
Bila usia kereta dah lama sikit, lebih dari 5 tahun bukan saja keadaan cat pudar tapi juga lampu kereta.
Lampu kereta terutama bahagian depan akan nampak kedam. Selain akan buat kereta nampak lama, ia juga menyebabkan cahaya lampu kurang jelas.
Memang boleh dikilatkan kembali di car wash, bengkel atau pusat aksesori kereta tapi kalau nak jimat kita boleh DIY untuk kilatkan kembali.
Ada banyak cara yang dikongsi antaranya guna kertas pasir dan produk khas. Tapi cara yang dikongsi oleh pengguna Tik Tok Ridzuan Zubir ini memang lebih mudah.
Cuma sental lampu kereta yang kedam ini menggunakan lemon dan baking soda. Caranya
1. Belah dua buah lemon.
2. Kemudian tabur serbuk baking soda atas permukaan lemon yang dibelah.
3. Sental pada semua bahagian lampu sehingga lampu nampak terang dan berkilat semula. Boleh tambah serbuk baking soda hingga dapat hasil yang diingini.
4. Siram dengan air. Hasilnya akan nampak serta merta. Berkilat!
Untuk lebih jelas boleh tonton video ini.
@ridzuanzubir75smlm suara robot, ada plak org komplen xde muzik…. hrni kita masuk muzik daaaa….♬ The Final Countdown (Originally Performed by Europe) [Instrumental Version] – Hit The Button Karaoke
Selepas viral, cara ini turut dicuba oleh pengguna Tik Tok lain dan hasilnya memang sama, berkilat!
Sumber: Ridzuan Zubir
Selama Ini Buang, Rupanya Tab Tarik Botol Minyak Ini Ada Kegunaannya. Lagi Mudah Tuang Minyak!

Bila buka botol minyak yang baru, kita mesti perasan ada satu tab untuk ditarik selepas membuka penutup botol.
Selama ini tab ini kita tarik dan buang. Rupanya tab ini ada kegunaan yang ramai tak tahu.
Dikongsi oleh Datin Katherine dari melalui akaun TikTok Senzmalaysia beliau menjelaskan fungsi alat tersebut.
Jangan buang tab tarik botol minyak ada gunanya
Ujarnya tab ini sebenarnya boleh digunakan kembali untuk mengawal kuantiti minyak bila ia dituang dari botol.
Caranya;
1. Selepas membuka tab tarik, jangan terus buang sebaliknya terbalikkan tab ini dan masukkan semula ke dalam dalam lubang botol.
2. Kemudian boleh tuang minyak, hasilnya minyak keluar lebih ‘smooth’ selain mudah untuk kita kawal kuantiti minyak yang dituang.
@senz.malaysia Apakah kebaikan tab tarik yg dalam botol minyak??? Cepat cuba!!! 👀 #senzmalaysia #oeacademy #mustwatch #kitchenhacks #knowledge #fyp #dapur #tips #sharing #kitchen #oil #minyak #lifehacks #slow #smooth #pour #easy ♬ original sound – Senzmalaysia
Ramai yang baru tahu kan fungsi tab ini. Lepas ini kita guna semula ya.
Sumber: Senzmalaysia
Kenali Beza EDP, EDT & Eau De Cologne Sebelum Beli Minyak Wangi

Isi Kandungan
Toggle
Ketika memilih minyak wangi korang tentu perasan perkataan dalam bahasa Perancis yang tertera pada botol. Wangian yang dipilih itu deskripsinya mungkin salah satu dari empat kategori minyak wangi ini iaitu parfum, eau de parfum (EDP), eau de toilette (EDT), dan eau de cologne (cologne).
Tapi tahu tak bezanya. Kategori ini sebenarnya menjelaskan kandungan minyak wangi dan ketahanan harumannya bila ia digunakan. Jadi sebelum beli perhatikan juga perkara ini ya.
Parfum
Ia mempunyai ketumpatan pati minyak wangi yang paling tinggi (20-30 peratus). Wangian jenis parfum biasanya lebih tahan lama daripada yang lain. Ia boleh kekal wangi sehingga lapan jam.
Eau de parfum
Memiliki ketumpatan kedua tertinggi. Biasanya eau de parfum mengandungi 15-20 peratus pati minyak wangi. Eau de parfum biasanya boleh bertahan antara empat hingga lima jam.
Eau de toilette
Pati minyak wangi jenis ini biasanya berada di bawah 5-15 peratus jadi wangiannya akan bertahan selama lebih kurang tiga jam saja. Namun, dalam minyak wangi lelaki, eau de toilette boleh disamakan dengan eau de cologne.
Eau de cologne
Biasanya eau de cologne lebih murah daripada parfum dan eau de parfum. Ini kerana kandungan pati minyak wangi di dalamnya hanya lima peratus. Anda mungkin perlu menyemburnya kembali selepas dua jam.
Sumber : bustle.com
Cara Makan Yang Betul Selepas Usia Masuk 40-an Untuk Elak Serangan Strok, Jantung!

