Oleh kerana khasiat buah lemon yang banyak untuk kesihatan ramai yang cuba untuk menanamnya sendiri. Tambah pula harga buah ini agak mahal sekarang. Lagi jimat bila ada sepokok dua di rumah.
Masalahnya walaupun pokok lemon yang ditanam elok saja membesar tapi selalu terjadi pokok tak berbuah. Inilah rungutan yang biasa didengar. Bila Umm Nurul memuat naik gambar pokok lemon yang ditanam di dalam satu hantaran di Facebook Berkebun Di Tepi Rumah ramai yang teruja dan memintanya berkongsi tip bagaimana pokok lemonnya berbuah lebat.
Menurunkan tip ringkas yang dipraktikkan kata Umm Nurul pokok lemonnya ini berusia lima tahun dan ditanam di atas tanah menggunakan baja dan tip berikut hingga berjaya berbuah lebat;
– Guna baja rumput dan juga air beras. Boleh juga gunakan baja ikan.
– Siram air beras bukan saja di pangkal pokok tapi juga di bahagian daun dan pucuk-pucuknya. Air beras ini banyak khasiatnya, bukan saja pokok cepat membesar tapi juga perangsang pokok berbuah.
– Jika daun dimakan ulat, bancuh air kulit bawang bersama dengan sedikit cecair pencuci pinggan dan sembur pada daun yang bermasalah.
Tip ekstra
Selain baja, pokok lemon kena sentiasa dicantas hujung dahan dan daunnya barulah akan keluar tunas baru, seterusnya berbunga dan berbuah.
Pinggan bercorak ini memang cantik malah harganya juga banyak yang murah. Sebab itu ramai yang teruja membelinya hingga ada banyak koleksi di rumah.
Dekat nak sambut raya ini, lagi lah ramai yang suka tambah koleksi. Tapi sebaiknya hentikan terutama jika di rumah ada wanita hamil dan juga kanak-kanak.
Ini kerana kebanyakan pinggan bercorak ini mempunyai logam plumbum (dalam penghasilannya dan berbahaya kepada dua golongan ini.
Pengguna dinasihatkan lebih berwaspada menggunakan pinggan mangkuk beraneka corak yang tular di media sosial kini, kata seorang pensyarah Universiti Malaya (UM).
Dr Nor Asrina Sairi berkata kebanyakan pinggan mangkuk yang mempunyai hiasan cantik ini mempunyai logam plumbum (lead) dalam penghasilannya.
“Bahaya untuk jangka masa panjang terutama untuk kanak-kanak, wanita hamil dan bayi, tapi bahayanya itu bukanlah secara terus atau langsung.
“Ia lebih kepada kuantiti yang sedikit, tapi kalau kita kerap guna dan untuk jangka masa lama, ia akan beri kesan kepada kesihatan,” katanya kepada mStar Online.
Pinggan mangkuk dengan hiasan menarik itu kini tular di media sosial dan boleh didapati serendah 50 sen di Pasar Seni dan beberapa lokasi lain.
Pensyarah kanan Jabatan Kimia UM itu berkata pinggan mangkuk berkenaan lebih sesuai dijadikan koleksi hiasan.
Katanya, plumbum yang terlekat di pinggan berkenaan akan mudah terhakis apabila terdedah kepada suhu panas.
“Saya cadangkan pengguna gunakannya untuk perhiasan atau koleksi, elakkan guna untuk hidang makanan harian.
“Kalau warna atau sadurannya di luar, itu OK lagi, tapi bila sekarang trend baru di bahagian dalam pun disalut, itu yang kita agak khuatir,” beliau dilaporkan berkata.
Acar ikan talang ini elok sangat dijadikan stok di rumah. Kalau tak sempat masak, goreng telur makan dengan lauk ini pun memang dah cukup sedap. Silap-silap bertambah nasi.
Acar ini memang ada saja dijual tapi kalau buat sendiri lagi best. Boleh ikut cita rasa, nak lagi pedas pun boleh.
Jika nak cuba buat sendiri boleh ikut cara yang dikongsi oleh Norshakinah Shaleh.
Cara buat acar ikan talang
Penyedian bahan
1. Mula-mula potong ikan talang masin (bukan ikan talang segar tu ya). Jangan potong kecil sangat, jangan besar sangat. Ini dalam 500gm, ambil bahagian isi saja. Tulang-tulang boleh simpan buat gulai.
2. Lepas siap potong rendam sekejap baru cuci bersih.
3. Dah siap cuci, tos dan goreng isi ikan talang tadi bagi garing. Dah garing toskan minyak (minyak goreng simpan untuk langkah seterusnya).
4. Sambil goreng ikan boleh kisar bawang besar, bawang putih dan halia. Kuantiti ikut agak-agak saja ikut kuantiti ikan.
5. Kisar pula cili kering.
6. Kemudian kupas bawang merah, bawang putih, halia dan cili padi. Basuh bersih. Bawang merah dan putih belah dua, halia potong mancis. Rendam semuanya dalam cuka. Jangan banyak sangat cuka. Nanti masam dan bau cuka.
7. Ini bahan-bahan perasa lain, gula melaka, lobak masin (basuh dulu), biji sawi, halba, kari ikan. Ambil juga serba sikit jintan manis, jintan putih dan biji ketumbar, sangai sekejap dan kisar halus. (Klik SINI untuk beli [su_button url=”https://www.goshop.com.my/products/small-kitchen-appliances/pure-n-fresh-hand-blender-set-20143128″ style=”3d” color=”#ffffff”]hand blender[/su_button])
8. Ini pula bahan tambahan. Tak nak masuk pun boleh saja.
Cara memasak
1.Panaskan minyak yang bekas goreng ikan talang tadi tumis biji sawi dan halba. Dah naik bau masukkan bahan kisar tadi iaitu bawang dan halia tu.
2.Dah garing elok baru masukkan cili kisar. Tumis sampai betul-betul pecah minyak. Kemudian masukkan serbuk kari dalam 2 sudu, dan jintan kisar tadi.
3. Goreng lagi sampai pecah minyak, baru masukkan gula melaka. Masak lama sikit pun tak apa.
4.Bila bahan tumis dah masak elok, masukkan bahan-bahan yang direndam dengan cuka tadi. Masukkan sekali dengan cuka yang rendam.
5. Masukkan buah buahan kering, lobak masin dan ikan talang goreng tadi.
6.Gaul bagi sebati. Biar sampai pecah minyak sekali lagi. Kacau sekali sekala saja supaya ikan tak hancur. Biarkan acar atas api perlahan, bagi semua rasa sebati. Lagi lama lagi elok dan sedap.
7.Akhir sekali tabur bijan. Ok dah siap. Sejukkan sebelum letak dalam bekas.