Bagi yang selalu memasak, cuba tengok papan pemotong terutama yang plastik. Selalunya akan ada kesan kotoran kuning dan hitam kerana kerap digunakan untuk persiapan memasak.
Kotoran pada papan pemotong jenis plastik ini biasanya susah dihilangkan walaupun telah dicuci berkali-kali dengan sabun. Takkan nak guna peluntur pulak kan.
Jadi berikut adalah cara untuk membersihkan kotoran hitam pada papan pemotong yang kotor. Hanya guna tiga bahan yang ada di dapur, terus jadi bersih! Selamat pun selamat.
Bahan-bahan:
- Limau nipis
- Baking soda
- Cuka
Langkah-langkah:
1. Ambil buah lemon kemudian belah dua.
2. Seterusnya tabur baking soda pada permukaan papan pemotong.
3. Gosok papan pemotong menggunakan potongan limau tadi. Biar selama 10 minit.
4. Ambil potongan limau dan gosok lagi pada permukaan papan pemotong.
5. Seterusnya tuang cuka. Gosok lagi sehingga semua kotoran hilang. Boleh juga guna berus besi untuk menyental untuk lebih berkesan.
6. Bilas hingga bersih. Hasilnya papan pemotong anda kelihatan lebih bersih dan macam baru.
Boleh juga rujuk video ini.
Selamat mencuba!
5 ‘Ilmu’ Tentang Emas Wajib Tahu Sebelum Beli Atau Tukar Barang Kemas!
Ramai wanita suka beli dan kumpul barang emas tapi bagaimana pula ilmu tentang emas. Bagi yang suka mengumpul rantai, gelang atau cincin emas ilmu kena ada supaya tidak ditipu.
Antaranya tentang barang kemas yang disalur chrome putih. Ketika ini banyak rekaan aksesori emas menggunakan bahan ini.
Tapi ada yang menyatakan barang kemas dengan chrome putih ini tidak laku tiada nilai bagai sehingga peniaga tawarkan harga yang murah untuk membeli barang kemas berkenaan kononnya tiada kedai yang lain akan menerima barang kemas seperti itu.
Betul ke macam ni? Ha… Sebab itulah pentingnya ada ilmu sebelum beli atau tukar barang kemas.
Sebelum percaya baca dulu penjelasan dari penjual emas sendiri iaitu Syafikah Shafiee. Selain beri penjelasan tentang barang kemas disadur chrome dia turut beri ilmu lain yang berguna terutama untuk wanita pengumpul emas.
Tahu harga emas saja pun tak cukup, perkara ini juga kita kena tahu.
1. Awas, strategi untung lebih!
Pergi ke kedai emas, tunjuk gelang ada chrome putih. “Ini talak laku. Ambik murah-murah saja. Kalau jual tempat lain, orang tak ambik.”
Sebenarnya itu adalah strategi mereka untuk mendapat untung lebih. Sepatutnya emas yang ada calit putih itu sama saja harganya. Melainkan kalau ada batu, permata, barulah ianya diasingkan dan hanya emas sahaja yang ditimbang.
2. Chrome bukan emas putih
Yang calit-calit putih itu sebenarnya chrome, bukan emas putih. Chrome = saduran cat ke atas emas. Tukang emas letak chrome pada barang kemas agar ia nampak cantik dan terkini. Bila sampai masanya, cat chrome itu akan hilang dan kembali kepada warga emas yang asal.
3. Harganya sama saja
Ramai orang salah faham kalau barang kemas yang ada chrome itu tidak bernilai bila dijual semula. Ramai yang beranggapan barang kemas yang ada chrome itu lebih mahal dari barang kemas yang tiada chrome. Sepatutnya harganya sama sahaja.
4. Antara emas putih dan platinium
Emas putih pula adalah emas yang mengalami proses pelunturan atau ‘bleaching’. Emas putih dicampurkan dengan logam nikel bagi menampakkan ia seperti platinum. Emas putih lebih murah berbanding platinum kerana platinum memerlukan suhu yang tinggi untuk meleburkannya.
Kualiti emas putih adalah 17K dan harganya lebih rendah berbanding emas biasa. Emas putih tidak sesuai untuk dibuat sebagai pelaburan kerana kadar spread boleh capai 70% bila dijual semula. Emas putih hanya sesuai sebagai perhiasan dan barang kenang-kenangan.
5. Emas kemik atau calar
Isu emas kemik dan calar tidak diterima pun sama juga. Kononnya tidak laku dan mereka ambil murah. Padahal kelak barang kemas itu akan dipatahkan dan dileburkan juga.
