
Musim rambutan sekarang, selalu kita makan begitu saja. Kupas kulit terus makan. Tapi selain itu ada lagi cara untuk kita menikmati buah ini. Untuk kelainan boleh cuba rambutan asam boi pula. Peminat asam kena try.
Caranya dikongsi oleh Ani Zam.
Resipi rambutan asam boi
Bahan-bahan;
Buah rambutan
Asam boi
Serbuk asam boi
Limau kasturi
Cili padi
Garam dan gula
Cara membuat;
- Kupas, basuh bersih dan toskan buah rambutan.
2. Masukkan isi rambutan ke dalam mangkuk.
3. Masukkan pula asam boi, serbuk asam boi, cili padi, garam dan gula ke dalam mangkuk tersebut. Gaul sebati.
4. Potong dan buang biji limau kasturi kemudian perahkan jusnya dalam mangkuk berisi buah rambutan.
5. Gaul sebati, dan masukkan ke dalam peti sejuk dalam 1-2 jam
6. Keluarkan dan sedia untuk dinikmati.
Selamat mencuba.
Sumber : Ani Zam
Surat Beranak Lama Yang Dah Kuning & Lusuh Tu Boleh Tukar Baru. Bayar RM5 Saja, Ini Caranya

Bagi yang umur 40 tahun ke atas surat beranak korang mesti dah kuning, lusuh dan mungkin juga ada yang dah koyak sikit.
Memang boleh guna dan nampak lagi tulisan tangan dan info pada surat beranak tapi tak mustahil juga boleh koyak akibat dah terlalu lama. Surat beranak ini dokumen penting yang kena ada dan simpan sentiasa.
Jadi kalau dah uzur sangat keadaan surat beranak tu apa kata kita tukar saja kepada yang baru. Macam sijil beranak anak-anak kita sekarang.
Cara nak tukar surat beranak lama kepada baru ini boleh dilakukan di Jabatan Pendaftaran Negara. Mudah dan panduannya ada dikongsi oleh Mawarni Sani.
Cara tukar surat beranak lama kepada baru di JPN
Hari ni pegi JPN. Nak print surat beranak lama kepada yang baru. Okey, saya share caranya;
✔️Bawa 1 salinan IC (original dah tentu kita bawak sentiasa)
✔️Surat beranak original (tapi tadi staf tak minta tengok pun)
✔️Bayar RM5 (bayar guna kad ya)
✔️Tunggu sekejap, dah siap!
Kita juga boleh print jugak untuk pasangan. Syaratnya
✔️Bawa surat nikah original & salinan
✔️1 salinan IC wakil yang nak print
✔️Bayar RM5 jugak.
Surat beranak lama, boleh simpan & frame sebagai kenangan. Setel hal surat beranak. Best pulak tengok surat beranak baru. Cantik. Rasa macam kembali jadi kanak-kanak!
Semoga bermanfaat.
Sumber: Mawarni Sani
Kalau Pelihara Kucing, Guna Tip Daun Pandan Ini Untuk Elak Bau Najis ‘Si Bulus’

Ramai yang memelihara kucing di rumah. Memang syok membelai dan lihat keletah haiwan manja ini.
Tapi ada juga part yang tak best, antaranya bau najis kucing. Kalau pelihara seekor dua mungkin ok lagi tapi kalau banyak dan tak dijaga betul rumah akan berbau busuk.
Memang tak selesa, apatah lagi jika ada pula tetamu yang datang. Bagi pencinta kucing dan memelihara banyak haiwan ini mungkin boleh praktikkan cara yang dikongsi oleh Iskandar Muadz ini.
Memelihara 10 ekor kucing namun setelah tiga hari mempraktikkan tip menggunakan daun pandan ini bau najis kucing tidak terhidu pun.
Pelihara 10 ekor kucing tapi tiada bau busuk!
Caranya;
1. Sediakan pasir kucing dalam bekasnya.
2. Ambil 4 helai daun pandan kemudian potong beberapa bahagian (ikut suka).
3. Letak daun pandan yang dipotong dalam bekas pasir kucing tadi (letak 4 helai daun pandan dalam 1 bekas).
Daun pandan ini menurutnya boleh tahan dalam 3 hari. Lagi kering lagi kuat bau pandan.
Memandangkan bilangan kucing agak banyak jadi beliau menggunakan cara ini dan hasilnya memang tiada lagi bau najis kucing, diganti bau daun pandan.
Selamat mencuba!
Sumber : Iskandar Muadz Foto Reddit
Rendam Anak Dalam Air Garam Epsom Jika Tak Sihat. Dalam Baldi Pun Boleh, Banyak Khasiat Garam Ini

Anak demam, batuk, selesema memang masalah biasa. Kalau anak susah makan ubat ada usaha lain yang boleh kita lakukan untuk merawat masalah ini.
Antara caranya adalah dengan rendam anak dalam air garam epsom atau epsom salt. Garam mineral ini sebenarnya punya banyak manfaat untuk kesihatan. Kalau nak anak cepat tidur, kurang meragam pun boleh guna kaedah ini.
Tapi jangan makan ya, sebaliknya berendam dalam air garam ini. Kalau tiada bath tup guna baldi pun boleh. Khasiat garam epsom ini dikongsi oleh Dr Mazliana Mazlan.
Banyak manfaat garam epsom, semua rumah kena ada
Saya suka betul rendam anak dalam air epsom salt. Tak kira masa. Anak pun syok betul berendam. Sehari sekali. Ambil 1 cawan epsom salt, masuk dalam air suam. Buat waktu mandi petang. Anak mudah mengantuk malam nanti, tidur lebih nyenyak insyaAllah.
Bila anak demam, tak sihat, batuk atau selsema, saya akan kerapkan buat. Dua atau tiga kali sehari. Dari lemah tak larat, segar anak setiap kali lepas rendam. Kahak pun banyak keluar.
Dalam epsom salt ada magnesium. Magnesium bantu untuk relax kan otot anak, bantu untuk tenangkan sistem saraf anak.Magnesium antara suplement transdermal yang paling selamat untuk anak-anak kecil.
Lebih 325 proses biologi dalam tubuh badan anak perlukan magnesium. Kalau tak cukup magnesium, maknanya akan ada fungsi sistem badan yang akan terganggu. Dan ramai sebenarnya anak-anak yang tak cukup kandungan magnesium dalam badan mereka.
Dalam makanan, magnesium ada pada bayam, kacang, dark chocolate, pisang, tofu, dan sebagainya. Tapi anak kecil makan bukannya dalam kuantiti yang banyak kan.
Magnesium penting untuk;
1. Tidur anak yang baik
2. Perbaiki mood anak
3. Lebih fokus
4. Kuatkan tulang dan gigi
5. Berikan energy secukupnya untuk anak
6. Sihatkan otot dan saraf
7. Membantu penyerapan vitamin dan mineral lain
8. Tingkatkan imuniti badan anak
Lepas anak main waktu petang, korang ajak rendam dalam bath tub. Kalau takde, guna baldi macam saya pun boleh.
Malam mesti anak tak meragam sangat, lajuuu je nak masuk tidur.
Korang cuba k. Epsom salt ni 1.2 kg, harga tak sampai RM 20 pun. Boleh cari di farmasi berdekatan atau di Shopee
Sumber: Dr Mazliana Mazlan.