
Servis kereta antara rutin yang wajib dibuat oleh pemilik kereta mengikut waktu yang ditetapkan bagi memastikan kenderaan berfungsi dengan baik, tak rosak dan boleh digunakan dalam tempoh yang lama.
Bila sudah diservis mengikut jadual ramai yang anggap ia sudah mencukupi untuk penjagaan sesebuah kereta. Tapi sebenarnya tak cukup dengan itu saja.
Penyelenggaraan kereta terbahagi kepada empat jenis. Ia tak cukup walau dengan membuat major servis. Perkara ini dijelaskan oleh pengusaha bengkel @service kereta. Barulah kereta jarang rosak dan sedap dibawa.
Servis saja tak memadai
Panduan ini katanya ditujukan buat yang beli kereta baru ataupun kereta terpakai. Sebagai contoh ramai menganggap bila sudah buat major service seperti (plug,engine oil,gb oil dan radiator flushing)ia dah memadai.
Pemilik kereta kena tahu maintenance kereta terbahagi kepada 4 jenis;
1-Engine maintenance
2-Undercarriage maintenance
3-Aircond maintenance
4-Accessories maintenance
1. Engine maintenance
Bagi engine maintenance jangan hanya pandang pada engine oil, gearbox oil, spark plug, coolant saja. Di bahagian enjin ada pelbagau jenis seals yang kita harus update. Sebagai contoh flywheel oilseal, crank seal, cam seal dan timing belt, chain drive.
Apa keburukan kalau kita abaikan benda-benda yang dinyatakan tadi. Enjin jadi ‘tak sihat’, ada kebocoran minyak, kalau timing belt putus, habis semua valve bengkok dan sebagainya. Jadi tolong ambil berat pada engine maintenance ni. Jangan sekadar tukar engine oil sahaja.
2. Undercarriage maintenance
Ia adalah penyelenggaraan seperti Absorber, balljoint, bushing, bearing. Benda ni penting untuk keselamatan anda especially yang zero knowledge pasal kereta. Pemilik kereta selalu terlepas pandang perkara ini tapi kemudian mempersoalkan kepada foremen “eh kenapa kereta saya tak rasa macam dulu lagi.”
Bila undercarriage maintainance ini tak dilakukan kereta jadi tak stabil hingga rasa nak bawa kereta pun tak selesa. Sebab apa? Semuanya rasa longgar. Jangan terlepas pandang perkara ini, sebab ia boleh menyebabkan kemalangan.
3. Aircond maintenance
Ini yang paling simple untuk diselenggara tapi kalau ambil mudah memang akan memakan kos. Ini disebabkan aircond sistem terlalu sensitif untuk diabaikan.
Sebagai contoh saya ambil masalah aircond yang selalu dialami oleh pengguna dia Malaysia. Compressor sudah berbunyi tapi ia masih digunakan sampai lah compressor aircond tu jammed. Perlu diingatkan bila compressor jammed habis satu sistem aircond tersumbat dek habuk compressor.
4. Accessories maintenance
Ini bahagian yang langsung tak diambil berat. Kadang-kadang soket lampu dah cair, soket sensor pecah, lampu brake tak menyala. Benda kecil macam ni memang nampak remeh tapi sekali problem belum tentu semua foremen boleh troubleshoot.
Satu contoh untuk masalah aksesori, sekiranya ada salah satu socket sensor yang penting untuk enjin pecah, enjin akan sentiasa berada dalam keadaan safe mode dan kemungkinan berlaku kerosakan enjin pun tinggi. Bayangkan kalau socket kipas yang pecah, temperature naik pun ada yang tak sedar.
Semua panduan ini terpakai untuk pemilik kereta lelaki atau perempuan. Fahamkan kereta kita supaya kalau rosak kelak kita tahu apa yang perlu dibaiki. Pastikan jangan ambil mudah tentang maintenance kereta anda.
Sumber: @service kereta
Artikel berkait: Milage Servis Kereta Terlajak, Lima Risiko Yang Kena Tanggung