Sebab itu, ilmu mengenai emas itu penting. Bila kita ada ilmu, kita tidak akan mudah atau senang ditipu dan dimanipulasikan oleh pihak lain. Sebarkan informasi ini dan wujudkan masyarakat celik emas di dalam kalangan kita.
Facebook: Syafikah Shafiee
Foto http://kedaiemasnazman.blogspot.my
Cara Buat Karipap Pusing Yang Ringkas, Tak Perlu Cairkan Marjerin. Kalau Nak Buat Frozen, Goreng Begini
Kuih karipap memang dah sedap tapi kalau dapat karipap pusing lagi sedap. Lebih rangup.
Cuma ramai yang tak rajin membuatnya kerana sangka ia remeh. Rupanya ada cara yang ringkas untuk kita hasilkan karipap pusing ini. Tak perlu cairkan marjerin, atau panaskan minyak.
Caranya dikongsi oleh Kencana Melur seorang suri rumah yang kini menjadikan karipap pusing ini sebagai produk jualannya.
Cara buat karipap pusing ringkas tapi sedap
Cara buat karipap pusing simple tapi sedap. Bahan-bahan pun ringkas juga, tak perlu cairkan majerin atau panaskn minyak. Caranya seperti di bawah.
Lain orang lain caranya, saya dah cuba bermacam resepi tak menjadi. Akhirnya buat sendiri. Alhamdulillah dah jadi kerja sampingan saya seorang suri rumah.
1. Sediakan doh marjerin
-1 1/2 cawan tepung gandum cap bunga Ros
-3 1/2 sudu besar majerin
Sebatikan hingga menjadi doh, tak lembik, tak keras. Sedang-sedang saja
2. Sediakan doh gandum
-3 cawan tepung gandum
-Air secukupnya
Sebatikan uli hingga jadi doh. Ketepikan.
3. Doh gandum dan doh marjerin.
4. Bahagi dua doh seperti gambar.
5. Doh gandum dileperkan dan letak doh majerin atas doh gandum, balutkan.
Pandangan belakang.
6. Kemudian canaikan.
7. Sampai jadi begini.
8. Gulung doh yang dicanaikan.
9. Potong dua.
10. Ambil satu dan canaikan begini.
11. Gulung kembali.
12. Kemudian potong doh digulung tadi. Jangan tebal atau nipis sangat.
13. Ambil satu keping, nampak tak yang terjuntai tu, letak ke bawang supaya inti tak keluar nanti.
14.Letak macam ni.
15. Kemudian gelek atau canaikan.
Canai sampai macam ni.
15. Letak inti karipap kegemaran dan kelim kemas.
16. Nampak tak pusar tu, dah jadi karipap pusing.
Karipap yang siap dikelim
Boleh goreng terus atau frozen. Ini untuk frozen jadi digoreng separuh masak dan sejukkan sebelum disejukbeku.
Selamat mencuba.
Sumber: Kencana Melur
Anak Bertambah Tapi Berat Badan Maintain 45KG. Wanita Ini Kongsi Cara Buat Jamu Pecah Lemak Degil Yang Diamalkan
Bila anak lebih dari seorang badan mak-mak selalunya mulalah mengembang. Paling tak tahan bahagian perut, susah betul nak dikempiskan.
Dah diet pun kadang-kadang lemak tetap menonjol. Faham masalah mak-mak ini, Nurul Arija ini berkongsi petua yang diamalkan untuk pecahkan lemak bahagian perut dan kekalkan kelangsingannya.
Maintain 45kg uols! Amalan Nurul Arija cuma air jamu atau rebusan ini saja. Bagi yang nak mencuba, boleh ikut perkongsiannya.
Cara Nurul pecah lemak pada perut dan maintain 45kg
Selain jamu Nurul amalkan air rebusan ni sangat elok untuk yang nak cairkan lemak tepu .
Bila anak makin bertambah ni Nurul lebih memilih untuk menjaga kesihatan dan dalaman bila badan dah terlampau banyak lemak energy pun sendu .
Ni Nurul nak share air rebusan untuk detoks cairkan lemak dengan senang. Sangat ajaib bagi yang nak menurunkan berat badan. Rasa dia sedap, tak pahit ada hawa hawa masam suwit .
Laff
Nurul Arija , Pinggang secekak
Bahan-bahan air rebusan
Serai
Kulit kayu manis Ceylon
Halia
Bunga cengkih
Lemon
Madu
Cara membuat
1. Masukkan air setengah periuk bersama semua bahan kecuali lemon dan madu.
2. Biar hingga mendidih.
3. Tuang dalam cawan, perah lemon dan masukkan sedikit madu.
4. Minum bila suam pada awal pagi.
5. Lebihan air boleh di simpan dalam peti. Panaskan boleh mahu minum keesokkan hari.