Ramai yang dah mulakan hobi bercucuk tanam sayur-sayuran. Seronok bila tengok sayur menjadi tapi yang tak syoknya bila ulat atau bena putih menyerang. Habis pokok sayur atau herba kalau dibiarkan.
Masalah serangan ulat ini memang biasa, jadi sebaiknya kita tahu cara untuk atasinya. Antara yang paling mudah adalah sembur guna air sabun cuci pinggan saja. Bancuhannya boleh ikut sukatan yang dikongsi oleh Tam
.Ini percubaan saya setelah dapat petua dari seseorang di Facebook Kebun D Rumah.
Bahan-bahannya:
-1 sudu cecair pencuci pinggan (guna jenama Sunlight yang boleh basuh buah dan sayur)
-2.0 liter air paip
Cara bancuhan:
INFO
Satu lagi bancuhan dikongsi oleh Mala Ahmad bezanya bancuhan air sabun ini ditambah dengan limau nipis.
1 biji limau nipis – potong 2
1 sudu pencuci pinggan
1500ml air
Cara membuat:
Campurkan semua bahan ini dan biar seharian. Kemudian sembur setiap pagi pada pokok.
Menurut beliau selepas cuba petua ini selama 5 hari daun yang kerinting kembali elok, ulat putih pun hilang.
Selamat mencuba!