Setiap kediaman yang ada bekalan elekrik akan ada kotak Distribution Board (DB). Ia juga disaran selalu diperiksa untuk memastikan suis berfungsi dengan baik untuk mencegah kebakaran rumah dari berlaku akibat arus elektrik.
Tapi malangnya, kita memang jarang periksa malah ramai juga yang takut untuk mengujinya walaupun caranya mudah saja. Perkongsian dari Nazmi Sakip
elok dijadikan panduan.
Rajin-rajinlah cuba turunkan suis bahagian MCB secara manual guna jari. Sepatutnya suis ini senang saja jatuh/diturunkan kalau kita sentuh dengan jari. Tapi kalau ketat susah diturunkan bermaksud suis ini JAMMED.
Bila dah JAMMED apa yang akan berlaku?
2. Bila berlaku over load bagi MCB yang jammed, dan ia tidak trip. Lama kelamaan kabel panas dan boleh cair. Terus jadi punca kebakaran.
Nampak kan benda simple saja tapi kesannya teruk kalau kita sendiri yg tak peka. Jadi rumah kita, kita yang kena jaga.
Semoga bermanfaat
Sumber: Nazmi Sakip