendiri, dapatkan dari doktor) letakkan ke dalam mata. Caranya tarik kelopak mata dan masukkan antibiotik.
7. Pegang kelopak mata 30 saat supaya ubat meresap masuk. Jika terus tutup nanti ubat terkeluar.
Jika selepas dua minggu ketumbit belum sembuh, mungkin perlu operation sedikit untuk keluarkan nanah.
Lepas ni kalau kena ketumbit, inilah rawatannya ya. Selamat mencuba.
Sumber: Dr Azlindarita Aisyah