Ads
Home Makan 5 Sebab Isteri Perlu Belajar Buat Jamu Kunyit Asem, Bukan Saja Mampu...

5 Sebab Isteri Perlu Belajar Buat Jamu Kunyit Asem, Bukan Saja Mampu Bakar Lemak Tapi Mantapkan Dalaman Wanita Juga

Ads

 

Kunyit selalu kita guna untuk masak. Buat bumbu untuk goreng ikan atau masak lemak cili padi. Perghh memang sedap. Namun ada rahsia manfaat kunyit yang bagus untuk kesihatan dalaman wanita.

Dipetik dari Facebook Noorihan Abd Halim, wanita ini menerangkan manfaat kunyit yang bagus apabila dah dijadikan jamu.

Apabila sebut tentang jamu, sinonim dengan Indonesia kan. Asal jamu pun memang dari sana. Asem pun perkataan Jawa, dalam bahasa kita Asam.

Kenapa kunyit? Sebab kunyit salah satu rempah antiinflamatori (peradangan) dan antioksidan. Kebanyakan wanita amalkan jamu kunyit asam untuk jaga kesihatan dan kecantikan dalaman. Ha yang dah kahwin kena belajar buat nih!

5 manfaat jamu kunyit asem

1) Menyingkirkan toksik dari badan
Kandungan senyawa kurkumin (bahan yang membuatkan kunyit berwarna kuning) dalam kunyit boleh mengeluarkan racun dalam badan dan meneutralkan toksik hasil dari pemakanan dan badan yang terdedah pada bahan kimia.

Ads

2) Pengubat natural luka infeksi
Kunyit salah satu agen antiradang dan boleh membantu mengatasi luka infeksi bakteria secara semula jadi.

3) Melancarkan kitaran haid
Jamu kunyit asam boleh membantu melancarkan kitaran haid wanita. Malah turut membantu boleh mengurangkan sakit senggugut. Boleh ditambah dengan daun sirih untuk kurangkan nyeri sakit senggugut dan menghilangkan keputihan.

4) Mencerahkan kulit
Bila toksik dikeluarkan dari badan, secara automatik badan akan sihat, kulit akan kelihatan cerah, bersih dan sihat.

5) Membakar lemak dan menguruskan badan
Selain dapat mengurangkan selera makan, jamu kunyit asam dapat membakar lemak berlebihan dalam badan. Seterusnya membantu melangsingkan badan selepas bersalin.

Ads

Cara buat jamu

Bahan-bahan:
100 gram kunyit hidup
50 gram asam jawa
200 gram gula melaka
1 liter air.

Cara Membuat:
1) Kisar kunyit sehingga halus.
2) Masukkan kunyit, asam jawa dan gula melaka ke dalam air.
3) Rebus sehingga pekat.
4) Tapis.

Cara pengambilan:

Ads

1 liter air apabila sudah direbus, anda boleh dapat antara 1 hingga 2 cawan jamu. Anda disarankan minum jamu ini 1 atau 2 kali sahaja dalam seminggu. Boleh letak ais namun lebih berkesan jika diminum secara suam.

 

 

Sumber: FB Noorihan Abd Halim

 

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI