Sementara Hayat Masih Ada, 10 Perkara Ini Suami Perlu Sedia Untuk Isteri

Share

Banyak kes berlaku bila suami meninggal dunia berlaku perebutan harta antara isteri dan keluarga mentua. Kala isteri masih berduka dan kesusahan ditambah pula dengan derita apabila ada yang mahu mengambil hak mereka.

Boleh baca kes yang dikongsi oleh Tuan Azizul Azli Ahmad ini.



Supaya perkara begini tidak berlaku maka, para suami sebaiknya buat persediaan berikut agar jika ditakdirkan anda pergi dulu kebajikan isteri dan anak yang ditinggalkan terjamin. Berikut apa yang perlu para suami buat sementara hayat masih ada.

SEBELUM SUAMI MENINGGAL PERGI?

1. Sediakan satu dana hibah buat isteri sebelum apa apa terjadi.

2. Didik isteri urus kewangan dan belanja keluarga. Ceritakan bagaimana kita urus belanja bayar semua.

3. Maklumkan isteri semua hutang yang ada. Hutang kereta berapa, Hutang rumah, hutang budi dan pembiayaan peribadi.

4. Ceritakan pada isteri simpanan yang ada juga. Tabung ASB ada berapa dan hibahkan pada siapa? KWSP kita letak siapa penama. Begitu juga Tabung Haji ada berapa, saham apa kita ada.

5. Sediakan Dana Kecemasan 6 bulan gaji kita. Dan pastikan jika apa apa berlaku, isteri boleh guna dana kecemasan ini.

6. Ambillah Takaful Perlindungan Pendapatan. Saya bukan agen takaful tetapi saya galakkan semua suami kacak dan seksi ada perlindungan ini. Bayaran serendah RM50-RM150 sahaja sebulan.

7. Tulis senarai daftar, apa yang harus dilakukan “Jika Saya Meninggal?”. Bagaimana urus dana pencen, lapor pada siapa, dana KWSP perlukan salinan apa, siapa penama dan sebagainya.

Ada isteri hilang punca bila tiba tiba suami dijemput pergi. “Saya tak tahu nak buat apa apa”.

8. Sediakan Dana Pendidikan Anak dan Pelaburan. Ceritakan tabung mana kita simpan dan dana apa kita ada dalam pelaburan.

9. Hitung dan senaraikan Aset yang ada. Setahun sekali tulis beli saham apa, tanah dimana, rumah sewa dan berapa kereta yang ada.

10. Ajar Isteri sejak sekarang guna perbankan online untuk semua urusan. Jika semua urusan kewangan kita uruskan. Apa salahnya maklumkan pin bank, kata dah sayang.

Jangan harapkan sesiapa akan bantu dan urus keluarga kita. Yang namanya duit ini berhantu, sanggup telan dan hina saudara demi duit sahaja. Tinggalkan keluarga kita dalam keadaan berharta. Bila miskin dan ada hutang, keluarga pun sanggup buang.

Sumber: Azizul Azli Ahmad.

Published by
VK