Ramai yang semai biji benih pakai tabur saja terutama biji biji benih sawi, bayam atau pak choy atau kangkung.
Cara ini memang senang dan anak pokok pun naik elok saja. Tapi bila anak pokok dah naik atau bercambah ada perkara penting yang perlu kita buat supaya pokok membesar dengan elok tak mati.
Dikongsi oleh Harun Arun
yang giat bercucuk tanam di sekitar rumah, anak pokok yang ditanam dengan cara tabur biji benih ini perlu dialihkan. Jika lewat akarnya akan bersimpul dan menyukarkan proses mengalih anak pokok.Alih sawi pakcoy Jepun, ini semai cara orang malas, main tabur saja dalam dalam kotak polisterin.
– Tip kalau semai cara begini bila anak pokok dah ada 2 helai daun nak kena pindah. Jangan biar lama dalam bekas semaian, nanti akarnya bersimpul sesama sendiri. Kalau jadi begini memang leceh, bila alih anak pokok akan tercedera & peluang hidup tak tinggi.
– Kalau dah besar begini boleh alih terus ke batas atau polibeg. Lepas alih wajib letak tempat tak kena langsung cahaya 2-3 hari. Pasang netting untuk lindung dari panas dan hujan. Ini kerana tanah pada akar dah terburai, pokok sedang stress.
– Seeloknya lepas alih spray dengan air yang dibancuh epsom salt untuk kurangkan stres pokok.
– Sebelum alih ke batas, gaul media dengan tinja ayam. Selepas 10 hari baru boleh alih anak pokok ke batas ini. Sebaiknya sediakan batas lebih awal.
-Tapi untuk situasi saya memandangkan batas baru prepare semalam, baru lepas gaul dengan tinja ayam, takut panas baja, jadi kena alih laa dulu dalam tray untuk sementara. Lagi 10 hari baru alih ke tanah.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Harun Arun