Ramai yang dah mulakan hobi bercucuk tanam sayur-sayuran. Seronok bila tengok sayur menjadi tapi yang tak syoknya bila ulat atau bena putih menyerang. Habis pokok sayur atau herba kalau dibiarkan.

Masalah serangan ulat ini memang biasa, jadi sebaiknya kita tahu cara untuk atasinya. Antara yang paling mudah adalah sembur guna air sabun cuci pinggan saja. Bancuhannya boleh ikut sukatan yang dikongsi oleh Tam.

Bila nampak ulat putih sembur dengan air sabun

Ini percubaan saya setelah dapat petua dari seseorang di Facebook Kebun D Rumah.

Bahan-bahannya:
-1 sudu cecair pencuci pinggan (guna jenama Sunlight yang boleh basuh buah dan sayur)
-2.0 liter air paip

Cara bancuhan:

  • 1 sudu makan cecair pencuci dan campur dengan air 2.0 liter dalam alat penyembur. Isi sampai penuh penuh, biarkan buih terhasil keluar baru tutup.
  • Kemudian bolehlah sembur pada pokok.Saya tak sembur hari hari, cuma bila nampak ulat/bena putih baru saya sembur. Bancuhan itu lama tahan.

INFO

  • Tapi yang saya perasan, ia tak boleh disembur pada kangkung daunnya melecur. Pokok lain bila sembur daun lebih hijau dan sihat.
  • Sembur pada pokok pokok yg saya tanam sahaja pokok limau purut, serai, cili, pudina dan kari.

5 hari daun kerinting elok, ulat pun hilang

Satu lagi bancuhan dikongsi oleh Mala Ahmad bezanya bancuhan air sabun ini ditambah dengan limau nipis.

1 biji limau nipis – potong 2
1 sudu pencuci pinggan
1500ml air

Cara membuat:

Campurkan semua bahan ini dan biar seharian. Kemudian sembur setiap pagi pada pokok.

Menurut beliau selepas cuba petua ini selama 5 hari daun yang kerinting kembali elok, ulat putih pun hilang.

Selamat mencuba!

Sumber: Tam & Mala Ahmad