Selepas beberapa hari bersalin, semalam Amyra Rosli memuat naik gambarnya ketika berada di sebuah hospital.
Tampil dengan blaus berwarna krim dan berseluar hitam, ramai peminat telah mengecam penampilan isteri kepada Amar Bahrin ini yang berkemungkinan diambil ketika hendak melakukan pemeriksaan kesihatan selepas bersalin.
Tak macam orang dalam pantang, itu antara kritikan netizen kepada pelakon ini bila melihat Amyra mengenakan seluar agak ketat selain tidak mengenakan stoking seperti mana ibu baru lepas bersalin.
Berikutan foto tersebut, hantaran di instagram Amyra ini meriah dengan komen-komen daripada peminatnya.
Selain mempersoalkan tindakannya yang tidak seperti ibu berpantang ada juga yang mempertahankan tindakan Amyra menyatakan bahawa ia adalah perkara biasa buat ibu-ibu zaman sekarang yang tidak lagi mengenakan kain sebaliknya lebih senang mengenakan seluar.
Dalam pada itu ramai juga wanita yang prihatin turut menasihatkan Amyra agar menjaga kesihatan diri semasa berpantang memandangkan dirinya masih muda.
Berikut adalah sebahagian daripada komen netizen yang VK petik. Macam-macam! Korang bacalah.
Apapun diharap Amyra tak terasa hati, maklumlah semuanya sebab peminat prihatin dan sayang pada artis pujaan mereka.
Sumber: instagram aamyrarosli