Isi Kandungan
ToggleMati mengejut. Fuhh. Dengar pun rasa gerun. Inilah akibatnya jika badan sudah banyak penyakit namun empunya badan tidak perasan pun yang dia ada penyakit.
Luarannya nampak sihat, namun kesihatan dalaman tiada yang tahu. Kecuali jika empunya badan pergi menjalani pemeriksaan secara berkala.
Pengamal perubatan, Blogger, Penceramah Kesihatan dan Penasihat Pemakanan, Dr Zubaidi Ahmad menegaskan amalan pemakanan yang sihat membantu tubuh seseorang itu lebih sihat sekali gus boleh mengelakkan situasi risiko penyakit jantung yang boleh menyebabkan kematian mengejut.
Melalui instagram, beliau berkongsi amalan pengambilan yang beliau amalkan bila memasuki usia 40-an.
Sarapan minyak zaitun dan kopi
Selalunya saya terus melakukan kerja saya tanpa makan (bersarapan) berat. Saya cuma akan ambil selepas bangun pagi satu sudu minyak zaitun, suku sudu cuka Teen dan sedikit madu.
Itu pun sudah berikan antara 150-200kcal cukup untuk kerja-kerja membaca dan menghafal yang saya lakukan di awal pagi. Kemudian air kosong atau kopi plus stevia sepanjang pagi.
Sarapan yang ringkas sebenarnya sudah mencukupi mengikut kepada aktiviti fizikal yang kita lakukan.
Puasa 15 jam
Oleh kerana hari ini hari cuti, saya kena layan anak-anak di rumah. Mereka mahu bersarapan. Bila ada anak makan tak habis, jadi sayalah yang terpaksa menghabiskannya. Jadi terpaksa bersarapan.
Nasib baik masa terakhir makan semalam pukul 7pm. Maksudnya kalau saya makan pukul 10am, saya sudah ‘berpuasa’ selama 15 jam.
Sebab itulah kita disarankan ambil makan malam awal. Supaya perut kita mempunyai masa rehat yang agak panjang sebelum kita mula ambil makanan pada waktu pagi esoknya.
Kurangkan makan pada usia 40
Memang saya sudah kurang makan sejak beberapa tahun dulu. Kadang kala sudah ada rasa takut. Dulu pantang jumpa makanan, semua saya nak rasa. Sekarang masuk umur 40an, jadi takut terutama dengar macam macam cerita kawan-kawan.
Apabila usia sudah masuk 40 tahun, seseorang itu sepatutnya sudah mula ambil berat soal pemakanan. Tidak boleh lagi makan seperti usia muda-muda dahulu.
Meninggal ketika bersukan, itu tak pelik
Bukan lagi pelik kalau orang muda meninggal dunia ketika bersukan. Apatah lagi kawan-kawan saya yang berusia akhir 40an. Luaran nampak sihat. Tiba-tiba ada berita diserang strok, sakit jantung dan ada yang meninggal dunia semasa tidur.
Tubuh sudah bersarang dengan pelbagai penyakit. Seperti rumah yang tersergam kuat tapi bersarang anai-anai. Tiba-tiba runtuh tersembam ke bumi. Ramai yang tidak sedar penyakit yang ada dalam diri. Silalah rujuk kepada doktor.
Hati-hati dengan karbohidrat ringkas
Saya memang berhati-hati dengan makanan terutama karbohidrat ringkas.
Bila kita kurang makan, kita jadi lapar pula. Jadi nak kurangkan rasa lapar, saya cadangkan agar banyakkan makan sayur, minum air kosong dan ambil lemak sihat 20-30 peratus keperluan tenaga.
Karbohidrat ringkas akan menyebabkan seseorang itu cepat lapar kembali selepas makan. Elakkan pengambilan karbohidrat ini supaya anda tidak kerap asyik nak makan.
Jangan abai 3 makronutrien
Ketiga-tiga makronutrien ini iaitu air, karbohidrat kompleks (sayur-ssyuran) dan minyak sihat inilah yang membuatkan kita rasa puas (satiety) bila makan dan lambat lapar semula.
Kalau tidak, kita akan berasa cepat lapar, dan makan lagi dan lagi walaupun kita tak lapar, kerana kita tak ada rasa puas. Ada perbezaan antara puas dan lapar.
Dr Zubaidi Hj Ahmad
A post shared by Dr Zubaidi Hj Ahmad (@drzubaidi) on
Sumber: Dr ZUbaidi