Selamatkan Anak Jika Tercekik, Ibu Bapa & Pengasuh Perlu Mahir Teknik Manuver Heimlich

Share

 

Sebelum ini kita dikejutkan dengan satu kejadian anak kecil yang maut akibat tercekik roti dan baru-baru ini viral pula kisah anak tercekik duit syiling .Ya walau pun hanya roti yang lembut ia tetap mengundang bahaya buat anak kecil.

Sebab itu jugalah ibu bapa atau pun pengasuh sebaiknya mempunyai kemahiran menyelamat jika berdepan dengan keadaan ini.

Sekiranya anak mengalami simptom tercekik makanan atau sebarang objek teknik menyelamat mengikut kaedah Tekan Perut atau Manuver Heimlich boleh dilakukan.

Tanda-tanda anak tercekik

1) Tidak boleh bercakap dan menangis.
2) Muka menjadi biru.
3) Memegang tekak dan minta bantuan.
4) Kelihatan panik.
5) Tidak sedarkan diri.

Teknik Tekan Perut / Manuver Heimlich


Teknik menekan perut adalah di mana penolakan udara secara mengejut ke laluan trakea dari diafragma (bahagian perut) yang boleh menolak keluar objek atau makanan yang tersekat.

Walaupun teknik ini kelihatan mudah, ia perlu dilakukan dengan penuh berhati-hati terutamanya ke atas anak kecil. Terdapat juga teknik khas untuk menekan perut kepada bayi kerana saiz mereka yang kecil dan jika ia tidak dilakukan dengan betul boleh memburukkan lagi keadaan.

Oleh sebab itu, teknik ini paling selamat dilakukan oleh individu yang terlatih. Apa yang boleh ibu bapa lakukan? Ia bergantung kepada situasi:

Jika kanak-kanak masih boleh bernafas

  1. Jika kanak-kanak itu sedang tersedak atau tercekik, tetapi masih boleh bernafas dan bercakap, ini bermakna laluan pernafasan masih ada.
  2. Jangan cuba keluarkan objek atau makanan itu kerana ia mungkin akan menolaknya lebih dalam.
  3. Langkah terbaik dalam situasi ini adalah untuk tidak melakukan apa-apa, tetapi beri perhatian penuh ketika kanak-kanak itu batuk sehingga dia kembali bernafas seperti biasa.

Jika kanak-kanak tidak boleh bernafas?

  • Minta bantuan kecemasan. Pastikan anda menyimpan nombor kecemasan, ini termasuk nombor hospital terdekat, nombor keluarga terdekat serta jiran.
  • Jika kanak-kanak itu sedar tetapi tidak boleh bernafas atau bercakap atau mula menjadi biru, gunakan teknik menekan perut. Ini boleh dilakukan oleh sesiapa yang sudah dilatih melakukan teknik ini.

Teknik Heimlich Manuver bagi bayi berumur bawah 1 tahun & dalam keadaan sedar

  1. Menggunakan lengan, posisikan kepala dan muka bayi menghala ke bawah, dengan sokongan peha.
  2. Pastikan torso bayi lebih tinggi daripada kepala.
  3. Tepuk bahagian belakang, antara tulang belikat bayi menggunakan tapak tangan sehingga lima kali.

4. Seterusnya, pusingkan bayi sambil terus menyokong kepala lehernya.

5. Jika objek masih tidak keluar dari laluan pernafasan, tekan bahagian dada atau tengah-tengah sternum menggunakan 2 atau 3 jari dengan cepat sehingga 5 kali.

 

Ulang teknik, iaitu tepukan di bahagian belakang bayi dan penekanan di bahagian dada sehingga objek keluar. Jika ia tidak diteruskan anak mungkin tidak sedarkan diri.

Jika bayi masih tidak bernafas, anda boleh membuka laluan pernafasan dengan meletakkan ibu jari di mulut anak dan genggam gigi kacip atau gusi. Bahagian rahang perlu dinaikkan supaya anda boleh melihat objek yang tersekat.

Jangan cuba keluarga kecuali…

JANGAN cuba keluarkan objek tersebut melainkan anda melihat objek dengan jelas. Anda berkemungkinan menolak lagi objek ke dalam tekak anak, dan ini lebih merbahaya.

Lakukan teknik CPR, jika perlu.

Bawa kanak-kanak ke hospital secepat mungkin, terutamanya jika kanak-kanak itu terus tidak boleh bernafas dan tidak sedar.

Sumber: Astroawani

 

Published by
VK