Selepas beberapa hari bersalin, semalam Amyra Rosli memuat naik gambarnya ketika berada di sebuah hospital.
Tampil dengan blaus berwarna krim dan berseluar hitam, ramai peminat telah mengecam penampilan isteri kepada Amar Bahrin ini yang berkemungkinan diambil ketika hendak melakukan pemeriksaan kesihatan selepas bersalin.
Tak macam orang dalam pantang, itu antara kritikan netizen kepada pelakon ini bila melihat Amyra mengenakan seluar agak ketat selain tidak mengenakan stoking seperti mana ibu baru lepas bersalin.
Ads
Berikutan foto tersebut, hantaran di instagram Amyra ini meriah dengan komen-komen daripada peminatnya.
Selain mempersoalkan tindakannya yang tidak seperti ibu berpantang ada juga yang mempertahankan tindakan Amyra menyatakan bahawa ia adalah perkara biasa buat ibu-ibu zaman sekarang yang tidak lagi mengenakan kain sebaliknya lebih senang mengenakan seluar.
Dalam pada itu ramai juga wanita yang prihatin turut menasihatkan Amyra agar menjaga kesihatan diri semasa berpantang memandangkan dirinya masih muda.
Ads
Berikut adalah sebahagian daripada komen netizen yang VK petik. Macam-macam! Korang bacalah.
Takut tengok
Ads
Bukan apa takut bentan!
Umur 35 ke atas nanti baru terasa kesannya!
Hati-hati dik, baru lagi
Apapun diharap Amyra tak terasa hati, maklumlah semuanya sebab peminat prihatin dan sayang pada artis pujaan mereka.
Kahiyang Ayu, anak perempuan tunggal Presiden Republik Indonesia, Joko Widodo selamat bernikah pagi ini bersama dengan jejaka pilihan hatinya Bobby Nasution.
Diadakan di Graha Saba Buana, Solo tidak jauh dari kediaman presiden, Kahiyang Ayu, anak kedua Jokowi sah menjadi isteri kepada Bobby, 26 yang juga seorang ahli perniagaan.
Dalam majlis itu, Joko Widodo mewalikan sendiri pernikahan puterinya, di hadapan empat saksi termasuk Jusuf Kalla.
Kahiyang Ayu, 26 yang menerima mas kahwin kelengkapan solat serta 80 gram emas.
Bertema adat klasik Jawa, majlis resepsi anak tunggal presiden Indonesia ini akan diadakan pada sebelah malamnya.
Sebelum berlangsungnya akad nikah, beberapa majlis telah diadakan mengikut adat Jawa antaranya bersiram dan suapan.
Pasangan Kahiyang Ayu dan Bobby mengenali antara satu sama lain ketika pengajian dan bercinta selama hampir setahun sebelum memutuskan untuk melangsungkan perkahwinan.
Majlis yang ditunggu-tunggu oleh warga Indonesia sejak beberapa hari lalu ini juga telah mendapat liputan meluas dari media di negara tersebut.
Ramai yang suka tengok foto Ummi Nazeera dan suaminya Dr. Mohd Izzar, yang sweet sokmo! Sama sweet dengan kisah perkenalan mereka lebih kurang dua yang lalu.
Sebelum ini Ummi tak pernah bercerita tentang perkenalan dia dan suami, yang kita tahu jodoh mereka diatur oleh keluarga.
Tapi baru-baru ini dalam instagram Ummi, dia berkongsi kisah sebenar bagaimana perkenalan itu terjadi. Rupa-rupanya dia berkenalan dengan mentuanya dulu.
Catatan Ummi ini juga mendapat reaksi daripada netizen yang teruja membaca kisah pelakon ini bertemu jodoh. ‘Ibu dapat pingat, anak dapat jodoh!’ Itu antara respon netizen yang lucu. Tapi memang betul pun kalau baca cerita Ummi ni.
This is the first photo of me .. my mother in law sent to my husband/their family WhatsApp group at the moment . She said , ” aunty dah selalu nak kenalkan someone to izzar .. tapi dia tak pernah respond “. Right after he responded by private messaging her . I think he wrote ” Siapa tu mak?”. Commercial break ( how my mil and I got to know each other?).
My mil and I bumped into each other at an event and coincidentally I was seated next to her . After long hours of waiting for my mother and my mil waiting for my fil. We started talking/ getting to know each each other .. Cont.
Dalam hati kata handsome, tinggi!
Then she started showing me photos of her family . Including izzar of course . She said my first son is still single . ( Dalam hati lepas tgk gambar . Oh handsome . And tinggi ). But I kept it to myself of course ? She said , is it okay if i pass your number to my son ?. ( I was actually waiting for it hahaha) and I replied nonchalantly ” Yeahh of course”. Hahaha.
Then a few moments after that , my mother came out from getting her pingat. I then introduced her to my mil.. subahnAllah little I knew . My jodoh was getting near.
Anyway ! 2 days later . Suami Ku message . “Assalamualaikum cik Ummi nazeera . Thanks for being kind to my mother . She spoke highly of you. I am izzar, you were seated next to my mother 2 days ago. “. I was like wahh.. sopan this guy . Jeng jeng jeng . ? and at the end … @izzar you’re the one . ❤️? #reminiscing #foolsInLove #Alhamdulillah #ThankYouMak #2yearsAgo #2016
Nah! Haha ! Ramai minta continuos story … this is our very first message terkejut I masih ada rupanya.. Husband sent me this screen shot after reading my previous post . thanks for keeping this ! @izzar I know you can be quite sentimental with this kind of stuff ❤️? #2016 #2yearsago #Alhamdulillah #HatiMasaTuBerbungabungaHappy
Siap ada lagi mesej pertama berkenalan dengan isteri, korang ada? Kalau dah jodoh, semuanya dipermudahkan macam pertemuan Ummi dengan suami dia nih. Apapun kita doakan rumah tangga keduanya bahagia dan berkekalan hingga ke jannah.
Semua tahu adik beradik Rozita Che Wan atau Che Ta memang cantik-cantik belaka malah bergaya. Mereka ini juga kerap menarik perhatian netizen di instagram bila selalu berkumpul untuk berposing bersama-sama.
Cuma sejak beberapa bulan lalu, salah seorang adik Che Ta iaitu Ruby Che Wan tampil berbeza daripada sebelum ini.
Jika dulu Ruby yang juga isteri Lan Pet-Pet ini bergaya ranggi tapi sejak kepulangannya dari mengerjakan ibadah haji tahun lalu tudung litup yang labuh mengganti imej lamanya.
Memang sejuk mata memandang penampilan baru Founder Putih Ajaib by RCW ini. Malah netizen juga memuji imej baru Ruby yang dilihat cukup manis dan makin cantik meskipun tidak bermekap.
Ruby dan Lan Pet-Pet berangkat ke Makkah pada hari ulangtahun perkahwinan mereka dan ia diibaratkan sebagai hadiah yang paling istimewa buat keduanya.
Ternyata pemergiaannya ke tanah suci untuk menunaikan rukun Islam kelima itu memberi impak yang besar buat Ruby.
Tengok pokok mangga yang orang lain tanam berbuah lebat kita pun teringin tapi malangnya rumah tiada ruang pulak untuk bercucuk tanam.Berita baiknya adalah tiada...