Senang Sangat Rupanya Buat Bepang Kacang, Guna 4 Bahan Saja

Share

Ada yang panggil bepang kacang, ada juga yang paling panggil kacang potong. Tapi apa pun namanya, snek tradisi ini memang sedap kerana manis dan rangup.

Bepang kacang ini memang boleh sangat kita buat sendiri terutama kalau mahu mengurangkan kadar kemanisannya. Cara membuat senang rupanya dan dikongsi Norbaizura Saad.

Buat sendiri bepang kacang

Bahan-bahan

1 cawan kacang tanah – sangai tanpa minyak dan buang kulit
1 cawan gula
1/2 cawan bijan – sangai tanpa minyak (agak agak kuning lembut, jangan garing)
2 sudu minyak masak

Cara membuat

1. Tumbuk kacang yang dah disangai dan dibuang kulit. Tumbuk sekadar pecah saja, jangan hancur. Ketepikan

2. Masak gula dalam kuali macam buat gula hangus dan masukkan 2 sudu minyak masak (boleh juga guna marjerin).

3. Bila gula dah hancur, masukkan kacang yang ditumbuk berserta bijan. Kacau kemudian tutup api.

4. Terus tuang dalam talam, gunakan talam besi bukan talam plastik ya. Tekan-tekan supaya rata.

5. Bila dah rata, terus potong sebelum bepang mengeras. Selepas dah keras, patahkan mengikut potongan tadi. Siap!

Selamat mencuba.

Sumber: Norbaizura Saad

Published by
VK