Tengah panas, dapat makan kelapa jeli mememang sejuk tekak. Bukan anak-anak saja suka kita yang dewasa pun sama.
Jika selalu beli di kedai makan, kali ini cuba buat sendiri sebab nak membuatnya semudah ABC. Kalau di rumah ada banyak pokok kelapa kelapa jeli ini boleh buat berniaga pula.
Boleh ikut resipi kelapa jeli yang dikongsi oleh Nora Atikah ini.
10 biji kelapa muda ambil airnya
3000 ml air
Sepaket serbuk Jeli Kelapa
2 senduk gula
Bekas kecil
Isi Kelapa – dihiris
1. Didihkan air Kelapa bersama air 3000ml (saya guna 3000 ml air kelapa tak campur air).
2. Masukkan gula 2 senduk, biar gula larut.
3. Gula dah larut masuk sepaket serbuk jeli kelapa.
4. Masak hingga mendidih kemudian terus tutup api.
5. Sediakan bekas kecil, letak siap-siap isi kelapa yang dihiris. Tuang air kelapa tadi.
6. Biarkan sejuk kemudian tutup bekas. Simpan dalam peti ais semalaman. Esok bolehlah di makan waktu tengah hari yang panas. Memang sedap!
Selamat mencuba!
Sumber:Nora Atikah